Saturday, November 12, 2016

Shalalalalol

In times like this.
Its not a shalalala time for the ordinary citizen like me.

Worry my head off...
The heat is on despite the rain
Switch on the air con ,the bill would be creeping up and up.
But RBL is heated beyond tolerance as it is in the path of the sun..I assume.
Ye la...pagi pagi,morning sun .Petang afternoon sun.Thus the sofas are like sauna bath . Baru teringat ,ada pelajaran masa di sekolah ,rumah kena bina tgk pergerakan matahari.
Shalalalalalol....

Worry my head off too
The roof of Pahang matric college staff apartment has yet to be fixed.
Kesian si anak. Rumah banjir setiap hujan.
Macam nak viralkan saja,supaya yg berkuasa celikkan mata.
Shalalallalol...

Worry my head off too this coming 19th.
Minta minta tu jangan lah jadi apa apa
Cukup sudah hidup sekarang ni dah nak sampai brinknya
Jangan ditambah dengan huruhara.
Shalalalalalol...

Dan bila tertonton pemimpin bershalalala
Seronok hidup depa
Bertuah mereka
Ditengah tengah rasa gelap gulita
Ada mereka menghiburkan kita
Dosakah utk mereka bersuka ria?
Shalalalalalol....

Banyak sangat tikus dalam kepala...kreeeet kreeeeet. haha.



Friday, November 11, 2016

Peknga ikan sekoq


Selepas hampir sejam di jalan Alor Setar Kangar,aku sampai ke destinasi ku. Hospital Besar @ Hosp lama Alor Setar. Park iriz coklat berabukku ( dusty brown ) nun dihujung laman hospital yg nampak usang. Menapak aku dan cikli menyusuri jalan ke bahagian pendaftaran. Selepas itu menapak tangga sebelum sampai ke unit pembedahan kecil ditingkat satu bangaunan F.

Cikli mengunjukkan surat dari HSB.
'Pakcik boleh pi makan dulu kalau belum makan. Doktor lambat lagi. Depa kat dalam dok sedia bilik dan bancuh ubat.' Lancar saja misi dikaunter memberi penerangan dan arahan.

Oklah..jom kita pi makan.
Menuruni tangga sekali lagi. Menapak lagi celah celah bangunan hospital lama yg ada bangunan yg tidak digunakan.
Takut juga nak lalu celah celah bangunan tu. Mana tau siling runtuh ke.
Jadi jalan yang kami ambil berliku liku sebelum nampak bangunan foodcourt nun diseberang sungai.
Meniti jambatan ke gerai,aku terbayang cerita Masam2 Manis P.Ramli.

Melabuh punggung dikerusi ,aku meneliti menu yg ada.
Salah satunya menarik perhatian. Terhimbau kenangan JPL dan tokton.

breakfast kelmarin
Dik,2 peknga dengan ikan sekoq na.
Kopi O dan kopi o ais.

Setengah jam jugalah kami tunggu sebelum order breakfast kami sampai.
Well..how'sfood.
Quite ok. Tapi kalau isi lebih tebal,nyoq lebih banyak tentu uuuumph. Mau garing garing sikit.

Habis makan,cepat cepat beredar. Sebelum tu harga dibayar 8.50 utk berdua. Bolehlah kan.

Ikan sekoq 
Peknga ikan sekoq....breakfast kami di foodcourt semalam.
Malamnya ,aku saji bihun bodoh saja walau letih bukan main. Bodoh bodoh pun habis se tengah pek bihun yg ku goreng.
Actually, sesekali makan makanan yg membesarkan kita dudlu2 bawa banyak cerita nostalgia.

Kita banyak nyok kat pokok. Tapi nyok kena beli.Jom beli kukoq .Boleh buat peknga ikut piawaian kita...
Tu dia terus angan nak beli kukor kelapa. Lepas tu pula sapa nak kupaih nyok. Cikson,tangan tak kuat, cikli pula lagi out.
Haha...last last beli juga.


peknga dah kena cubit
Thats all folks. Bye. Have a nice day. Jaga diri. Stay safe.

