Sunday, September 21, 2014

Happy Sunday folks

Syukur.Masih dapat ku dengar kokokan ayam ayam FIL sahut menyahut.
Pintu ku buka.Masih pagi.Ayam ayam FIL siap sedia menunggu dpinggir pagar.Macam expecting makcikson nak sedekah leftover makan pada mereka.
Sorry anak anak.Hari ni nasi putih cikson habis semua.Tak ada balance.Elek pocik.
Kesian .Tuan mereka sedang berada di hospital .Menunggu utk di buat operation lututnya.Tersentuh aku lihat dia mengalirkan airmata semasa menaiki kereta semalam.Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.Anak anak doakan Wan ya.

Diruang tamu cikli macam biasa .Tengok tv.Dan masa ini tengah berita.Antara beritanya tak habis lagi fasal UPSR.Ramai lagi tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat katanya.Terkedu aku lihat mereka yang dituduh dilayan bagai penjenayah besar siap uniform jingga dan unggu,tangan ke belakang dan kepala tunduk melihat jalan.Doaku semoga mereka yang ku kenali,ku sayangi tidak terjebak dalam kancah ini.Aku pernah berurusan dgn SPRM.Jad saksi saja pun.Tapi resahnya macam aku yang bersalah...



Berita dari bumi ambiya juga buat aku terpegun.Belum habis Gaza,Syria,Iraq sekarang bumi Yemen pula.Puas aku berfikir.Tak faham adakalanya kenapa senang sangat bumi bertuah itu terjerumus dalam kancah perang.Berpuak puak.Masing masing dengan idologi masing masing.Hari tu aku tengok dokumentari.Kisah puak Tuareq....aduh.Tak terkata aku masa aku melihat anak kecil berbogel merangkak atas tanah.Tentu panas tak berperi kerana disitu Gurun Sahara...yang tak punya apa apa.


Keliling pinggang ada saja berita menyenakkan.Dari kutub ke kutub.Bila agaknya kita tak lagi menonton berita sebegini.

Dapat menghirup udara pagi yang hening ini pun dah ku anggap bertuah.Walau adakala bau busuk ada dimana mana.Taik kucinglah,bau longkanglah...
Dapat mendengar burung berkicau pun juga aku dah bertuah.Walau adakala ngauman lori dan bas meyentak nafasku.Bergegar gendang telingaku.


padi dah diambil,tanah telah dibajak


Choose to be happy .Walau sekecil nikmat .Kerana masih bertimbun masaalah yang belum tentu bila penamat.
Happy Sunday folks...






1 comment:

  1. Assalamualaikum Cikgu...

    Memang saya simpati dengan guru2 yang ditahan itu. Dilayah begitu sedangkan kesalahan belum terbukti...

    ReplyDelete