Saturday, October 18, 2014

Ya hana nana

Dari celah celah langsir tingkap cikson terlihat kelibat warna jingga.
Bukan apa apa.Cuma matahari baru mula nak tunjuk muka.
Riuh bunyi ayam jantan berkokok seakan menyanyi
Kok kok ooooh dia berbunyi
Sahut menyahut.Tingkah bertingkah.Lagi dan lagi.

Ruang tonton tv berkemundang merdunya
Ya hana nana....ya hana na
Halwa buat telinga juga jiwa
Semoga hari ini membawa segala rahmatnya
Buat kita yang menjadi hambaNya.

Good morning people
Hope you have a pleasant weekend
Sebentar lagi ciklicikson akan ke wilayah itu lagi
Merentasi jalan jalan yang paling banyak trafik lights...tak terkira banyaknya.Sejengkal berhenti,dua jengkal berhenti.Kalaulah ada kemudahan ini di negeri kami,tentu kami rasa disayangi.Tak perlu lagi kami bangun pagi pagi .Hanya utk naik pesawat atau mengambil orang yang disayangi...

Ya hana na ,ya hana na


Thursday, October 16, 2014

Enter makcik pelupa.

Ramah tamah kami bertegur sapa.
Bila dia berlalu cikli bertanya
Tu siapa nampak mcm kenal lama.
Makcik tersengih sambil garu kepala
Tu la penat dah do perah otak sapa dia
Sampai ke sudah makcik tak ingat,siapa ,dimana,bila kenapa  ttg kawan yang ramah menyapa.

Adoi....adakala terfikir kalau ada servis overhaul otak dan daya ingatan ,tentu cikson dah jalankan.
Ini kelemahan cikson yang sejak azali.Kadang kadang rasa tentu orang cap cikson menyombong dan tak sedar diri.Berlagak tak terperi.

Satu lagi jangan cuba suruh cikson tunjuk jalan.Mau sesat sampai ke bulan.Teringat kisah lama balik kampung naik kura kura.Sampai satu simpang,tuan kereta suruh tgk arah jalan.Sesat barat kami hingga masuk estet semua.Mujur jumpa jalan semula tapi takut pun ada sbb jalan sunyi saja...Mau ada gangster macam la ni tentu naya.

Kenapa ya begini jadinya ....

For some reasons....awal hidup didunia kalau penuh pancaroba dan gundah gulana,otak dah sarat segala puaka...bila tua senang jadi pelupa.Itu yang makcik baca.So ibu ibu yang membesarkan anak anak waspada bila berkata.Berkatalah yang elok supaya otak anak anak penuh dgn kasih sayang yang tak ingin dibuang.Berbeza dgn pengalaman pahit ,otak jadi sebu,ingatan jadi kelabu.Kerana banyak sangat guna pemadam.( cuba tengok kertas yg banyak kali padam tulis...tentu lunyai)

Makcik pelupa mungkin sbb banyak makan serbuk perasa agaknya.Atau tertelan semut.Tapi paling suka gulai kepala ikan...Tapi pengalaman pun ada sebabnya.

Dan masa mengajar dulu,bila jumpa satu keluarga yang semua pelupa makcik tertanya tanya
Apalah budak budak ni makan agaknya




Enter makcik clumsy .



Menyorong trolley menuju kereta,ciklicikson singgah sebentar ke kedai DIY.Cikli masuk mencari apa apa yang boleh diguna utk mengikat bumper ciktam yang terbarai.Satu hal pula .Mujuq dia buat perangai masa kami elok elok parking kat Tesco Stargate.Buatnya dia luruh masa kat highway tak tau apa nak kata.Lagi naya.

