Monday, August 3, 2015

What stuff are we made of today?

Isssh ..menjawab.Sepatah aku cakap 10 patah dia jawab.Grumbled a disgruntled mother.
Hmm,aku cakap pun dia buat derk..added the father.
Apalah nak jadi budak2 la ni.
Boleh dia hang up masa aku dok tgh cakap.Jawab pun urgh urgh saja.

Si isteri biarkan si suami melepaskan isihati yang terbuku.
Itulah...kalau nak nasihat anak anak menjadi baik ,kita mesti kelihatan baik dimata anak anak.
Kalau nak nasihat anak jangan merokok,kita sendiri jangan merokok.Kalau kita pernah merokok dan dah berhenti merokok,sampaikan message apa yang salah kita telah buat.Apa rokok dah buat pada diri kita...
Kalau nak nasihat anak jangan berbelanja boros,kita sendiri harus tunjuk contoh tidak boros.Tidak dibelenggu hutang keliling pinggang.
Dan kalau kita kaki perempuan,macam mana nak ajar anak suruh setia dalam perkahwinan

Bila menjenguk ke alam pekerjaan...Bos2 dan anak buah tidak sehaluan
Penolong penolong pula tidak sejalan.
Bolehkah organisasi berjalan cemerlang
Bolehkah kejayaan seperti diharapkan....

Tengok pula suasana negara
Aduh...banyak nya yang tak kena.

Dunia lagilah caca merba..
Sebut negara mana fatamorgana
Hura hara adalah dari aman damai sejahtera.

Our lives ....our culture,our vision and our mission
Teringat pula masa dok masih dalam kerja.

Kalau ikut logik....aku mungkin bukan aku semasa aku bersara tempoh hari.
Pemalu,pendiam sejak kecil.
Konfiden diri nil,zero ,elek pocik...
Hairan pula bagaimana aku handle masaalah masaalah besar yang diamanahkan.
Aku bertanya suami......sampai hari ni masih jadi misteri

Jawabnya... itu hidden talent.Suppressed  dalam kancah kehidupan semasa membesar.
Bersuara dilabel derhaka
Bertindak dilabel menentang
Berjaya tiada penghargaan

Ibu bapa2....UPSR sebulan lagi
Berilah perhatian pada anak anak masa ini.
Problem kita tolak ketepi......
Insha Allah anak anak akan berjaya nanti.

Kita adalah kita dari apa yang kita lalui.
The stuff that we are today.....

Sebenarnya banyak keladak yang ingin ku tuliskan.But the stuff I was made of,made me put off the idea..
Salam sejahtera.Selamat bekerjaya.

Saturday, August 1, 2015

Raya setahun sekali...

Raya 2015.
Pagi pagi lagi yang boleh bersembahyang bangun dan bersiap ke masjid.Sembahyang Sunat 1 Syawal kali ini kami ke masjid di Behor Temak.
Kembali dari masjid,ke rumah Wan Saad dan Tok .Bermaaf maafan antara anak cucu,menantu yang hadir.
Dan selepas itu berkonvoi merentasi lebuhraya Plus dan Lebuhraya Timur Barat ke tempat penginapan tokton.

bermaaf maafan dua beradik
cukup kamceng abang dan adik

Kembali dari melawat TT kami ke SP kerumah adik tengah cikson.Dan lepas itu terus balik ke Kangar.
Tahun ni tak ada open house macam tahun2 dahulu.So tak ada lah sajian mee kuah JPL seperti biasa.
Namun diraya ini cikson tak menang tangan juga .
Utk pagi raya cikson sedia 2 jenis lauk.
Masak ayam merah Azie .Sedap juga boleh dicuba lain kali.
Rendang daging resepi berkurun tahun.Mujur resepinya ada cikson blogkan.

Dan bila adik kedua bertandang diraya kedua,gulai daging,masak ayam merah cikson sajikan utk mereka.
Adik bongsu berkunjung diraya ketiga ,disaji gulai kepala ikan pula.Ayam goreng tabur bawang pun sedap juga.

Menghantar anak ke dua pulang diairport,singgah Aeon Big Alor Setar ,dapat perkabaran kawan2 ciklin nak ke rumah..
Eh apa nak dijamu...
Mee Sup Azie senang dimasak.Lontong ,puding jadi sandaran...
So bersilatlah cikson dan ciklin pagi itu menyediakan

Hari Jumaat ciklin nak balik.Perjalanan jauh ,tempat singgah pula bermasaalah....
Tak sampai hati lepaskan dia balik memandu beratus batu..
Kata putus diambil...cikson teman balik.Cikli pula sbb masaalah kesihatan terpaksa di tinggalkan.Mau jadi apa apa ,tentu susah....
di bandar Kuantan tanpa awan

So berangkat kami anak beranak.Mengharungi ratus2 kilometer diselang seli hujan yang maha lebat.
Lewat malam sampai Kuantan dgn badan yang kepenatan..


