Monday, October 3, 2016

Friday to Friday....jln2 cari makan Perlis n Gambang

Sibuk dengan urusan sakit demam anak beranak,dapurku kurang berasap semasa kak long kembali bercuti tempoh hari.
After the Langkawi escapades , aku jadi drebar anak utk ke mana2. Ke Hospital Sultanah Bahiyah ,ke KMC Alor Setar atau jalan2 di Kangar. Mujur cikli tiada urusan waktu itu.Tapi untuk dia memandu aku ragu ragu....
sedap sampai ketelinga...
susah nak cari ikan bakaq yg sedap katanya.
Hanya di Mona.
So , bagaimana perut mau diisi kalau dapur tak berasap lagi?
Tell u all the secret...
Perlis la ni ada banyak service home delivery. Call saja depa sampai dengan makanan yang dipesan. Selalu pesan kat adik ipar untuk chicken chop,sphagetti dan bihun goreng lada. Sedap dan berselera masakan adik cikli ini.
dari dapur Ainnur Beautique Cafe
semua sedap kata kami...


Kedainya disini...seberang jalan Sekolah Sena tapi home delivery utk pelanggan lain tak tahu pula dia buat atau tidak.
Oh ya...nasi gulai ikan bawal pun sedap juga.

Ada sekali cikson berurusan dengan peniaga lain...kotiau goreng,nasi ayam kunyit jadi pesanan.Google saja Perlis Food Home Delivery.

Makan di Kuala dekat Mona memang jadi iti utama kalau anak anak balik Perlis.
nothing beats ikan bakaq kola...
Dan sebuah kedai saudara adik cikli menambat hati kami. Cafe Marvels nama diberi. Tuan empunya kedai ramah sekali..

tuan tanah blog 

lawak dua beranak...
mee kari Marvels Cafe..


Oh ya... cikson kurang makan makanan yg out of the norm. So meatballs Ikea tidak menambat hati. Juga dimsum tak pernah cuba lagi. Tapi satu hari ciklin bawa mama pi AKI...warung2 di Sungai Isap ,Kuantan. Sekali telan mau lagi...hihi.
Aki's foodcourt Sg Isap ....mau banjir sampai bumbung atap.

Dimsum kat situ sedaaap.
Dua tahun tidak mengunjungi Gambang, rupaya Indera Mahkota dah gah hebatnya. Tak perlu lagi sampai Kuantan nak cari apa2. Disini ciklin bawa mama makan nasi kukus Mama. Wah.. hebat orang kita. Seakan KFC tapi selera Melayu. Ada nasi kukus,ayam merah sambal yang menawan kalbu..

Liliwadi...steamboat boleh tahan...tapi harga mengalahkan trip ke bulan..
Sampai sini dulu...jalan jalan cari makan.
Antara Perlis dan Gambang, Kuantan.

Sunday, October 2, 2016

Hati yang tertinggal 3....mereka yang pergi

Masih tebal ingatan kami se keluarga. Masa itu kami mula mula mengenal ibukota Malaysia bila cikna terpilih memasuki asrama penuh di sana.
Rumah dia lah yang jadi kami menumpang tidur. Dia dan suami yang tanpa jemu menunjuk jalan . Yang paling ku ingati dia bangun pagi pagi untuk menyediakan sarapan pagi buat kami sebelum keluar bekerja.
Selalu dia menziarahi anak di Seri Puteri dengan membawa juadah yang dimasaknya sendiri. Kelakar pun ada bila sekali itu dia membuat lontong tetapi tertinggal bekas kuah dirumah.

Roselina Baharum dari Johor itu nama allahyarhamah. Dia isteri kepada adik iparku.Kepakaran memasak dan sifatnya yang pemurah menjadikan rumahnya sentiasa menjamu sanak saudara. Lontong yang tersangkut di pintu grill rumah ku tempoh hari adalah pemberian allyarhamah.

Rose dipanggil menemui penciptaNya seminggu yang lalu. Dua hari dia dimasukkan ke ICU.Allahyarhamah Roselina menghembus nafasnya terakhirnya dikelilingi anak anak dan menantu. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan ummah yang beriman.

إن لله ما أخذ وله ما أعطى وكل شئ عنده بأجل مسمى فلتصبر ولتحتسب 

( Inna Lillahi Ma Akhoza Walahu Maa A'to Wakullu Syai'en 'Indahu Bi ajalin Musamma , Faltasbir Wal tahtasib )


Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang Dia ambil dan kepunyaanNya jua apa yang Dia berikan dan segala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang ditentukan. Hendaklah kamu bersabar dan mengharapkan ganjaran 
(Hadis riwayat Bukhari dari hadis usamah)

Rose...jasa mu tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.

Di KMPH pada hari kedua disana,seorang pensyarah yang sama2 berkhidmat dengan anak juga telah kembali ke rahmatullah.
Allahyarham Adam Muda, pemergian mu pasti dirindui anak anak didik mu juga sahabat sahabatmu.

