Sejak kematian Pong , rumah hilang ceria dan cikson dapat merasakan lompongnya.
Ninasandaq tidak kelihatan bersandar lagi. Dia selalu bermenung diatas pillar pagar rumah masa matahari belum terik dan senja. Entah apa difikirkannya. Entah apa yang dirungsingnya.
Tapi bila ada peluang saja,dia menerobos pintu.Menuju ka bilik air untuk minum atau berbaring baring diatas lantai yang dingin.Komunikasi antara cikson dan dia hanya untuk makan.
Lambat cikson ke dapur dia akan mengekori.
Miiieeeeeeeow...cikson minta ikan cikit...
Lebihan sahur jadi rezeki dia.
Lepas makan dia bersantai dilantai. Menjilat bulunya.
Hey...pelan lah sikit bunyi tu.
Ya,ninasandaq bila menjilat dan merapi bulunya mesti diiringi dengan bunyi yang bernada tinggi.Rimaslah.
Selain Nina, Tam si teruna anak nina yang tinggal di sini. Bila berpeluang masuk ke dalam rumah,suaranya nyaring nonstop. Sudah lah bunyi garau macam bapa randuk.
Tam, QUITE!
Once in a while cikson took her phone and recorded their antics....
abam Tam sado misai bertaring |
sama 2 menghadapi musuh nombor satu yang sedang berbaring... |
Letih la tu selepas menghalu seteru |
Tidoq terkapaq atas bangku |
Berbunyi dia berdengkur dengaq sampai sebatu |
Ha.... ni boleh buat senjata kalau datang seteru.. Mummy Lina jangan cuba cuba mai dok serbu... |
Saya tak cukop tidoq minggu ni. Puncanya Miko (kucin betina beranak 3) dok 'angau'. Siang Miko bantai tidoq cukop-cukop...Malam dia mengiau sampai ke pagi sambei badan melentik-liuk! Last-last sampai ke 'soq' saya tak buleh nak lelap mata....dapatlah sikiiiit lepaih suboh!
ReplyDelete