Thursday, June 10, 2021

Tekad dulu... nekad kemudian

 Semalam, seharian semalam berurusan di KPJ Kangar.

Selalu lalu lalang saja dekat bangunan ini. Dari permulaan cucuk cerucuk hingga siap beroperasi, lihat saja bangunan tersergam ini.

Selalu kata ... jadilah jamu mata. Nak masuk takutlah rasanya. 

Then, the ultimate happens.

Akibat terpaksa ke ER utk jahit kembali tiub dialisis di bahu, cikli bertekad utk cepatkan buat fistula di lengan.

So after much consideration, tekad beralih nekad. Fistula dilengan perlu disegerakan. Nak tunggu giliran di HSB, dua bulan lagi. Takut pula dipospon dalam era covid ini. Segala kemungkinan mungkin terjadi.

Maka ke KPJ kami pergi. Dari jam 7 pagi lagi.

Melalui ujian swab test rtk integen ,mujur dua dua negative. Jadi dapatlah progress dengan operation .

Di tempatkan dalam bilik berempat ,di situ kami menunggu.

Appointment jam 7 ,bertukar kepada jam satu.... ada kes emergensi.

Wellll... its ok. Penerangan doktor kami terima dengan senang hati..

Jam satu, cikli dibilik bedah dan cikson seorang di bilik menunggu sebelah.

Lapar dan dahaga kerana belum bersarapan . Maka cikson helped herself to the coffee on the table.

sedap juga


Hampir jam dua baru boleh kembali ke bilik dan makan nasi yg diorder . Legaaa.

By 5 ,doktor yg operate cikli datang. Khabar dibawa sedikit merungsingkan. Apa apa pun usaha sudah di buat. Sekarang berdoa dan berserah pada mu ya Allah.

Hope cikli's tapak dialisis boleh berfungsi dengan baik bila matang. Tak ada komplikasi yg merungsingkan.

"Cikli, kena patuh apa doktor cakap. Its for your own good. The family can do for you this much . But its you who determine the success. Janganlah dok buat apa apa yg boleh bahayakan diri you"

Teringat cikson akan cerita kawan. Dia juga bekas GB.

"Masa di sekolah kita memberi nasihat kepada anak murid dan anak buah. Selalunya cakap cikgu dan GB anak anak murid dan anak buah hormati. 

Tapi cakap isteri dan ibu selalunya kena sanggah berkali kali.......kadang2 sampai kita sakit hati, patah hati.Silap silap boleh angkat kaki"

Cikson geleng tidak,angguk pun tidak....


Pemandangan dari tingkat 6 KPJ Perlis



Hampir dua jam cikson berseorang di bilik ini. Hehe...kalau malam ....

bilik menunggu 

bilik bedah

pokok palma diluar tingkap 
Tinggi betul. Sayup dia tumbuh hingga ketingkat tiga

Thats all folks.

By the way utk buat fistula di sini harga anggaran ialah RM 2300..... tapi get ready for extra charges.Yesterday,our fees came up to 2600.

Coming soon is the post visit.Mohon sangat no complications.

Am writing this account of our journey so that if any family undergoes the same thing as we do ,they more or less know what to expect. Harap jangan lah ada dk interpret yg bukan bukan. Senak .

When a family member is to undergo dialisis...

* Use your pension card. Its faster than GL

* Choose a reliable and responsible dialisis center. 

* Listen to what doktor pakar tell you what to do.

* Sabar. 

* Sediakan ongkos mencukupi. Emergency boleh jadi bila bila...

No comments:

Post a Comment