Thursday, November 24, 2016

Diari suri rumah cikli...sakit lagiii

Sudah 4 hari keyboard ini tidak ku sentuh.
Tiada cerita ,tiada berita
Gara gara sakit demam yang melanda.

Hari tu,modem ( entah betul ke tidak nama benda tu ) asyik merah menyala.
Ingat dia sakit juga,maka aku pun cuba betul sini betul sana.
Rupanya dia nak RM RM rupanya. Mau tak sakit sebab dah 2 bulan tertonggaknya bill. Tadi selit sepit aku ke pekan,settlekan. Baru lah dia bertukar kuning,dan aku pun boleh berblogging..hehe.

Cikli demam. Ubat telah diusahakan . Namun masih ada tanda tanda kurang berkesan.
Dan demamnya berjangkit kepada isterinya pula.
Jadi sempena berurusan di Hospital Tuanku Fauziah bagi rawatan berkala nya,aku ambil kesempatan ke klinik.
Lepas melepaskan cikli didepan jabatan Pakar Perubatan, iriz ku pandu ke Remedic.
Batukku hampir melarat ke paru paru... kata doktor.
Antibiotik,ubat batuk,selsema dan lainnya di bekalkan untuk aku telan. Semoga kembali baik kesihatan.

Habis settle rawatan aku ke Hospital Tuanku Fauziah. Mujur senang parking. Memasuki jabatan MOPD ,kelibat cikli tidak kelihatan. Nak bertanya nurse,nampak mereka kelam kelibut sakan. So,tunggu sebentar,mungkin cikli ada didalam.
10 minit berlalu. Eh... mana cikli aku.

So ke Farmasi aku tuju. Ada dia disitu.
Ubat dibekalkan,kami pun pulang.
Bertimbun ubat ubat segala ubat doktor bekalkan.Jenuh makan.

Mujur ada hospital. ...Beratus harga ni kalau diswastakan. Kami sudahi sesi pagi tadi.



2 comments:

  1. Semoga both you and Cikli cepat sihat dan selalu diKurniakan kesihatan yang memuaskan..Aamiin

    ReplyDelete
  2. Kebelakangan ini, itulah (ubat) makanan yang seakan wajib dimakan...

    ReplyDelete