Thursday, August 18, 2016

3 hari 2 malam....cuti2 hsb

Check in jam 9 pagi hari Ahad dan check out hari Selasa jam 2 ptg.
3 hari 2 malam di bilik itu ,bermacam pengalaman yang bertandang
No visitors sbb masing masing sibuk dgn urusan
Dan anak2 pula tak dapat pulang walau seorang
Nak buat macamana,masing masing ada halangan


But ok...masih ada isteri tua yang meneman
Dan misi2 baik dan peramah yang bertugas merawat  pesakit yang rawan. Tapi pesakit masih meragam...takut nak hadapi apa apa yg mungkin terjadi dibilik bedah nanti semalaman.
Sampai satu masa si isteri pun rasa dah tak boleh tahan
'You are in good hands dear
Sini semua doktor pakar yang bertugas
Bless your good luck
Everything will be fine....'

Ha ...be happy jangan susah hati

minum petang...syukur saja. Walau roti 4 sagi


Bersiap sedia

On the way nak pi sana


Ada juga pemandangan yang menjernih rasa

Being in a new place terkontang kanting berseorangan,cikson terpaksa lah tebal muka buat kawan
Bertemu anak yang sama nama macam anak diKL,buat hari hari disini tak lah sangat kesunyian
Faten....will always remember u..

Oh ya...nak tergelak pun ada mengingatkan insiden dalam lif masa disana
Panik sekejap bila lif tak terbuka2 di tingkat 6. Masa tu cikson seorang saja. Pintu dok terbuka tingkat 7 dan terus turun tingkat 5.
Eh...kenapa ni? Dia nak melawak pula
Di tingkat 7 cikson keluar dan masuk semula dengan pasangan suami isteri yg nak turun.
Saya tekan butang 6 tapi dia pi tingkat 7.
Tekan pula dia pi turun tingkat 5 ,explain cikson pada mereka.
Si suami menekan butang lif dan nombor 6 menyala dan pintu terbuka ditingkat 6. Lega!
Senyum sendirian cikson kerana tanpa kacamata cikson tak nampak nombor butang lif rupanya. Hahaha.

Bangunan Hospital kalau silap2 boleh sesat didalamnya. Silap naik lif pun boleh jadi kena menapak jauh dari tempat yang dituju.Maka masa cikli disurung ke bilik bedah,terhinjut2 cikson ikut mereka. Dah lah kaki dan lutut tak berapa berfungsi.Mau kena cari jalan sendiri.. tak pasti boleh sampai ke tempat dihajati.

Tidur di hospital sesuatu yang tak ramai menggemari. Eh...ada ke yang suka?
Dapat bilik sorang2 dapatlah cikson mandi manda dengan selesa. Tidur atas lantai yang pula juga buat urat2 tua jadi rengsa. Mujur tak apa2.

Di discharge around 2 that day. Selepas ke farmasi dan pejabat pendaftaran utk urusan daftar keluar,cikson lega sekali. Boleh dah balik negeri. Namun segelas nescafe kena diminum sebab mata sangat mengantuk...
Jam 3 petang lebih selamat sampai rumah. Alhamdulilah.

Cantik pemandangan dari tingkat 6..walaupun..terusan itu tempat kumbahan


1 comment:

  1. Semuga cikson dan cikli dipermudahkan dalam segala urusan. Tahun lepas sebulan penuh di bulan Ramadhan Mak Long tidur di sepital menjaga Emak. Faham sangat pengelaman yang cikson alami.

    ReplyDelete