Thursday, September 4, 2014

DIY...pandai pandailah godek,bukan bodek ya

Macam macam benda nak buat.My to do list dah penjang lebar.Kalau dibentang mau sampai KL lalu highway....
Tapi rasanya satu pun tak menjadi or make headway.
Nak jahit cushion cover kerusi kerusi yang cikninasandaq suka dok cakaq pun belum mula lagi.Mesin dah dihantar ke kedai Singer dekat stesen bas sampai hari ni dok lagu tu.Kalau ikut hati nak beli saja mesin baru tapi bila buat kira kira ...adoi la pening kepalaku.

Nak buat bunga bunga kertas kertas pun belum dibeli....alasan tak tahu kedai mana yang nak di cari.Sejak tiada kenderaan sendiri nak pergi mana pun ayo ayo susah sekali.Driver pula tak always free and available.Asyik busy.

The big day punya to do list pun masih dok tenggelam timbul.Minggu lepas cikten balik and off to AS we went.To a workshop ...sbb nak kata kedai pun belum lagi dinaik taraf.Sebelum tu singgah kedai mamak pekena nasi kandar.Tgh makan cikson order gulai ayam.Habis makan gulai ayam tak nampak rupa.Cikson panggil waiter minta tarik balik order. Tapi bila semua nak beredar baru sipenyaji menatang pinggan gulai.

Si waiter bertempik....CANCEL! .Depa dah merajuk  .Dan boleh nampak muka tauke ayam tu memuncungkan mulut sambil dok merungut.Amboi..

Selepas makan ke destinasi tujuan kami bergerak.Naik tangga berderap derap.Eh ...ni kedai ke kilang.
Berjumpa dengan tuan empunya kedai cikson rasa lega.Masih muda belia.Tapi wawasan penuh didada.
Peramah dan sedia menjawab pertanyaan kita.Itu yang cikson suka.Bukan macam bridal shop yang gah kononnya tapi customer service hampas sahaja.Cikson kekedai dia haram dia tak keluar bertegur sapa.Mungkin dia hanya layan customer bertaraf vip vip saja..

Semoga  apa yang dirancang menjadi kenyataan.Haasz WP dan Aleya nama tuannya.Peramah orangnya.Cikson suka.....first impression yang baik punya.

Diantara DIY yang difikirkan adalah susun atur billik pengantin.Jenuh juga cikson jelajah internet cari idea.Nak buat simple simple saja..Teringat masa dulu dulu,adik adik kahwin kita buat sendiri .Save duit.Budget tak lari. .

Ni antara yang berkenan kat hati.

simple sangat kot
yang ini

atau yang ini


yang ini?......semua gambar dari blogger.


Semalam cikson godek godek blogger.Click sana,click sini .Import ,export widget kegemaran hati...Ha nilah hasilnya..





Wednesday, September 3, 2014

WW...selamat pagi Malaysia

satu masa dulu,perjalananan mencari rezeki seawal pagi begini


Sianak bertanya.....kenapa dengan sinina yang melopong mulut
Juga si squirrel yang macam terkejut


haha.....nanti ya .
akan jawapannya.

Tuesday, September 2, 2014

Ingat mati

Lepas subuh cikli buka Tv 9.
Ustaz di tv tengah beri kuliah.....dan intipati darinya adalah ' ingat mati'

Antara saranan ustaz
Anak anak yang sedang belajar kat asrama,letaklah gambar batu nisan dilocker.Bukan gambar awek atau ciwok.Cuba fikir kenapa dia kata begitu.

