Saturday, October 23, 2021

Rasa apa pagi ni ? ...2

 Sebelum jam 7 ,isi rumah RBL sudah sedia dengan rutin selang sehari yang sama. Yakni, repeat , return to order. Begitulah kalau tiada apa apa perubahan yang menjengah .  Sabtu,Selasa dan Khamis begitulah rutin yang dijalani sepasang suami isteri ini. Yakni cikson dan cikli. Yang dua duanya sudah dijamah umur dan tidak gagah lagi. Namun masih gagah menjalani rutin yang terpaksa dilalui. Mungkin hingga akhir hayat nanti.....

By 7 cikli mesti berada di klinik. Hanya ada masa jadual berubah sedikit.

So these are our routines...

* Bersiap, breakfast 

* Open the gate,close the gate

* Bade farewell....Bye see you at twelve and then he's gone.

It was my task to open the old rusty gate. It isnt automated. As I pushed open the wrought iron gate I was taken back. 

Oh gosh... today the sky seems so good and beautiful not to notice. Got my hphone asap ang snapped a few pics. 

The morning sky was so serene. The skyline would change in a few minutes when the sun rises.

These were the pics..... 


parit cermin?

Goodbye... meet at twelve

whats these?



eh.. ada bulan!

Begitulah lazim kehidupan .Adakala tenang, biasa biasa. Namun sekali sekala dijengah taufan. Masa tenang, syukur dipanjatkan. Masa bergelora, lihat alam dan dekat dengan Tuhan. 

Semoga segala urusan dipermudahkan .



Thursday, October 21, 2021

Hari Basah pun Menjenguk Kita....

 Setelah sekian lama kering tanpa hujan, hari basah pun datang menjenguk kita. Di sini setiap hari hujan. La ni pun cuaca mendung dengan langit macam nak runtuh. 

Tertonton video video banjir kilat di Melaka dan Yan,Kedah. Kesiannya. dahulu jarang dengar kawasan Yan ditimpa banjir,namun tahun ini ,rasanya ini kali ketiga. 

Teringat @ terthrowback semasa cikson sendiri terpaksa menghadapi banjir besar beberapa tahun dahulu. Sudahlah rumah dimasuki air hingga terpaksa berpindah, sekolah tempat cikson bertugas pun sama. Menangis tengok kerosakan sekolah . Penat lelah mencantikkan, dibawa arus. Dan sekolah itu hanya diperkampungan tidak jauh dari RBL. Titi Tok Bandar sampai hari ini terpaut dihati. Tapi nak pi melawat, takut sekali.... jalan nak masuk tu yang ngeri..hihi

Pagi pagi begini, cikli dah ke Zaharah Dialisis Centre. Hingga jam 12 baru selesai. So pagi pagi ni bolehlah mop lantai.Masak utk tengah hari . Namun kain baju kena KIV. No matahari .

The other day, mujur lagi. Wash basin dalam toilet tiba jatuh menyembah bumi. Kalaulah ada sesiapa berurusan dengannya, tak taulah apa jadi. Pernah tgk orang kena . Minta simpang malaikat 44 kata bijak bistari.

Bila cuaca tak elok, mulalah rasa cuak. Teringat anak anak yang berada di negeri yang senang kena bah. Pahang terutamanya. Pernah melalui detik detik cemas meredah banjir utk ke airport. 

Stay safe na everybody yang dikasihi.....

Semoga kita terpelihara dari marabahaya. 

Wednesday, October 20, 2021

Happy 6th Birthday abang Ahim....

 




Abam Pohim or Ahim turned six yesterday. He was five the day before yesterday. I wasnt keen to say he is seven...

If he is six,he is six.

Born in 2015 , he is six comes 19th October 2021. And not a day earlier or lesser.

Well..I have quite an argument when he was said to be seven. 

Haha....macam pening kan . Nak kira umur.


Happy Birthday , Selamat Hari Lahir, Sanah Helwah.....

Tok loves you however,whatever, whenever

Size, IQ, and others dont matter

You are a wonderful present to me.... forever and ever.


Semoga big brother Pohim di dalam rahmat Allah swt sentiasa. Membesar dengan sihat dan selamat. Menjadi insan yang bertakwa dan berbakti kepada semua.

Happy Birthday cuu...


Tuesday, October 19, 2021

Rasa apa pagi ni eh?

 


Lakaran budak tiga tahun diatas rasanya tepat untuk menggambarkan rasa apa pagi ni.

Dejected...kata orang putih.

Dua tiga hari ni rasa bad mood saja. Lebih lebih lagi bila terlebih rajin ambil tahu hal ehwal negara. Haha.

Semalam, tersiar berita ibu 9 anak dihukum mati kerana mengedar dadah. Ibu tunggal pulak tu. Allahu.

Undang undang dah semua orang tahu. Mengedar dadah lebih gram akan berdepan dengan hukuman mati. Kenapa kau buat juga ? Kesian anak anak. Trauma yang bukan sedikit mereka hadapi.

Seorang anggota polis pula berdepan hukuman penjara kerana rasuah RM 700. 

Tapi lah... kenapa penipuan berjuta ringgit yang melibatkan sekolah, yayasan, jabatan kerajaan yang cikson terpaksa hadir ke Jln Duta tidak pernah cikson baca dimana mana. Hatta nama si pelaku sekali pun. Mungkin terlepas bas tentang hal itu.....

Yang melakukan itu ada nama didepan nama. Mungkin itu sebabnya tak..

Berita yang disiar tv paling dipecayai juga buat rasa macam makan jadam. Terlepas mereka ke luar negara. Tak perlulah sebuat siapa mereka. Semua telah nyata. Yang ada duit boleh semuanya. 

Tadi , cikson ke laman membasuh enapcemar bapa ayam yang sakit berak kapur. 

Penuh tompok tompok putih najis dia cikson basuh. 

Terlintas difikiran.... negara aku ni tak jauh beza macam ayam berak kapur.....

Semua dah sakit perut. Tak sempat nak masuk tandas. Maka berseleraklah najis merata.

Hanya yang kaya berdaya  beli pil cikit tek aun. Yang susah, yang marhaen, bertaburlah najis serata. 

Situ pula melayang fikiran......

*Tulisan blogger ni menarik perhatian cikson. Bacalah.