Thursday, October 16, 2014

Enter makcik pelupa.

Ramah tamah kami bertegur sapa.
Bila dia berlalu cikli bertanya
Tu siapa nampak mcm kenal lama.
Makcik tersengih sambil garu kepala
Tu la penat dah do perah otak sapa dia
Sampai ke sudah makcik tak ingat,siapa ,dimana,bila kenapa  ttg kawan yang ramah menyapa.

Adoi....adakala terfikir kalau ada servis overhaul otak dan daya ingatan ,tentu cikson dah jalankan.
Ini kelemahan cikson yang sejak azali.Kadang kadang rasa tentu orang cap cikson menyombong dan tak sedar diri.Berlagak tak terperi.

Satu lagi jangan cuba suruh cikson tunjuk jalan.Mau sesat sampai ke bulan.Teringat kisah lama balik kampung naik kura kura.Sampai satu simpang,tuan kereta suruh tgk arah jalan.Sesat barat kami hingga masuk estet semua.Mujur jumpa jalan semula tapi takut pun ada sbb jalan sunyi saja...Mau ada gangster macam la ni tentu naya.

Kenapa ya begini jadinya ....

For some reasons....awal hidup didunia kalau penuh pancaroba dan gundah gulana,otak dah sarat segala puaka...bila tua senang jadi pelupa.Itu yang makcik baca.So ibu ibu yang membesarkan anak anak waspada bila berkata.Berkatalah yang elok supaya otak anak anak penuh dgn kasih sayang yang tak ingin dibuang.Berbeza dgn pengalaman pahit ,otak jadi sebu,ingatan jadi kelabu.Kerana banyak sangat guna pemadam.( cuba tengok kertas yg banyak kali padam tulis...tentu lunyai)

Makcik pelupa mungkin sbb banyak makan serbuk perasa agaknya.Atau tertelan semut.Tapi paling suka gulai kepala ikan...Tapi pengalaman pun ada sebabnya.

Dan masa mengajar dulu,bila jumpa satu keluarga yang semua pelupa makcik tertanya tanya
Apalah budak budak ni makan agaknya




3 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu...

    Suami saya selalu macam tu. Bersembang bukan main, tapi bila ditanya 'siapa tu?' Dia jawab 'puas nak ingat'...hehehe

    ReplyDelete
  2. Betullah cikgu
    Mmg saya pun cenggini juga
    Part bual2 mesra yg amat tp mmg tak ingat siapa
    Lg satu kalau kat umah
    Bukak petisejuk, pastu lupa nak ambil apa....
    Mmg suka sgt kepala ikan ...

    ReplyDelete
  3. kak, saya paing susah ingat nama org...tak tau nk kta apa.dok u, I. u I saja.nmpak sgt tk ingat nama.he he

    ReplyDelete