Tuesday, October 19, 2021

Rasa apa pagi ni eh?

 


Lakaran budak tiga tahun diatas rasanya tepat untuk menggambarkan rasa apa pagi ni.

Dejected...kata orang putih.

Dua tiga hari ni rasa bad mood saja. Lebih lebih lagi bila terlebih rajin ambil tahu hal ehwal negara. Haha.

Semalam, tersiar berita ibu 9 anak dihukum mati kerana mengedar dadah. Ibu tunggal pulak tu. Allahu.

Undang undang dah semua orang tahu. Mengedar dadah lebih gram akan berdepan dengan hukuman mati. Kenapa kau buat juga ? Kesian anak anak. Trauma yang bukan sedikit mereka hadapi.

Seorang anggota polis pula berdepan hukuman penjara kerana rasuah RM 700. 

Tapi lah... kenapa penipuan berjuta ringgit yang melibatkan sekolah, yayasan, jabatan kerajaan yang cikson terpaksa hadir ke Jln Duta tidak pernah cikson baca dimana mana. Hatta nama si pelaku sekali pun. Mungkin terlepas bas tentang hal itu.....

Yang melakukan itu ada nama didepan nama. Mungkin itu sebabnya tak..

Berita yang disiar tv paling dipecayai juga buat rasa macam makan jadam. Terlepas mereka ke luar negara. Tak perlulah sebuat siapa mereka. Semua telah nyata. Yang ada duit boleh semuanya. 

Tadi , cikson ke laman membasuh enapcemar bapa ayam yang sakit berak kapur. 

Penuh tompok tompok putih najis dia cikson basuh. 

Terlintas difikiran.... negara aku ni tak jauh beza macam ayam berak kapur.....

Semua dah sakit perut. Tak sempat nak masuk tandas. Maka berseleraklah najis merata.

Hanya yang kaya berdaya  beli pil cikit tek aun. Yang susah, yang marhaen, bertaburlah najis serata. 

Situ pula melayang fikiran......

*Tulisan blogger ni menarik perhatian cikson. Bacalah.



2 comments:

  1. Lepas di dunia, tak semestinya lepas di sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul WP. Tapi yang marhaen tak lepas kedua duanya. Sedihkan.

      Delete