Ada tak cadar flat?
Flat?...pelet....tanya balik penjaga kedai itu.
Oh tu tak ada.Depa tak mau buat sbb makan kain.Depa as in orang dari seberang border.Thailand la tuu.
So kecewalah makcikson nak beli cadar hampar.Kalau dulu senang nak dapat diPB.Sekarang nampak gaya nya semua kedai dah tak jual macam yang cikson kehendaki.
Kenapa tak beli fitted saja.Anak cucu main atas katil pun tak jadi apa.Kata peniaga .
Teringat cikson ,TT dulu amat tegas dalam mendidik dia adik beradik bab disiplin .Atas katil is a no no place utk bermain.Cadar dia terhampar elok.Bantal dibantai dan dijemur hingga gebu.....Nak kena bantai dgn TT mainlah atas katil.
Awatlah cikson minat benar dgn cadar style dulu kala ni.Sana sini dia tinjau nak beli flat.Masuk supermarket pun gitu.
So apadaya cikson nakkan cadar begitu....DIY lah jawabnya.
Dan terlaksanalah satu projek buat cikson petang Jumaat ini...
Lagi pun membelek mesin jahit ini boleh jadi satu terapi utk fikiran yang berkecamuk bagai nak mati.Maunya fikiran kelain,bukan kain yang dijahit,tapi jari sendiri...Hah....siap lah meraung sendiri.
Dalam sedap sedap dok jahit...benang pula dok habis.Tu la orang tua tua dulu dok kata.nak mula jahit apa apa ke tengok hari.Bukan tengok hati...
hobi makngah. |
memang kak, saya tk suka fitted.cari yg boleh hmpar susah la ni,.tapi hari tu jmpa juga di Pgg Besaq.tak kisah mahal sikit.asal puaih hati.tapi yg pattern lama.jenuh pekedai tu selongkaq jumpa juga...tk pa asal dpt.beli 2 helai teruih.
ReplyDelete