Friday, December 2, 2016

Mungkin sudah

Menghilang dari blog untuk seketika kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. All those while I was in a topsy turvy situation with my state of health going down the drain.
Jika sebelum ini perempuan kuat ini boleh handle seribu macam situasi yang melanda keluarga,hari tu dia macam hilang akal,hilang kekuatan utk menjaga dirinya sendiri. Apalagi menjaga suami yang sedia sakit.

You worry too much. they said
And all those you dont flung at me.

Siapa yang tak worry tentang anak anak. Period.

Dan semua kerisauan ku bertambah dengan macam macam kejadian berlaku disekelililing ku. Aku tak ambil hal kalau tak bersangkutan dengan keluarga ku.Dengan ku. Namun bila sesuatu rancangan dibuat dengan tidak mengambil hirau tentang perasaan ku,keselamatan kami,risauku bertambah tambah.
Apalagi terbaca tentang kejadian kejadian yang tak diingini berlaku ditempat lain.Bukan mustahil kami juga terdedah demikian.


Ya Allah,semua semua ini amat merungsingkan aku sebelum aku sakit.

Dan satu hari aku demam. Demam yang pelik.
Aku rasa demam ku kali ini teruk lagi mempengaruhi fikiran ku yang sedia kusut.
Selama beberapa hari aku tidak boleh tidur.
Makan rasa pahit bagai hempedu.

Hinggalah aku ke wad kecemasan dan aku disahkan lelah or asthmatic.

Dan antara faktor nya adalah kucing,bau,atau depression.Wah mungkin ada lagi ....

Sebenarnya...aku langsung tak boleh ada argument dengan orang. If I talk,and I have to exert myself to explain, I will grasp for air. I lost my breath. Tercunggap cunggap macam ikan naik kat darat.
So I have to be vary of people who I can talk . So you see me not talking to you,its NOT because I hate you. But I was afraid aku akan mati kekurangan udara bertengakar denagn kamu.

Well...mungkin sudah sampai masa aku dah tak berdaya lagi.
Garapan ku ini pun ku buat dengan susah payah...

Doakan aku sembuh sepenuhnya. Supaya aku boleh memikul kembali tugas tugas berat yg telah ku pikul selama bertahun ini.That is a lot of stories,

Doakan ibumu anak anak.
Ibu mu mencoretkan semua ini semasa ibu masih berdaya. Mungkin sesaat lagi satu butang pun aku tak dapat tekan.
Mohon maaf kalau nukilan ini menyentuh sesiapa. Aku terpaksa cerita.Supaya sesak didada dapat berkurang adanya.
Namun aku sayang semua.
My motto is ...never hate anybody.

Thursday, November 24, 2016

Diari suri rumah cikli...sakit lagiii

Sudah 4 hari keyboard ini tidak ku sentuh.
Tiada cerita ,tiada berita
Gara gara sakit demam yang melanda.

Hari tu,modem ( entah betul ke tidak nama benda tu ) asyik merah menyala.
Ingat dia sakit juga,maka aku pun cuba betul sini betul sana.
Rupanya dia nak RM RM rupanya. Mau tak sakit sebab dah 2 bulan tertonggaknya bill. Tadi selit sepit aku ke pekan,settlekan. Baru lah dia bertukar kuning,dan aku pun boleh berblogging..hehe.

Cikli demam. Ubat telah diusahakan . Namun masih ada tanda tanda kurang berkesan.
Dan demamnya berjangkit kepada isterinya pula.
Jadi sempena berurusan di Hospital Tuanku Fauziah bagi rawatan berkala nya,aku ambil kesempatan ke klinik.
Lepas melepaskan cikli didepan jabatan Pakar Perubatan, iriz ku pandu ke Remedic.
Batukku hampir melarat ke paru paru... kata doktor.
Antibiotik,ubat batuk,selsema dan lainnya di bekalkan untuk aku telan. Semoga kembali baik kesihatan.

Habis settle rawatan aku ke Hospital Tuanku Fauziah. Mujur senang parking. Memasuki jabatan MOPD ,kelibat cikli tidak kelihatan. Nak bertanya nurse,nampak mereka kelam kelibut sakan. So,tunggu sebentar,mungkin cikli ada didalam.
10 minit berlalu. Eh... mana cikli aku.

So ke Farmasi aku tuju. Ada dia disitu.
Ubat dibekalkan,kami pun pulang.
Bertimbun ubat ubat segala ubat doktor bekalkan.Jenuh makan.

Mujur ada hospital. ...Beratus harga ni kalau diswastakan. Kami sudahi sesi pagi tadi.



Sunday, November 20, 2016

Slowly...one by one

Sometimes...life can be cruel..

Hidup umpama menitik bedak sejuk
Perlu hati hati dan cermat supaya bedak sejuk itu sama saja bulatnya.
Slowly...one by one.
Perlu istiqomah supaya semua kerja dapat diselesaikan dengan baik.
Dan orang paling sabar adalah ibu ku. semasa dia menitik bedak sejuk satu satu satu


Saturday, November 19, 2016

Diari surirumah ...Antara Bersih dan Sakit demam

Syukur Alhamdulilah, Bersih 5 yang berlangsung siang tadi nampaknya tamat dengan aman. Tidak seperti dulu siap dengan FRU dan water cannon.
Tahniah pasukan keselamatan.Walau ada provokasi ,perhimpunan itu tamat tanpa kejadian yang tidak diingini.Lega sikit rasa hati.
Menonton berita,ketara berbeza antara Awani dan tv 3.Entahlah...mana satu nak percaya. Yang mana berita,yang mana fakta, yang mana auta.

On the home front...cikli masih letih ,demam dan tak lalu makan.
Jadi nak keluar cari makan haruslah cikson kena bereskan. Tidak lapar kebuluran..hehe.

Selepas asar, bersiap dan pandu iriz kelabu menuju deretan kedai berhampiran rumah. Menuju ATM ,kerana sudah kehabisan wang ditangan. For real,kerja keluar mengeluar wang ni selalu minta cikli lakukan.Siap transfer dari account ke account..
Terkila kial cikson nak berurusan di ATM machine.I tell you.
Mujur berjaya. Tapii... ada lucunya.

Menuju pula ke supermarket selepas memesan makanan direstoran. Oh ya..hampir semua pelanggan adalah separuh umur.
Eh ..mana pi yang muda2.Pi Bersih ka?
Pulang dengan barangan harian berharga RM 170.00. Gulp....nampak sangat lambung melambung ke awannya harga nya. Belum masuk beras,gula,minyak sabun basuh segala. Lihat Milo RM 30 ,cikson hanya jeling saja. Usah tergoda. Tak makan milo pun masih boleh bernyawa.Bisik hati seorang rakyat marhaen yg mencintai negaranya.Yang benci pemakan rasuah adanya.
170 hinggit harganya...mcm tak masuk akai pun ada.
Balik,makanan dipinggankan. Ajak cikli makan.
Eh napa sup tak serupa sup.
Ayam goreng kunyit pun berbeza.Sambal belacan pun tak nampak rupa?
Banyak sunggoh songeh dua mereka.

Tukang masak pi Bersih. Aku melawak.

Menangani semua urusan seorang diri diumur begini buat aku lelah. Lagi lagi ada hal hal lain yang dok mencelah. Boleh buat aku rebah! Kadang kadang ingat nak buat tak tahu. Tapi instinct kata... tak boleh duduk diam saja. The answer is always no if you dont ask. Aku selalu beritahu mereka.

Dan dalam dunia tanpa sempadan....tak perlu pun berhujah depan depan.Tapi sampaikah message ke sasaran...

Thats all folks.Gudnight.