Thursday, June 30, 2016

Raya 2016.... apa nak buat kali ni..


You janganlah dok pulun buat semua kerja. Tiba2 cikli bersuara melihat aku menjolok langsir yang tergantung. Aku gunakan penyapu untuk menurunkan langsir daylight yang tinggi melayup itu, Tak kuasa bertangga mangga.
Tak laratlah tengok langsir ni berdanok...berhabuk. Dah masuk tiga kali raya ni...Ujarku .
Nanti kalau you jatuh sakit,ha...APTB.
Tahu pun cikli.

Langsir yang diturunkan di mesin,dijemur dan menunggu untuk dinaikkan semula.Tapi tunggu the able bodied daughters balik la....
dari fb..

Dah lama mata ingin melihat perubahan pada dinding togel di living room tu. Terjumpa web DIY yang menarik perhatian.

Minggu depan tentu jenuh bersilat di dapur siapkan hidangan. Tapi masih tercongak congak apa menu yang nak dimasakkan. Hai...terhilang pula buku catatan yang bertahun jadi panduan..Serunding margarine planta punya resepi yang anak anak nak makan!
Masih dalam pertimbangan....
Menu yang akan dihidangkan.

1. Mee kuah JPL...anak menakan SP tanya ada tak tahun ni...
2. Serunding ayam margarine planta.. request anak di KL sana
3. Gulai ayam...
4. Rendang daging dari buku masakan zaman zaman muda dulu kala.
5. Bihun sup azie kitchen
6 Rendang peeja burhan
7. Lontong... ciklin masakkan
8. Ayam masak bali..ciklin
9. Bihun sup cara sendiri
10......apa pun tak masak..kita minta delivery ..haha

Hey... apa apa pun kena ke Giant sebab barang dapur dah licin...

Wednesday, June 29, 2016

Bila cikli cat pintu,cikson terreview masa dulu dulu...

Ribut tak dak,hujan tak dak,tiba2 cikli bawa balik tong cat.
Nak buat apa tu..tanya cikson kepelikan.Sapa sapa pun tak suruh or minta tolong cikli catkan pintu yang baru dipasang. Semua tahu keadaan cikli . Mata rabun tangan ketaq....

'I beli warna maroon', he said beeming with delight.
Hari tu dah discuss dengan tuan rumah RBL nak cat kaler apa dan tunggu dia balik. Hmm,I didnt say anything. Kalau tak bagi dia cat nanti merajuk pula..

So yesterday afternoon,cikli pun mulalah operasi dia. Bila dia habis mengecat....aduhai. Belemoih lantai . Cat pula macam tak sekata,tapi kalau complain mau muncung berjela.Tu dia....

My darling of a husband masa muda muda dulu,kalau nak raya dia yang terlebih suka. Kami sejiwa. Semua nak buat sendiri.tak perlu upah mengupah.
Mesin lantai terrazo cikli lakukan seminggu dua nak aidil fitri. Juga mesin dan basuh semua karpet.Mengecat dinding juga . Semua tu kerja dia. Cikson tengok saja. Sbb tugas utama cikson adalah memasak,menjahit dan berkemas rumah. Kami tau scope kerja masing masing.
Tapi kalau ada projek yang perlu kemahiran masing2 kami bekerjasama....Lain no no no..

I have eyes for details while cikli works ... hmmm ada la senget benget nya.
One day,I remarked that the nails that he was knocking on the wall were not aligned to each other. You know what? Bukan dia nak acknowledge the mistakes,tapi dia lagi gigih tukulkan paku itu...So the end result was a picture hung senget benget...That episode and many other made me adopt a buat lah apa kau suka labu....asal tak runtuh rumah sudah.
Tapi ada sekali pintu belakang rumah no 7 dia buat sendiri buat cikson sakit hati...I was away and asked him to cari tukang pintu. betulkan pintu.Sekali balik tengok dia yang bertukang. Adoi....Senget benget pintu sampai kesudah...

Back to the pintu RBL semalam..
Bolehlah tahan hasil kerja dia...tapi boleh lagi diupkan...Hanya colour dia saja yang tak berapa berkenan.
Pintu depan dark brown
Pintu belakang mahagony red  pula kawan kawan...
merah ya makngah...

mr albab belum dicat

colour pintu dalam cadangan...
 Apa apa pun, terima sajalah dengan redho dihati....

Tuesday, June 28, 2016

Those darn cats ...

Dah lama tak cerita tentang anak anak bulus kaki empat RBL.
Sejak kematian Pong , rumah hilang ceria dan cikson dapat merasakan lompongnya.

Ninasandaq tidak kelihatan bersandar lagi. Dia selalu bermenung diatas pillar pagar rumah masa matahari belum terik dan senja. Entah apa difikirkannya. Entah apa yang dirungsingnya.

Tapi bila ada peluang saja,dia menerobos pintu.Menuju ka bilik air untuk minum atau berbaring baring diatas lantai yang dingin.Komunikasi antara cikson dan dia hanya untuk makan.
Lambat cikson ke dapur dia akan mengekori.
Miiieeeeeeeow...cikson minta ikan cikit...
Lebihan sahur jadi rezeki dia.

Lepas makan dia bersantai dilantai. Menjilat bulunya.
Hey...pelan lah sikit bunyi tu.
Ya,ninasandaq bila menjilat dan merapi bulunya mesti diiringi dengan bunyi yang bernada tinggi.Rimaslah.

Selain Nina, Tam si teruna anak nina yang tinggal di sini. Bila berpeluang masuk ke dalam rumah,suaranya nyaring nonstop. Sudah lah bunyi garau macam bapa randuk.
Tam, QUITE!

Once in a while cikson took her phone and recorded their antics....

abam Tam sado misai bertaring

sama 2 menghadapi musuh nombor satu yang sedang berbaring...

Letih la tu selepas menghalu seteru

Tidoq terkapaq atas bangku

Berbunyi dia berdengkur dengaq sampai sebatu

Ha.... ni boleh buat senjata kalau datang seteru..
Mummy Lina jangan cuba cuba mai dok serbu...
 Kucing pun ada macam karektor.... the bully,the meek,the happy go lucky.

Monday, June 27, 2016

Sebelum beduk dipalu...

Tau ke anak2 apa tu beduk / biduk.
Tak apalah...googlekan ada.
gambar googled.

Oklah inilah beduk ....

Masa zaman di JPL masa berbuka puasa diketahui dengan pukulan beduk dari masjid dan juga siren balai bomba.
Jadi bila nak berbuka selalu soalan lazim adalah..
Bunyi dak lagi.....referring to the sounds of the beduk and the fire station.Berema seluruh wilayah.

Sejak mengamalkan ubat harian, rasa makan memang dah terbang ke awan. Makanan lazim pun terasa macam mengunyah plastik. Dan bila tengok cikli menambah makanan terasa irihati...

Harini menu berbuka adalah dari restoran saja. Keluarkan udang dan ikan nak masak selepas asar...tapi rasa buntu nak masak apa. Last2 minta cikli keluar membeli saja.

Kengsom ikan dah siap dpinggankan. Tunggu masa saja nak makan.

Haritu cikson susah hati tengok kawasan dan laman RBL dah jadi hutan sekunder. Alhamdulilah...syukur ada pekerja datang mesin.Lega sikit. Barulah nampak macam rumah ada orang....tinggal nak betulkan sikit sikit.