Pagi pagi lagi yang boleh bersembahyang bangun dan bersiap ke masjid.Sembahyang Sunat 1 Syawal kali ini kami ke masjid di Behor Temak.
Kembali dari masjid,ke rumah Wan Saad dan Tok .Bermaaf maafan antara anak cucu,menantu yang hadir.
Dan selepas itu berkonvoi merentasi lebuhraya Plus dan Lebuhraya Timur Barat ke tempat penginapan tokton.
bermaaf maafan dua beradik cukup kamceng abang dan adik |
Kembali dari melawat TT kami ke SP kerumah adik tengah cikson.Dan lepas itu terus balik ke Kangar.
Tahun ni tak ada open house macam tahun2 dahulu.So tak ada lah sajian mee kuah JPL seperti biasa.
Namun diraya ini cikson tak menang tangan juga .
Utk pagi raya cikson sedia 2 jenis lauk.
Masak ayam merah Azie .Sedap juga boleh dicuba lain kali.
Rendang daging resepi berkurun tahun.Mujur resepinya ada cikson blogkan.
Dan bila adik kedua bertandang diraya kedua,gulai daging,masak ayam merah cikson sajikan utk mereka.
Adik bongsu berkunjung diraya ketiga ,disaji gulai kepala ikan pula.Ayam goreng tabur bawang pun sedap juga.
Menghantar anak ke dua pulang diairport,singgah Aeon Big Alor Setar ,dapat perkabaran kawan2 ciklin nak ke rumah..
Eh apa nak dijamu...
Mee Sup Azie senang dimasak.Lontong ,puding jadi sandaran...
So bersilatlah cikson dan ciklin pagi itu menyediakan
Hari Jumaat ciklin nak balik.Perjalanan jauh ,tempat singgah pula bermasaalah....
Tak sampai hati lepaskan dia balik memandu beratus batu..
Kata putus diambil...cikson teman balik.Cikli pula sbb masaalah kesihatan terpaksa di tinggalkan.Mau jadi apa apa ,tentu susah....
di bandar Kuantan tanpa awan |
Lewat malam sampai Kuantan dgn badan yang kepenatan..
Mungkin kerana darah tt ,cikson kalau ke rumah anak walau dilarang,tak akan puas hati kalau tak berkemas.Puas hati dapat menyumbang tenaga . Tak kiralah orang suka atau tidak.
Lupa pula....selain ke shopping mall cikson dibawa makan kenduri.Daging kerbau enak disaji.
sempat makan kenduri lagi |
Pagi Rabu cikson fly.Dari Kuantan sampai KLIA.dari sini ke AOR la pula.Lepas tu berteksi balik ke rumah tercinta...Habis RM 500 la juga.Ingatan utk diri....nak dapat potongan warga emas,tiket kena tempah seminggu awal.
dari tingkap MAS |
Kenangan di Kuantan 6 Hari Raya
Bersantai di cafe basikal bergantungan |
Cake mangga jadi pilihan |
berjumpa hero yang pemalu |
Akhir kata.....nina n Pong pun bermaaf maafan di pagi raya
kosong kosong ya mak |
kami suami isteri pun sama... Minta maaf andai ada tersilap kata terlanjur buatan n bicara Tidak sedar atau sengaja |
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
ReplyDeleteWalau jarak perjalanan yang jauh tapi tak bermakna kita tak dapat bertemu keluarga tersayang kan.. ;)
Selamat Hari Raya nak,
DeleteTahun ni semua balik beraya walau ada yg balik pagi raya.Syukur.Tahun hadapan entah bagaimana la pula.