Mungkin kerana darah tt ,cikson kalau ke rumah anak walau dilarang,tak akan puas hati kalau tak berkemas.Puas hati dapat menyumbang tenaga . Tak kiralah orang suka atau tidak.
Lupa pula....selain ke shopping mall cikson dibawa makan kenduri.Daging kerbau enak disaji.


sempat makan kenduri lagi
Eh cikson tak boleh berlama lama disini.Cikli perlu jumpa doktor sehari lagi.Nak balik Kangar cikson pilih MAS walau harga tiket sedikit ngeri.Naik bas rentas 600 km dimalam hari banyak pula kontradisi.Mau kejung kaki.

Pagi Rabu cikson fly.Dari Kuantan sampai KLIA.dari sini ke AOR la pula.Lepas tu berteksi balik ke rumah tercinta...Habis RM 500 la juga.Ingatan utk diri....nak dapat potongan warga emas,tiket kena tempah seminggu awal.


dari tingkap MAS
Esoknya temani cikli ke hospital....cerita tak sudah.Ada sambungan nampaknya di Hospital Tuanku Bahiyah!

Kenangan di Kuantan 6 Hari Raya

Bersantai di cafe basikal bergantungan

Cake mangga jadi pilihan

berjumpa hero yang pemalu

Akhir kata.....nina n Pong pun bermaaf maafan di pagi raya


kosong kosong ya mak

kami suami isteri pun sama...
Minta maaf andai ada tersilap kata
terlanjur buatan n bicara
Tidak sedar atau sengaja



Raya 2015....rayakah kita?

Bila dah lama sikit tak berkarya, rasa macam tersekat sekat bila nak mula.Rasa macam tak kena susun cerita.Rasa macam tak cantik liuk lentuk bahasa.Itulah apa yang aku rasa.

Raya? For me entahlah...tahun ni banyak cerita duka dari suka.
Suka bila anak menantu semua berkampung dihari raya.Bermohon maaf sesama ahli keluarga.Berkonboi beratus kilometre  semoga silaturahim dipererat semula.Bermaaf maafan sesama kita.
Tapi kalau tangan dihulur tidak berbalas sambut,,,bagaimana?
Lantaklah....kata hati yang membara.Bahagian kita dah beres.Itu hak dia.

Hari raya hanya datang setahun sekali.Hari dimana dinanti untuk umatnya bermaaf maafan..Usah dipanjangkan segala kerumitan,perbalahan.Tambah tambah antara ahli keluarga.Tambah2 bila semua dah tua tua.Kubur pun dok memanggil manggil nama.

Suasana ekonomi dan politik tanahair juga buat hari raya tahun ini terasa hambar.Penuh amarah dan berapi bila satu hari,rombakan kabinet diumum Pak Menteri.
Calm down please....mungkin itu kata anak2 kaki empat bila cikli marah masa menonton tv.
Kan masih dalam aidilfitri!

Dan ruang tamu cikson jadi tempat meluah marah.Apalagi bila menonton berita di tv.Juga rancangan Bual Bicara Astro tempoh hari..

Raya tahun ni sungoh sunggoh tak ceria.
Bila adik beradik bermasam muka.Ramah tamah hilang kemana.
Bila negara dilanda berbagai malapetaka
Bual Bicara

Jadi bahan ketawa

Bila prof tarik muka....


Bagaimana raya anda.....?


Friday, July 31, 2015

DIY...kerusi raya second edition.Oklah tu...

Tahun ni hanya kerusi makan saja dapat di makeover.
Sayangnya sarung kerusi makan tahun lepas dan barai dek kain yang tak sesuai,cakaran Pong dan juga pong....ong2 yg mendudukinya.haha.
Dua hari cikson ambil utk gunting dan jahit the main parts.
Tapi memakainya yg terkial kial.Berkali kali disarung dan ditanggalkan.
Berkali kali juga dijahit dan dileraikan.
Akhirnya cikson buat pembaharuan....kain sandar dan tempat duduk dicantum sekali.
Tunggu nak jahit getah di bucu sahaja...

mesin tua masih berbakti

entah apa lah makna nya tidak lah pasti. 

Gitulah bila kita membuat sesuatu ,kita perlu sedia utk perubahan yang lebih mantap.Menjahit ni macam therapy minda buat cikson.Bila tekun cari jalan selesai masaalah,hati tak gundah.Jadi otak taklah menerawang entah kemana mana.Fikir masaalah segala.

Oklah tu...
Modal utk kain ...RM 5.00 x 7 meter.Murahkan .
Beli kain kat Kedai Satu Malayisa
Walau ada tulisan yg entah apa apa
Yg penting Pong tak boleh dok cakar ikut suka...

Ha ..nilah kerusi raya RBL utk tahun 2015 ini..Juga susunatur rumah orang biasa2.
Hasil seni seorang pesara  ...hihi
kerusi raya....sarung saja @ 40 ringgit semua.Upah tak kira..haha




kuih n drinks raya.Masih ada belennya.


ruang tamu raya .Sarung cushion mai dari Kuantan sana..



Oklah.Itu saja nak cerita.Bukan ada apa apa cuma utk kenangan esok lusa.