Terjerembab dengan artikel berkaitan sakit itu pagi tadi.
Interesting and made a good reading.
sampai tua.... eh...sekarang pun dah tua. |
Diakhir2 hayatnya dia banyak memperkata tentang wang.Tentang wangnya yang hilang ,dipinjam atau dibelanja.
Satu malam aku lihat dia menyeluk tangan dalam bantal kecilnya. Rupanya di situ duitnya disimpan.
Satu ketika lain,berkeping duit bertabur dibawah katilnya.
Dan duit yang dia riuh kata hilang ,rupanya tersimpan dalam beg plastik yang ada kasut dalamnya.
Dua tiga orang yang ku kenali menghadapi hari hari akhir mereka dengan dementia yang akut.Andai terlepas dari rumah,mereka akan jauh berjalan tetapi tak ingat jalan pulang.
Eh apa kesudahan Guru Besar sebuah sekolah di ibukota yang menghilang dulu. Tak terjumpa pula apa apa berita tentang perkembangan kes dia. Selamatkah dia menjadi tanda tanya.
Aku pernah berada disituasi yang sukar . Hanya sabar saja yang menjadi jalan keluar.Kepada pentadbir institusi yang pening dengan berbagai masaalah....sit back,inhale,exhale. Fikir dan buat plan secara rationale. Bila masaalah berat menimpa,kita jangan jadi tak tentu hala. Jangan bebel dalam mesyuarat andai problem tu hanya libat seorang dua. Panggil kebilik bersemuka.
Itulah pentingnya bila nak mesyuarat ,siapkan agenda. Catat apa nak kata supaya kita tak menyembur sia sia. Yg last last kita juga yg berasa akibatnya.Tambah tambah sekarang itu ini nak diviral jadi sensasi seMalaysia.
One thing I learn in the course of my working years....nak bercakap jangan saja ikut hati kita.
Satu yang aku dapat rumus...semakin seseorang itu berusia,semakin suka pula bercerita....walau itu rahsia yang disimpan erat sebelumnya....
Saya baru perasan ada sikit cerita 'dementia' disini. Saya ada tinggalkan sikit komen pasal dementia ni pada entry akak yang terbaru. Ada juga saya ceritakan didalam entry saya dulu berkenaan penyakit ini yang menimpa arwah mama. Untuk bersedia menjaga pesakit dementia ini, saya sendiri berjumpa dengan pakar saikoloji untuk menguatkan saya serta memudahkan saya memahami dan menjaga arwah mama. Saya juga join 'support group' serta duduk berbincang dengan mereka. All in all, ia suatu pengalaman yang menakjubkan......
ReplyDelete