Sunday, October 23, 2016

Sunday story..

Tak hujan tak ribut,cikson ke Festival Stylista .
Dalam duduk berkira apa yang nak dimasak tengah hari ,tiba tiba usul keluar rumah diajukan.
Jom kita pi Dewan Wawasan...tengok festival Stylista.
Tanpa banyak bicara ,si emak setuju saja.
Hoooray...jom jalan tengah hari buta.

Disini kami tengah hari tadi

So periuk belanga diberi cuti rehat sementara
Bersiap dua beranak dan ke pekan dituju mereka
Cikli dah awal awal ke sana sambut rombongan dari Pahang katanya.

Memasuki Dewan yang bertahun tak dijenguk selepas berpencen, mata ralit melihat kain baju yang dipamirkan,
Hmmmm...baju banyak tapi terlalu ranggi buat diri ni.
Dewan Wawasan 2020.
Selepas puas belek sana sini,kami balik tanpa beli apa apa kecuali makanan.
Oh ya... ciklin sambar sehelai tudung.

Petang,masuk dapur untuk bekal anak pulang.
Nasi marjerin, sambal udang,ayam goreng ,sayur buncis jadi bekalan.
Puas hati emak,lihat anak tak perlu risau untuk makan malam.

Cerita picisan ini rasanya tak menarik untuk tatapan.
Tapi harini cikson macam hilang kesabaran.Masuk kedai, para minyak masak jadi tinjauan.
Tak ada... dah habis bekalan kata anak muda
 Dia pi mana? Tanya cikson saja saja.Pandai main aci sorok pula
Dan mulalah bebel tentang budget yang PM bentang kelmarin.
Mujur sebuah supermarket ada bekalan.
Tapi harga boleh tahan..

By 6.25 bergegas pula ke stesen bas.
Lebih awal lebih bagus desak ibu takut bas terlepas
Selepas hantar si anak yang pulang ke sarang.
Tinggallah ibu sorang2 tanpa kawan..


2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu...

    saya suka simpan stok minyak masak, tapi nampak macam rak minyak masak di pasaraya banyak yang lopong...entah kenapa agaknya... Harga nak naik lagi ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete