Thursday, September 4, 2014

DIY...pandai pandailah godek,bukan bodek ya

Macam macam benda nak buat.My to do list dah penjang lebar.Kalau dibentang mau sampai KL lalu highway....
Tapi rasanya satu pun tak menjadi or make headway.
Nak jahit cushion cover kerusi kerusi yang cikninasandaq suka dok cakaq pun belum mula lagi.Mesin dah dihantar ke kedai Singer dekat stesen bas sampai hari ni dok lagu tu.Kalau ikut hati nak beli saja mesin baru tapi bila buat kira kira ...adoi la pening kepalaku.

Nak buat bunga bunga kertas kertas pun belum dibeli....alasan tak tahu kedai mana yang nak di cari.Sejak tiada kenderaan sendiri nak pergi mana pun ayo ayo susah sekali.Driver pula tak always free and available.Asyik busy.

The big day punya to do list pun masih dok tenggelam timbul.Minggu lepas cikten balik and off to AS we went.To a workshop ...sbb nak kata kedai pun belum lagi dinaik taraf.Sebelum tu singgah kedai mamak pekena nasi kandar.Tgh makan cikson order gulai ayam.Habis makan gulai ayam tak nampak rupa.Cikson panggil waiter minta tarik balik order. Tapi bila semua nak beredar baru sipenyaji menatang pinggan gulai.

Si waiter bertempik....CANCEL! .Depa dah merajuk  .Dan boleh nampak muka tauke ayam tu memuncungkan mulut sambil dok merungut.Amboi..

Selepas makan ke destinasi tujuan kami bergerak.Naik tangga berderap derap.Eh ...ni kedai ke kilang.
Berjumpa dengan tuan empunya kedai cikson rasa lega.Masih muda belia.Tapi wawasan penuh didada.
Peramah dan sedia menjawab pertanyaan kita.Itu yang cikson suka.Bukan macam bridal shop yang gah kononnya tapi customer service hampas sahaja.Cikson kekedai dia haram dia tak keluar bertegur sapa.Mungkin dia hanya layan customer bertaraf vip vip saja..

Semoga  apa yang dirancang menjadi kenyataan.Haasz WP dan Aleya nama tuannya.Peramah orangnya.Cikson suka.....first impression yang baik punya.

Diantara DIY yang difikirkan adalah susun atur billik pengantin.Jenuh juga cikson jelajah internet cari idea.Nak buat simple simple saja..Teringat masa dulu dulu,adik adik kahwin kita buat sendiri .Save duit.Budget tak lari. .

Ni antara yang berkenan kat hati.

simple sangat kot
yang ini

atau yang ini


yang ini?......semua gambar dari blogger.


Semalam cikson godek godek blogger.Click sana,click sini .Import ,export widget kegemaran hati...Ha nilah hasilnya..





No comments:

Post a Comment