Monday, June 27, 2016

Sebelum beduk dipalu...

Tau ke anak2 apa tu beduk / biduk.
Tak apalah...googlekan ada.
gambar googled.

Oklah inilah beduk ....

Masa zaman di JPL masa berbuka puasa diketahui dengan pukulan beduk dari masjid dan juga siren balai bomba.
Jadi bila nak berbuka selalu soalan lazim adalah..
Bunyi dak lagi.....referring to the sounds of the beduk and the fire station.Berema seluruh wilayah.

Sejak mengamalkan ubat harian, rasa makan memang dah terbang ke awan. Makanan lazim pun terasa macam mengunyah plastik. Dan bila tengok cikli menambah makanan terasa irihati...

Harini menu berbuka adalah dari restoran saja. Keluarkan udang dan ikan nak masak selepas asar...tapi rasa buntu nak masak apa. Last2 minta cikli keluar membeli saja.

Kengsom ikan dah siap dpinggankan. Tunggu masa saja nak makan.

Haritu cikson susah hati tengok kawasan dan laman RBL dah jadi hutan sekunder. Alhamdulilah...syukur ada pekerja datang mesin.Lega sikit. Barulah nampak macam rumah ada orang....tinggal nak betulkan sikit sikit.





No comments:

Post a Comment