Tahniah pasukan keselamatan.Walau ada provokasi ,perhimpunan itu tamat tanpa kejadian yang tidak diingini.Lega sikit rasa hati.
Menonton berita,ketara berbeza antara Awani dan tv 3.Entahlah...mana satu nak percaya. Yang mana berita,yang mana fakta, yang mana auta.
On the home front...cikli masih letih ,demam dan tak lalu makan.
Jadi nak keluar cari makan haruslah cikson kena bereskan. Tidak lapar kebuluran..hehe.
Selepas asar, bersiap dan pandu iriz kelabu menuju deretan kedai berhampiran rumah. Menuju ATM ,kerana sudah kehabisan wang ditangan. For real,kerja keluar mengeluar wang ni selalu minta cikli lakukan.Siap transfer dari account ke account..
Terkila kial cikson nak berurusan di ATM machine.I tell you.
Mujur berjaya. Tapii... ada lucunya.
Menuju pula ke supermarket selepas memesan makanan direstoran. Oh ya..hampir semua pelanggan adalah separuh umur.
Eh ..mana pi yang muda2.Pi Bersih ka?
Pulang dengan barangan harian berharga RM 170.00. Gulp....nampak sangat lambung melambung ke awannya harga nya. Belum masuk beras,gula,minyak sabun basuh segala. Lihat Milo RM 30 ,cikson hanya jeling saja. Usah tergoda. Tak makan milo pun masih boleh bernyawa.Bisik hati seorang rakyat marhaen yg mencintai negaranya.Yang benci pemakan rasuah adanya.
170 hinggit harganya...mcm tak masuk akai pun ada. |
Eh napa sup tak serupa sup.
Ayam goreng kunyit pun berbeza.Sambal belacan pun tak nampak rupa?
Banyak sunggoh songeh dua mereka.
Tukang masak pi Bersih. Aku melawak.
Menangani semua urusan seorang diri diumur begini buat aku lelah. Lagi lagi ada hal hal lain yang dok mencelah. Boleh buat aku rebah! Kadang kadang ingat nak buat tak tahu. Tapi instinct kata... tak boleh duduk diam saja. The answer is always no if you dont ask. Aku selalu beritahu mereka.
Dan dalam dunia tanpa sempadan....tak perlu pun berhujah depan depan.Tapi sampaikah message ke sasaran...
Thats all folks.Gudnight.
Setiap kali ke pasaraya, apalagi kalau pergi bersama anak-anak, hati selalu seriau memikirkan cukupkah duit untuk membayar... :(
ReplyDelete