Thursday, August 18, 2016

3 hari 2 malam....cuti2 hsb

Check in jam 9 pagi hari Ahad dan check out hari Selasa jam 2 ptg.
3 hari 2 malam di bilik itu ,bermacam pengalaman yang bertandang
No visitors sbb masing masing sibuk dgn urusan
Dan anak2 pula tak dapat pulang walau seorang
Nak buat macamana,masing masing ada halangan


But ok...masih ada isteri tua yang meneman
Dan misi2 baik dan peramah yang bertugas merawat  pesakit yang rawan. Tapi pesakit masih meragam...takut nak hadapi apa apa yg mungkin terjadi dibilik bedah nanti semalaman.
Sampai satu masa si isteri pun rasa dah tak boleh tahan
'You are in good hands dear
Sini semua doktor pakar yang bertugas
Bless your good luck
Everything will be fine....'

Ha ...be happy jangan susah hati

minum petang...syukur saja. Walau roti 4 sagi


Bersiap sedia

On the way nak pi sana


Ada juga pemandangan yang menjernih rasa

Being in a new place terkontang kanting berseorangan,cikson terpaksa lah tebal muka buat kawan
Bertemu anak yang sama nama macam anak diKL,buat hari hari disini tak lah sangat kesunyian
Faten....will always remember u..

Oh ya...nak tergelak pun ada mengingatkan insiden dalam lif masa disana
Panik sekejap bila lif tak terbuka2 di tingkat 6. Masa tu cikson seorang saja. Pintu dok terbuka tingkat 7 dan terus turun tingkat 5.
Eh...kenapa ni? Dia nak melawak pula
Di tingkat 7 cikson keluar dan masuk semula dengan pasangan suami isteri yg nak turun.
Saya tekan butang 6 tapi dia pi tingkat 7.
Tekan pula dia pi turun tingkat 5 ,explain cikson pada mereka.
Si suami menekan butang lif dan nombor 6 menyala dan pintu terbuka ditingkat 6. Lega!
Senyum sendirian cikson kerana tanpa kacamata cikson tak nampak nombor butang lif rupanya. Hahaha.

Bangunan Hospital kalau silap2 boleh sesat didalamnya. Silap naik lif pun boleh jadi kena menapak jauh dari tempat yang dituju.Maka masa cikli disurung ke bilik bedah,terhinjut2 cikson ikut mereka. Dah lah kaki dan lutut tak berapa berfungsi.Mau kena cari jalan sendiri.. tak pasti boleh sampai ke tempat dihajati.

Tidur di hospital sesuatu yang tak ramai menggemari. Eh...ada ke yang suka?
Dapat bilik sorang2 dapatlah cikson mandi manda dengan selesa. Tidur atas lantai yang pula juga buat urat2 tua jadi rengsa. Mujur tak apa2.

Di discharge around 2 that day. Selepas ke farmasi dan pejabat pendaftaran utk urusan daftar keluar,cikson lega sekali. Boleh dah balik negeri. Namun segelas nescafe kena diminum sebab mata sangat mengantuk...
Jam 3 petang lebih selamat sampai rumah. Alhamdulilah.

Cantik pemandangan dari tingkat 6..walaupun..terusan itu tempat kumbahan


Wednesday, August 17, 2016

Bila semua dia panggil mak....

Letih sunggoh selepas 3 hari dihsb
Cikli boleh balik kelmarin petang hari.
Banyak cerita di lihat,didengar bila berada disana tempoh hari
Apapun amat berterimakasih kepada staf Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar yang sangat baik dan professional sekali.
Juga nurse2 yg menjaga cikli dibilik 23 Wad Bunga Raya 6c.

Letih sampai pagi ni
Tapi bila buka fb
Jumpa video ini
Rasa cergas kembali....
Fohim



Fahim Zaidan
Cucu yg baru sepuloh bulan
Dah pandai panggil mak.....tapi utk semua orang
Yg gelinya....terdengar macam dia panggil 'mek'
Aha....dah macam orang Kelantan

Mek mek mek....

Sunday, August 14, 2016

Dari tingkat 6 hsb

Sekali lagi aku di sini.
Tapi sedikit jauh dari bumi.
Ditingkat enam c
Aku menemani cikli.

HSB kami kemari
Mendapat khidmat sakit yg dideritai
Dengan sedikit cemas dihati
Semoga segala kerumitan dihindari

Zźzzzzzzzzzzzz
Apalagi nak dibuat sementara waktu ini
Suara cikli berdengkur membelah sunyi.

Oh ya
Dapat bilik single bed rasa macam dok hotel pergi bercuti.
Esok baru tau apa yg akan dihadapi

Doakan semoga dipermudahkan urusan cikli kali ini

Bye

Saturday, August 13, 2016

Andai aku begitu,satu hari ......

Membaca,menulis katanya mencegah dari sakit lupa.Dementia .
Terjerembab dengan artikel berkaitan sakit itu pagi tadi.
Interesting and made a good reading.

sampai tua....
eh...sekarang pun dah tua.
Lantas,fikiran aku terbayang seorang yang telah pergi.

Diakhir2 hayatnya dia banyak memperkata tentang wang.Tentang wangnya yang hilang ,dipinjam atau dibelanja.
Satu malam aku lihat dia menyeluk tangan dalam bantal kecilnya. Rupanya di situ duitnya disimpan.
Satu ketika lain,berkeping duit bertabur dibawah katilnya.
Dan duit yang dia riuh kata hilang ,rupanya tersimpan dalam beg plastik yang ada kasut dalamnya.

Dua tiga orang yang ku kenali menghadapi hari hari akhir mereka dengan dementia yang akut.Andai terlepas dari rumah,mereka akan jauh berjalan tetapi tak ingat jalan pulang.

Eh apa kesudahan Guru Besar sebuah sekolah di ibukota yang menghilang dulu. Tak terjumpa pula apa apa berita tentang perkembangan kes dia. Selamatkah dia menjadi tanda tanya.

Aku pernah berada disituasi yang sukar . Hanya sabar saja yang menjadi jalan keluar.Kepada pentadbir institusi yang pening dengan berbagai masaalah....sit back,inhale,exhale. Fikir dan buat plan secara rationale. Bila masaalah berat menimpa,kita jangan jadi tak tentu hala. Jangan bebel dalam mesyuarat andai problem tu hanya libat seorang dua. Panggil kebilik bersemuka.
Itulah pentingnya bila nak mesyuarat ,siapkan agenda. Catat apa nak kata supaya kita tak menyembur sia sia. Yg last last kita juga yg berasa akibatnya.Tambah tambah sekarang itu ini nak diviral jadi sensasi seMalaysia.
One thing I learn in the course of my working years....nak bercakap jangan saja ikut hati kita.



Satu yang aku dapat rumus...semakin seseorang itu berusia,semakin suka pula bercerita....walau itu rahsia yang disimpan erat sebelumnya....