Monday, October 24, 2016

Gegar telinga,gegar minda,gegar rasa.... Gegar Verganza.

Penangan GV3 or Gegar Verganza 3,terasa gegar telinga,gegar minda dan gegar rasa.

GV3 ,satu produk Astro membarisi bintang2 yg sedikit dilupakan.
Masa muda ...amboi terlentok dengar lagu2 evergreen dari penyanyi2 kegemaran.Dan untuk seorang yang introvert, overloaded dengan cerita2 garapan novel romantis,aku suka lagu2 syahdu.Maka, penyanyi kegemaran adalah P Ramlee, Jamal,Tom Jones serta lagu2 Hindi nyanyian Mohd Rafi.

Dan GV mengembalikan nostalgia itu.
Aku gemar lagu2 Hindi walau aku bersekolah Inggeris. Sekolah orang putih.Lagu2 Inggeris yang sentimental jadi kegemaran dan aku hayati liriknya. Namun lagi Hindi, satu patah haram tak ku faham,tapi melodinya dapat membuai rasa. Rasa macam dunia penuh keindahan. Semua cantik,semua menawan. Itu dululah. Sekarang dah hilang rasa itu. Dan lagu Melayu,kalau aku dengar ,ada kala aku suka,tetapi adakala sebaliknya. Meneliti bait bait lagu yg berkumandang,rasa macam nak terlentang. Setengahnya terlalu tinggi buat aku yang rabun puisi. Dan ada lagu ,aku geleng kepala. Eh ,anak tadika kah yang menulisnya..

Watching GV3 di Astro Ria tadi,terhibur dalam benci.
Isssh ...Mmg aku pantang sunggoh kalau berdepan dengan orang yang suka permainkan orang.Lebih 2 lagi tentang rupa paras dan fizikal orang juga IQ orang. Bahan seluas dunia boleh diguna namun kekurangan orang juga yg nak dilawakkan.

Ehh kenapa kau Nabil....
Nyanyok kau kata kat Datuk Ramli. Dan lawak Nabil kali ini dapat kutukan netizen yang tak puas hati.Dan double meaning yang dituturkan buat mengundang nista. Hai lah Nabil. Antara pelawak yang ku suka ,makin hanyut rupanya.

Anak muda ini perlu banyak mengaji. Perlu banyak tonton rancangan rancangan Ellen atau yang sewaktu dengannya. Tak pernah pula aku bersua,adegan dia mempermainkan orang. Tu pun orang dah ketawa.

Nanti ada yang kata....makcik pi tonton imam muda la kalau ini tak boleh,itu tak boleh.
Betul juga!




Sunday, October 23, 2016

Sunday story..

Tak hujan tak ribut,cikson ke Festival Stylista .
Dalam duduk berkira apa yang nak dimasak tengah hari ,tiba tiba usul keluar rumah diajukan.
Jom kita pi Dewan Wawasan...tengok festival Stylista.
Tanpa banyak bicara ,si emak setuju saja.
Hoooray...jom jalan tengah hari buta.

Disini kami tengah hari tadi

So periuk belanga diberi cuti rehat sementara
Bersiap dua beranak dan ke pekan dituju mereka
Cikli dah awal awal ke sana sambut rombongan dari Pahang katanya.

Memasuki Dewan yang bertahun tak dijenguk selepas berpencen, mata ralit melihat kain baju yang dipamirkan,
Hmmmm...baju banyak tapi terlalu ranggi buat diri ni.
Dewan Wawasan 2020.
Selepas puas belek sana sini,kami balik tanpa beli apa apa kecuali makanan.
Oh ya... ciklin sambar sehelai tudung.

Petang,masuk dapur untuk bekal anak pulang.
Nasi marjerin, sambal udang,ayam goreng ,sayur buncis jadi bekalan.
Puas hati emak,lihat anak tak perlu risau untuk makan malam.

Cerita picisan ini rasanya tak menarik untuk tatapan.
Tapi harini cikson macam hilang kesabaran.Masuk kedai, para minyak masak jadi tinjauan.
Tak ada... dah habis bekalan kata anak muda
 Dia pi mana? Tanya cikson saja saja.Pandai main aci sorok pula
Dan mulalah bebel tentang budget yang PM bentang kelmarin.
Mujur sebuah supermarket ada bekalan.
Tapi harga boleh tahan..

By 6.25 bergegas pula ke stesen bas.
Lebih awal lebih bagus desak ibu takut bas terlepas
Selepas hantar si anak yang pulang ke sarang.
Tinggallah ibu sorang2 tanpa kawan..


Sunday nitty gritty


Woke up...awat sunyi saja jalan depan rumah
Mana pergi kereta yang bervroom vraaam
Mana perginya motor yang kuat mengerang...prangggg,praaaang.( Gitulah bunyi motorsikal sapa entah setiap pagi hari)
Oh...hari ni Sunday...cuti.

Ke dapur cikson
Se sikat pisang meranum nampak enak
Pemberian toksaad
Boleh digoreng untuk breakfast anak beranak...

breakfast harini
Adui....ubat sebiji pun tak tertinggal
Mahu kepala rasa janggal
Apalagi..mohon cikli ke klinik dekat pekan
Kesian pula cikli...pagi pagi dah kena kerah isteri.

Dengar berita
Minyak masak pula dah tinggal para
Jenuh kita
Nak masak takkan guna petrol pula
Alamat tak lama la komoditi ni nak naik harga
Bersedialah rakyat jelata
Harga barang akan berjangkit semua
Makanan tentulah naik harga
Kesian ...tapi pak menteri masih kata...rakyat jelata hidup aman sentosa. Kena syukur sentiasa.Mujur kita tak jadi Afrika.

Ok ok ...cukuplah setakat ni coretan hamba
Nak kena masak tengah hari pula..
Eh..apa ya ..menu tengah hari kita?

Bye...have a pleasant weekend dearies.

Saturday, October 22, 2016

Being Strong

Kuat ...bila orang bercakap buruk ttg kita dibelakang,
kita buat donno saja..Tuhan kan ada..



Tapi kita tak boleh jadi kuat selalu
Bila berseorangan...jeritlah,menangislah
Tapi pasang muzik kuat2
atau buka air paip deras2..

Orang tak akan bertanya kabar lagi bila mereka tahu kita sentiasa dapat keluar dari masaalah selalu.

Saya kuat.... tapi mau juga ada orang lain menghulur tangan dan berkata:
Tak ada apa aih...

Saya berterimakasih kepada orang yang payah dalam hidup saya.
Mereks sedarkan saya ...jangan jadi macam depa!

haha....direct translation .
Pengajarannya.....saya tak lah sekuat mana..
Rasanya orang yang paling kuat adalah FLOM....apa orang tak kata.
Setuju?