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. 

Saturday, October 1, 2016

hati yang tertinggal...2

Mengetuk keyboard di meja kecil di sudut RBL ,fikiran melayang beratus km melepasi gunung ganang,bukit bukau dan sungai.Ku tinggalkan tempat yang ku jejaki 6 hari. Tanggungjawab  sebagai isteri yang punya suami buat aku tak boleh lama2 di sini. Terpaksa balik negeri.
Selamat tinggal Humphrey,si gemok yang pemalu sekali.
Tak pernah jumpa kucing gemok melainkan Humphrey atau Fifi  ini.
Humphrey....gebunya you,,,
Di sana aku tak kemana mana kecuali sekali dua ke Kuantan. Masa ku habiskan dengan menolong kerja kerja rumah semampu badan . Happy dapat meninggalkan rumah selepas sudut2 ku cuci.
Mama...janganlah buat kerja. Duduk duduklah. Rehat, pesan anak sebelum pergi kerja setiap hari.
Mungkin darah tokton yang ku warisi buat aku tak betah duduk saja. Cepat saja nak balik negeri.
Humphrey pun hairan lihat apartment dia dicuci...hihi.

Aku akan merindui ketenangan  pemandangan sekitar kolej itu. Burung burung yang sempoi saja bertenggek dibalkoni dan kadang kadang meninggalkan tompok tompok hitam putih untuk dicuci.Walau sunyi aku suka damai pagi. Tapi bila petang riuh rendah anak anak beriadah dipadang.
Itu yang antara ku tinggalkan.
Namun meninggalkan si anak yang belum semboh sepenuhnya membuat aku jadi walang. Doa ku agar dia cepat sembuh dan segala kerja kerja nya dipermudahkan.

Jumaat pagi semalam,aku terbang balik negeri dengan MAS. Perjalanan Kuantan - Kuala Lumpur- Alor Setar- Kangar aku harungi. Berlari aku bila tiba di KLIA dari penjuru A ke B5 takut tidak sempat connecting flight ke AS. Wow.... just imagine makcik 60 an sama pantas dengan anak muda tergesa gesa .

kakak walau susah walau payah tetap ramah.I salute your spirit darling

di sini dibawa ibu menjamu


entah apa yang difikirkan...

Steamboat di liliwadi

hiasan retro 60 an

 jadi hiasan..

hati yang tertinggal ...1

Dalam keraguan yang tak bertepi,kami gagahi juga meninggalkan wilayah RBL tempoh hari.Besar benar antara meneruskan perjalanan atau menangguhkan. Selepas kataputus dipenghujungkan ,ETS kami naiki. Dengan hati yang amat berat sekali.....

Aku dan anak yang aku temani meninggalkan cikli dan situasi yang perit untuk digambarkan.Aduhai...sepanjang perjalanan hati tertanya tanya...betulkah apa yang kami lakukan.

Sampai di KL Central,anak kedua sudah sedia menunggu. Grabcar kami ambil menuju OUG Parklane. Tingkat 7 ku gagahi.....
Meneruskan perjalan ke PV Taman Melati kerana si kecil ada menanti.Terhibur juga dengan aksi aksi Fohim yang kalau ketawa tak mahu berhenti.Ada ada saja benda yang menggelikan hati buat si kecil ini.
Besok pagi pagi berdua kami menyelusuri jalanjalan berliku menuju Kuantan.Berhenti brunch di tengah perjalanan dengan laksa Sarawak jadi pilihan.Nak menghabiskan semangku macam nak pitam..haha.
Banyak perubahan kirikanan jalan. Lebih lebih lagi bukit bukau yang digondolkan. Lori lori panjang sepanjang panjangnya bebas diatas jalan. Tanda bauxite dah tak lama lagi boleh dikerjakan.
Kuantan banyak berubah. Pekan baru dan daya tarikan baru. Tempat makan juga tumbun macam cendawan. Macam2 makanan.


Tanda kami naik ETS...coach D seat 2A 2B...tak mau lagi..
Kalau kena pilih seat Platinum lain kali
Mujur seat depan tak ada penghuni

Dari jendela ETS...macam oversea pula tgk pemandangan begini

Laksa Sarawak untuk mummy dekat stesen minyak highway 

Sedap juga moi yang semangkuk baq hang ni...

Tanda kami melewati wilayah ini...

Landmark Jambatan gagah ini...

Pemandangan begini menyanyat hati...
Gondol sana sini
Negeri datangnya Pemimpin tersohor yg disayangi...hihi

Budak ini memang penghibur
Semua lawak baginya..

Pelangi menarik hati tertarik ...

Di traffic lights pelangi merentangi jalan...
Hanya di Kuantan..
 Itulah serba sedikit cerita seketiadaan makcikson tempoh hari
Ke Gambang Pahang dia merantau bawa diri...