Wednesday, June 16, 2021

A Present for me from me......

 Aha... at last the expected parcel arrived safely at RBL.

Ordered on the 12th ,arrived via Ninja Van on the 14th. Quite quick isnt it?

I bought the full package ... the quran,stand and a radio from one Sarah@Al Quran Besar.

Am satisfied at the goods received. In good condition and as expected.

The A3 lettering is good enough for my sight which is failing me.

The radio is doing well too. 

The stand too.


Thats all folks.

Thank you adik ipar yg menghadiahkan cikson sumbangan dari pencennya. Setengah kakak buat beli hadiah utk diri sendiri . Setengah lagi cikson share dengan cikli. 

Semoga adik dan keluarga sentiasa di rahmati Allah .

Bye... 



unboxing the parcel


My full pack... missing is the radio.




Monday, June 14, 2021

Where are we heading ,Msia?


 Unbelievable. It could not be Msia. I told myself.

But.. if it appeared in the mainstream news,then it could be the truth. Not rumours.

17 meninggal akibat covid. I read.

Dalam tempoh dua minggu jemaah sebuah masjid meninggal akibat covid. Berita katanya berlaku di sebuah taman di negeri kelahiran cikson. Di Jitra,which is like 40 minute drive from here.Its frightening that this virus could wreck such havoc in just two weeks.

Allahuakbar.

And to see on tv,children as young as two taken to hospital and quarantine centres is heart breaking too.

And yet another picture came along to dampen our spirit. A picture of  foreign workers tested positive of the dreaded virus being transported in a lorry. Herded!

eehh... gini pun ada....


Why cant the management provide a better mean of transport for them. 

Then there are the other happenings that may make us pening.......

*The ICU in all hospitals are full.....warned KKM.

*The oxygen leak at KHL

*The angry arrogant woman spat with the enforcers

*The happenings at Istana Negara

*The SPM results.

Are making us ordinary Malaysians in our sixties wonder..

What is happening Msia...where are we heading to ? Pening kepala sesiapa yang berada dlm pentadbiran kan...


Today 14th June should mark the end of MCO 3.0 but it doesnt......

Please, lets do our part to make this only country that we call our homeland great again..

Stay Home and Stay Safe

Encourage others to go for vaccination. 

Do not spread news that are not from accountable resources.

Sunday, June 13, 2021

Depan mata....



 Hari ini pagi pagi lagi cuaca mendung. Langit kelabu. Suram.

Hujan turun.

Nun di seberang jalan, petak sawah sudah kehijauan.

Dan yang menariknya sekumpulan bangau putih turun ke tanah mencari makan. Riuh rendah suara mereka bersahut sahutan.

Ini panorama depan rumah ciklicikson jam ini. Pagi ini.

Rindu pulak nak bersantai sambil bawa kereta dan menikmati pemandangan . Lihat kehijauan sawah padi yang baru ditabur benih. Di ceriakan pula dengan bangau bangau putih yang leka mencari nafkah.

A sight that is calming to the eyes. For me laaa....


Selalu saja bila di suruh menjelaskan kedudukan rumah, sawah sejemput didepan rumah inilah yang jadi rujukan...

Its been a few months since I last wondered out of the house. More so with the assorted PKPs and now the extended PKP 3.0. Only been to KPJ and the few shops and warung nearby. 

Really, I am not in the know of what has happened outside the compound of my house. Takut sebenarnya kerana selalu saja keluar berita tentang adanya kes covid di daerah kami. 

Maka melalui tingkap kaca bilik tidor sajalah pandangan ku terarah .

Yang ada ........di depan mata

Hutan dan sawah yang bisu tanpa kata kata.


image from fb.

Thursday, June 10, 2021

Tekad dulu... nekad kemudian

 Semalam, seharian semalam berurusan di KPJ Kangar.

Selalu lalu lalang saja dekat bangunan ini. Dari permulaan cucuk cerucuk hingga siap beroperasi, lihat saja bangunan tersergam ini.

Selalu kata ... jadilah jamu mata. Nak masuk takutlah rasanya. 

Then, the ultimate happens.

Akibat terpaksa ke ER utk jahit kembali tiub dialisis di bahu, cikli bertekad utk cepatkan buat fistula di lengan.

So after much consideration, tekad beralih nekad. Fistula dilengan perlu disegerakan. Nak tunggu giliran di HSB, dua bulan lagi. Takut pula dipospon dalam era covid ini. Segala kemungkinan mungkin terjadi.

Maka ke KPJ kami pergi. Dari jam 7 pagi lagi.

Melalui ujian swab test rtk integen ,mujur dua dua negative. Jadi dapatlah progress dengan operation .

Di tempatkan dalam bilik berempat ,di situ kami menunggu.

Appointment jam 7 ,bertukar kepada jam satu.... ada kes emergensi.

Wellll... its ok. Penerangan doktor kami terima dengan senang hati..

Jam satu, cikli dibilik bedah dan cikson seorang di bilik menunggu sebelah.

Lapar dan dahaga kerana belum bersarapan . Maka cikson helped herself to the coffee on the table.

sedap juga


Hampir jam dua baru boleh kembali ke bilik dan makan nasi yg diorder . Legaaa.

By 5 ,doktor yg operate cikli datang. Khabar dibawa sedikit merungsingkan. Apa apa pun usaha sudah di buat. Sekarang berdoa dan berserah pada mu ya Allah.

Hope cikli's tapak dialisis boleh berfungsi dengan baik bila matang. Tak ada komplikasi yg merungsingkan.

"Cikli, kena patuh apa doktor cakap. Its for your own good. The family can do for you this much . But its you who determine the success. Janganlah dok buat apa apa yg boleh bahayakan diri you"

Teringat cikson akan cerita kawan. Dia juga bekas GB.

"Masa di sekolah kita memberi nasihat kepada anak murid dan anak buah. Selalunya cakap cikgu dan GB anak anak murid dan anak buah hormati. 

Tapi cakap isteri dan ibu selalunya kena sanggah berkali kali.......kadang2 sampai kita sakit hati, patah hati.Silap silap boleh angkat kaki"

Cikson geleng tidak,angguk pun tidak....


Pemandangan dari tingkat 6 KPJ Perlis



Hampir dua jam cikson berseorang di bilik ini. Hehe...kalau malam ....

bilik menunggu 

bilik bedah

pokok palma diluar tingkap 
Tinggi betul. Sayup dia tumbuh hingga ketingkat tiga

Thats all folks.

By the way utk buat fistula di sini harga anggaran ialah RM 2300..... tapi get ready for extra charges.Yesterday,our fees came up to 2600.

Coming soon is the post visit.Mohon sangat no complications.

Am writing this account of our journey so that if any family undergoes the same thing as we do ,they more or less know what to expect. Harap jangan lah ada dk interpret yg bukan bukan. Senak .

When a family member is to undergo dialisis...

* Use your pension card. Its faster than GL

* Choose a reliable and responsible dialisis center. 

* Listen to what doktor pakar tell you what to do.

* Sabar. 

* Sediakan ongkos mencukupi. Emergency boleh jadi bila bila...