Dalam dunia nina,mati lagi mudah.Anak anak nina sendiri tak pernah sempat membesar.Semua mati masa kecil.Salah nina.Sayang sangat kat depa.Usung depa naik bumbung,langkah parit masa duduk no.7.Cikson marah nina sbb selalu gonggong anak sana sini.Cikten bawa anak nina ke vet tapi doktor kata leher anak nina dah patah.


anak nina





comel comel mereka
Dekat RBL pun sama.Jiran sebelah anaknya 4 semasa mula pindah.Satu satu anak dia hilang.Yang last dan suka sangat datang rumah pun dah tak ada.Kalau tidak dapatlah dengar bunyi kcing kcing kcing keliling rumah.Terbuka saja pintu dia masuk nak makan.Manja bukan main.Mamason panggil dia Pong sbb badan dia bertampung.RIP Pong.We dearly missed you.
anak mummy

mereka pun dah tiada

Hidup ini perjalanan.Mati sudah pasti.Bila kita ingat mati kita akan jadi manusia yang paling baik.Bukan minta mati tapi ingat apa bekalan yang akan dibawa ke sana...kata ustaz.Nina pun nak jadi kucing paling baik.

alim.
Nina  amat teruja bila dengar cikli takbir.Cepat saja  sampai dan tunggu cikli sampai habis sembahyang.Cikson kata nina kucing alim.

Ninasandaq

Monday, September 1, 2014

Merdeka! Kenangan di daerah situ



Merdeka! Merdeka!Merdeka!
Itulah laungan yang bergema memenuhi segenap ruang dewan kecil itu.
Fahamkah mereka apa kata keramat yang mereka laungkan itu.Aku tertanya tanya.Anak anak kecil dari 6 tahun hingga 12 tahun riang sunggoh mengibar bendera kecil.Tambah lagi bangunan dan kawasan sekolah juga dihiasi ratusan bendera bendera segenap penjuru.
Itu apa yang cikson lalui saban tahun selama 36 tahun .Sekolah dan Hari Merdeka tidak pernah berenggang.Malah seiring jalan dengan tema tema hari Kemerdekaan.
MERDEKA! facebook


Tahun ini rasanya serupa sambutan merdeka.Ada ikrar,pertandingan kelas,pakaian beragam which on another note I would like to caution.
Rasa tak berapa masuklah bendera dijadikan pakaian.Bukankah bendera satu keping kain yang kita letak dia ditempat tinggi.Di hargai dan dimuliakan.Lebih lebih lagi bendera negara.Namu apa jadinya bila bendera jadi seluar dan duduknya tentu lah anda sedia maklum...hehe.



Kecintaan kepada negara adakala taken for granted.Dan bila kita berada diwilayah asing beribu batu dari tanahair baru kita dapat mendalami erti kecintaan pada tanahair.Felt that when I was several thousands kilommetres away from home for sometime....dengar lagu negeraku pun dah meremang bulu roma.Gugur air mata.

During my teaching years,it was during merdeka that I could garner lots of pictures and posters which I would then used as TA or stapled them up around the school.And this year from STAR I think teachers could probably use these pictures ...sayang Utusan dan BH tak dibeli pula semalam.


makna tersirat....tapi yang tersurat tu buat tak nampak sudahlah




digunting jadi ABM


boleh jadi alat bantu mengajar yang berguna



How did I celebrate Merdeka Day from RBL ..you guess.
Cikli pagi pagi lagi dah segak berpakaian untuk perbarisan.Jam 12.00  dia call  bagi tahu berita perginya doktor kesayangan dia .Bukan orang lain pun.Suami sepupunya juga.Dr.Amir.Innalilahhiwainna hirojion.
Cikson pula ke KL...walau hanya di ruang tamu RBL.Tapi miss banyak acara.Ruginya.

disini aku sambut MERDEKA



hero Lahad Datu yang gagah perkasa




meriahnya....kita


 
Dan tengah hari itu ke rumah pengantin pula.Kenduri kahwin kawan cikten..
Hari ni cikten balik dan kepala cikson pula berdenyut denyut....


Dalam banyak banyak iklan,sales pun banyak juga.Saja saja nak tanya....bila jumpa satu page iklan berwarna macam ni cikgu cikgu buat apa?Kalau saya ABM jawabnya.Macam macam tau boleh ajar darinya..

Salam Merdeka !
iklan sales semuka juga boleh diguna