Friday, September 26, 2014

bila....siaran tergendala

Salam Jumaat anak anak.
Semoga diberi Allah dalam rahmatnya.

Bunyi ayam memenuhi segenap ruang RBL pagi pagi ini.Langit mendung macam nak hujan.But lagi mendung hati makcik ni bila dia yang ku cintai membatu,membisu seribu bahasa......Dell laptop cikson yang berjasa dah lelah berbakti.
 
Dan hari ini cikson bersiaran dari laptop cikli yang juga sakit sana sini.Sekali taip hurup p dia keluar bertali tali....

So until a solution is reached,blogging will take a curtain call.
Nak taip macam ni pun jenuh berhempas pulas ........

And I wonder why bila ada masaalah,it doesnt come singularly.....it comes in bunches siap dengan kala jengking lagi...mcm buah dokong hari tu. Adoi..

Maaf ya kalau membaca coretan cikson hari ni buat anda pening kepala.

Wednesday, September 24, 2014

WW....sgheyau

SGHEYAU...what's that?

sereyau tak?

Another of makcik's loghat.
Guess la if you may.

Sunday, September 21, 2014

Happy Sunday folks

Syukur.Masih dapat ku dengar kokokan ayam ayam FIL sahut menyahut.
Pintu ku buka.Masih pagi.Ayam ayam FIL siap sedia menunggu dpinggir pagar.Macam expecting makcikson nak sedekah leftover makan pada mereka.
Sorry anak anak.Hari ni nasi putih cikson habis semua.Tak ada balance.Elek pocik.
Kesian .Tuan mereka sedang berada di hospital .Menunggu utk di buat operation lututnya.Tersentuh aku lihat dia mengalirkan airmata semasa menaiki kereta semalam.Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.Anak anak doakan Wan ya.

Diruang tamu cikli macam biasa .Tengok tv.Dan masa ini tengah berita.Antara beritanya tak habis lagi fasal UPSR.Ramai lagi tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat katanya.Terkedu aku lihat mereka yang dituduh dilayan bagai penjenayah besar siap uniform jingga dan unggu,tangan ke belakang dan kepala tunduk melihat jalan.Doaku semoga mereka yang ku kenali,ku sayangi tidak terjebak dalam kancah ini.Aku pernah berurusan dgn SPRM.Jad saksi saja pun.Tapi resahnya macam aku yang bersalah...



Berita dari bumi ambiya juga buat aku terpegun.Belum habis Gaza,Syria,Iraq sekarang bumi Yemen pula.Puas aku berfikir.Tak faham adakalanya kenapa senang sangat bumi bertuah itu terjerumus dalam kancah perang.Berpuak puak.Masing masing dengan idologi masing masing.Hari tu aku tengok dokumentari.Kisah puak Tuareq....aduh.Tak terkata aku masa aku melihat anak kecil berbogel merangkak atas tanah.Tentu panas tak berperi kerana disitu Gurun Sahara...yang tak punya apa apa.


Keliling pinggang ada saja berita menyenakkan.Dari kutub ke kutub.Bila agaknya kita tak lagi menonton berita sebegini.

Dapat menghirup udara pagi yang hening ini pun dah ku anggap bertuah.Walau adakala bau busuk ada dimana mana.Taik kucinglah,bau longkanglah...
Dapat mendengar burung berkicau pun juga aku dah bertuah.Walau adakala ngauman lori dan bas meyentak nafasku.Bergegar gendang telingaku.


padi dah diambil,tanah telah dibajak


Choose to be happy .Walau sekecil nikmat .Kerana masih bertimbun masaalah yang belum tentu bila penamat.
Happy Sunday folks...






Friday, September 19, 2014

Dari benang menjadi kain...dulu senang,dulu sayang sekarang lain.

Keluar masuk kedai tak ada lain yang makcikson tanya.
Ada tak cadar flat?
Flat?...pelet....tanya balik penjaga kedai itu.
Oh tu tak ada.Depa tak mau buat sbb makan kain.Depa as in orang dari seberang border.Thailand la tuu.

So kecewalah makcikson nak beli cadar hampar.Kalau dulu senang nak dapat diPB.Sekarang nampak gaya nya semua kedai dah tak jual macam yang cikson kehendaki.
Kenapa tak beli fitted saja.Anak cucu main atas katil pun tak jadi apa.Kata peniaga .
Teringat cikson ,TT dulu amat tegas dalam mendidik dia adik beradik bab disiplin .Atas katil is a no no place utk bermain.Cadar dia terhampar elok.Bantal  dibantai dan dijemur hingga gebu.....Nak kena bantai dgn TT mainlah atas katil.

Awatlah cikson minat benar dgn cadar style dulu kala ni.Sana sini dia tinjau nak beli flat.Masuk supermarket pun gitu.
So apadaya cikson nakkan cadar begitu....DIY lah jawabnya.
Dan terlaksanalah satu projek buat cikson petang Jumaat ini...
Lagi pun membelek mesin jahit ini boleh jadi satu terapi utk fikiran yang berkecamuk bagai nak mati.Maunya fikiran kelain,bukan kain yang dijahit,tapi jari sendiri...Hah....siap lah meraung sendiri.

Dalam sedap sedap dok jahit...benang pula dok habis.Tu la orang tua tua dulu dok kata.nak mula jahit apa apa ke tengok hari.Bukan tengok hati...

hobi makngah.