Donald Trump menang presidency Amerika.
Tak sangka noooo sbb bila tonton CNN semasa campaign berjalan,Clinton selalu mendahului Mr. Trump. Lagi pun Mr Trump banyak sangat issue. Issue ttg wanita,Islam dan berkajang lagi.
Cempedak dah jadi nangka. Clinton yg dijangka menang kalah jua ditangannya. Kesian tgk supporters Clinton yang bersedih atas kekalahan Hilary kelmarin. Meleleh air mata.
Hari ni katanya ada demo disana sbb tak puashati Trump menang.
Anda macamana...rasa sunquick lemon atau rasa terkunyah hempedu ayam bila Trump jadi Mr President the yankees selama 4 tahun.
Parti Republican atau Democrats...
Hari ini cikson tak berkesempatan tonton tv sbb seharian berurusan bawa cikli pergi berubat di HBAS
...Hosp Besar Alor Setar.
Kali ni dua dua belah mata cikli kena cucuk.
Mujur masih percuma. Nanti nanti tak tau la pula nasibnya. Satu jarum kabarnya harga dia lebih seribu juga..Jenuh nak korek duit tang mana.
Habis berurusan di hospital,terus balik. Singgah makan di sebuah restoran yang lauknya dah tinggal dulang.
Dapat sepinggan nasi bersama sepotong ikan sudah mencukupi buat perut ni. Cikli pun serupa..nak pilih2 dah tiada pilihannya. Dan ke bulan rasanya hati bila harga yg dicharge 14.00 semuanya.
Rasa dan dan tertelan hempedu. Sbb makan balance balance saja ,I tell you.
Entahlah nak kategorikan apa perasaan ini. Lemon atau hempedu.
Tiba 2 orang yang tak disangka sangka langsung dalam dunia ini,ternampak bayangan . Jenuh berfikir.Intentionally or unintentionally.
Senangkan hati ,aku berkonklusi.... tersilap click ni. Itu dia.Habis cerita
Sehari dua ... hempedu saja rasaku.
Malam ni nak makan apa?
Goreng bihun bodoh 2 dah cukup rasanya.....
Assalamu'alaikum Cikgu...
ReplyDeleteWalaupun orang kata yang pahit itu ubat, namun saya sudah tidak terdaya lagi hendak menelan hempedu yang saban waktu lalu di tekak...
Dengan nilai RM yang maikin menyusut dan harga barang yang kian melambung, saya tak tahu lagi hendak menarik selimut menutup mana yang terdedah... (mesti ada yang tak faham bila membaca ayat saya ini...)