Menunggu cikli di dalam kedai cikson tertarik lihat sudut pameran  di sisi kaunter.Sambil mata melirik trolley penuh belian agar tidak disambar bajingan,cikson belek dan kelebek anak anak patung yg dipamer.Konon nak tahu bahan yg diguna.Tiba tiba......
Kedebum....pasu kayu menyembah bumi.Dan macam house of cards 2 pasu lagi serta buluh yg dijadi pagar turut tumbang.
Walaweiiii.....didepan mata cikson semua tumbang serentak!
Aduh....apa yang aku dah bikin....
Mata cikson bertembung dgn seorang lagi pelanggan.
Akak....biaq pi lah kat situ.Buat tak tau sudah...dia memberi saranan bila dia lihat cikson terkial kial nak menegakkan pasu pasu kayu dan arca arca tu.

So bila dah disentuh satu gugur dua,cikson tinggalkan saja tempat itu.Buat poyo.Buat donno.
Cikson ke belakang kedai cari kertas crepe dan terjumpa ready made pattern bunga bunga tissue paper.Selepas sambar 3,4 contoh cikson bergegas kedepan sambil mata mengerling trolley .

Tau...mmg cikson betul betul clumsy. Hujung kain pula melibas bakul bakul kertas hingga mengelongsor dari paranya.
Adoi.....cikson tunduk dan kutip balik bakul bakul dah senget.Dan bila nak letak balik ,dia dah tak mahu letak dgn kemas.
Beware...you are on CCTV....gitulah bunyi satu notis didinding.Sudah.
Add caption


Eh...sapa ha buat mcm ni.Nyaring saja suara salesgirl yang muncul tiba tiba. Tu la tak boleh tengok saja.Nak pegang pegang.Katanya nyaring.
Gulllp...cikson telan lior.Si teller pula dah berhenti kira barang cikson.
Bila duit baki diberi dan barang ditangan cikson bersuara...
Adik...makciklah yang tak sengaja jatuhkan barang tadi.Tak ada yang rosak kan.Minta maaf banyak banyak naaaa.
Cepat cepat cikson tolak trolley .Tak mahu dengar apa kata depa lagi....l

Haha.... satu hari makcik jadi clumsy..And  its not my day.

Anda pernah jadi clumsy? Kat tempat awam bukan rumah sendiri.Apa lah rasanya perasaan itu hari.Laugh at it,walk away quietly or own it up.
Dalam kereta cikson beritahu cikli.Dia ketawa terbahaq bahak gilihati.Bini dia berani sekali.Mengaku buat salah kali ini.....hahaha.hihihi.


di sana sini cctv

Tuesday, October 14, 2014

Kamikaze

Grrrrrrrrrrrrrrrrr
Panjang dan garang bunyi kedengara raungan dan lolongan di luar.
Cepat cepat cikson meluru keluar.
Sussssssh cikson bertempik.
Nina...... balik!

Kucing hitam perut boroi yang namanya persis artis sensasi seberang menghilang diri.
Ninasandaq kembali ke bawah meja dimana anak anak nya berada.Mungkin kata nya..
Luna....dont ever try lay hands on my babies.
And I was stunned to see that nina was even hostile to Luna's owner.She grrrrrred when they tried  to get near the babies.

Mencicit lari dua beradik bila nina naik syeh.

Dah dua hari nina and her broods kena tinggal bawah porch.
Tulah....dok dalam rumah tak mau ajar anak.Sana sini depa cretttt.So out of the house you get!

Mula mula nina memberontak.Pantang pintu terselak dia gonggong anak dia ajak masuk.Tapi hari ni nampak enjoy pula dia anak beranak explore kawasan rumah.Sampai hujung tanah.

Dan nina dah jadi territorial.Habis dikejar kucing jantan dan betina yang dtg melawat.
Macam ninja jepun siap berkamikaze.
Mai lah dekat kalau nak kena karate!

( that old Dell laptop meragam semula.Dan menulis guna netbook ni banyak pantang larang.Hingga hari ni cikson belum master lagi .Nak masukkan gambar pun masih terkial kial.
So until then ,bye.)