Saturday, October 1, 2016

hati yang tertinggal...2

Mengetuk keyboard di meja kecil di sudut RBL ,fikiran melayang beratus km melepasi gunung ganang,bukit bukau dan sungai.Ku tinggalkan tempat yang ku jejaki 6 hari. Tanggungjawab  sebagai isteri yang punya suami buat aku tak boleh lama2 di sini. Terpaksa balik negeri.
Selamat tinggal Humphrey,si gemok yang pemalu sekali.
Tak pernah jumpa kucing gemok melainkan Humphrey atau Fifi  ini.
Humphrey....gebunya you,,,
Di sana aku tak kemana mana kecuali sekali dua ke Kuantan. Masa ku habiskan dengan menolong kerja kerja rumah semampu badan . Happy dapat meninggalkan rumah selepas sudut2 ku cuci.
Mama...janganlah buat kerja. Duduk duduklah. Rehat, pesan anak sebelum pergi kerja setiap hari.
Mungkin darah tokton yang ku warisi buat aku tak betah duduk saja. Cepat saja nak balik negeri.
Humphrey pun hairan lihat apartment dia dicuci...hihi.

Aku akan merindui ketenangan  pemandangan sekitar kolej itu. Burung burung yang sempoi saja bertenggek dibalkoni dan kadang kadang meninggalkan tompok tompok hitam putih untuk dicuci.Walau sunyi aku suka damai pagi. Tapi bila petang riuh rendah anak anak beriadah dipadang.
Itu yang antara ku tinggalkan.
Namun meninggalkan si anak yang belum semboh sepenuhnya membuat aku jadi walang. Doa ku agar dia cepat sembuh dan segala kerja kerja nya dipermudahkan.

Jumaat pagi semalam,aku terbang balik negeri dengan MAS. Perjalanan Kuantan - Kuala Lumpur- Alor Setar- Kangar aku harungi. Berlari aku bila tiba di KLIA dari penjuru A ke B5 takut tidak sempat connecting flight ke AS. Wow.... just imagine makcik 60 an sama pantas dengan anak muda tergesa gesa .

kakak walau susah walau payah tetap ramah.I salute your spirit darling

di sini dibawa ibu menjamu


entah apa yang difikirkan...

Steamboat di liliwadi

hiasan retro 60 an

 jadi hiasan..

No comments:

Post a Comment