Thursday, November 10, 2016

Rasa lemon atau hempedu

Donald Trump menang presidency Amerika.
Tak sangka noooo sbb bila tonton CNN semasa campaign berjalan,Clinton selalu mendahului Mr. Trump. Lagi pun Mr Trump banyak sangat issue. Issue ttg wanita,Islam dan berkajang lagi.

Cempedak dah jadi nangka. Clinton yg dijangka menang kalah jua ditangannya. Kesian tgk supporters Clinton yang bersedih atas kekalahan Hilary kelmarin. Meleleh air mata.

Hari ni katanya ada demo disana sbb tak puashati Trump menang.
Anda macamana...rasa sunquick lemon atau rasa terkunyah hempedu ayam bila Trump jadi Mr President the yankees selama 4 tahun.
Parti Republican atau Democrats...
Hari ini cikson tak berkesempatan tonton tv sbb seharian berurusan bawa cikli pergi berubat di HBAS
...Hosp Besar Alor Setar.
Kali ni dua dua belah mata cikli kena cucuk.
Mujur masih percuma. Nanti nanti tak tau la pula nasibnya. Satu jarum kabarnya harga dia lebih seribu juga..Jenuh nak korek duit tang mana.

Habis berurusan di hospital,terus balik. Singgah makan di sebuah restoran yang lauknya dah tinggal dulang.
Dapat sepinggan nasi bersama sepotong ikan sudah mencukupi buat perut ni. Cikli pun serupa..nak pilih2 dah tiada pilihannya. Dan ke bulan rasanya hati bila harga yg dicharge 14.00 semuanya.
Rasa dan dan tertelan hempedu. Sbb makan balance balance saja ,I tell you.

Entahlah nak kategorikan apa perasaan ini. Lemon atau hempedu.
Tiba 2 orang yang tak disangka sangka langsung dalam dunia ini,ternampak bayangan . Jenuh berfikir.Intentionally or unintentionally.
Senangkan hati ,aku berkonklusi.... tersilap click ni. Itu dia.Habis cerita

Sehari dua ... hempedu saja rasaku.
Malam ni nak makan apa?
Goreng bihun bodoh 2 dah cukup rasanya.....


Wednesday, November 9, 2016

Bila ragu2...guna scanner


Mengemas beg tangan,aku keluarkan resit resit yang bersembunyi didalamnya. Dan sebelum melupuskan mereka,aku belek belek resit resit itu.

Antara resit itu adalah resit pembeliaan mutakhir. Beberapa hari lalu,aku ke Giant untuk mengisi perut dan terus mencapai troli untuk membeli barang barang yang sudah habis.

resit yg diragui..
Dan diantaranya adalah membeli bulb lampu yang asyik saja padam. 2 bulb cikli capai dan terus ke bahagian untuk test. Dan rupanya cikli ambil dua bulb yang berbeza. Satu putih dan satu kuning. Dan bila penjaga kaunter mengsyorkan warna putih lebih baik,kami akur saja. Dan staf disitu ke rak untuk mencari satu lagi bulb

Maka hari itu baliklah kami dengan belian berharga RM 160.00. Resit itu pula tersimpan dengan selamatnya dalam handbag hingga hari itu.

Eh...awat harga bulb ni RM 20?
Bukan kita pilih yang harga dia 13.00 saja kan?

bulb lampu yang meragukan harganya.
Maka timbullah keraguan dalam akal fikiran ku. Tersalah key in price ke?
Depa salah labelkah?

Aku google harga nya di internet..Harga yg aku tengok ada yg sampai 27.00. Betul ke?
Entahlah....lain kali kena perhati betul betul.

Mungkin aku terambil yg lebih mahal sedangkan dalam fikiran nak yang lebih murah.Mendapatlah bila tidak berhati hati.
Next time guna scanner.Itulah gunanya peti scanner untuk scan harga sebelum belinya.... baru tak terkena.