Tuesday, December 22, 2020

5 versus 60


Sedang kami terkial kial untuk membawa si Moki keluar dari bawah katil dan sofa, seorang anak kecil memerhati .

Puas berhempas pulas memujuk si tompok2 Kuning dan coklat keluar,kami hampir give up.

Letihlah. Kita kejar kiri,dia masuk kanan.Kita ke kanan dia kekiri. Jenuh main aci. Kata cikson. 

Si tokwan lelaki pun sama, dah letih katanya.

Biar sajalah dia di situ. Nanti dia tidor bolehlah kita tangkap dan masukkan ke sangkarnya.

Tiba2 si kecil menghampiri.

Tok I have an idea. Apa kata, abang guna kereta control ni, abang bawa masuk bawah sofa tu. Dia takut dia keluarlah.

Waaah. Waduuh... rasa terpukul kami dgn budak 5 tahun ni. Tak terfikir pun orang dewasa yang tercungap2 cuba tangkap Moki.

Ok. Lets try.

Si abang mengemudi kereta control hadiah tokwan . Kedepan kebelakang kedepan kebelakang kereta di control. Kereta maianan itu berhenti dihadapan Moki yang sedang bersembunyi bawah sofa. Takut dia ,lalu dia membatu diri.

Apalagi, cikson pun berjaya mengendong dia dan membawa dia keluar ke sangkarnya.

Tamat operasi . 

Hahah... budak umur 5 tahun lebih bijak dari 60 tahun...Apalaaa tok ni. Tak terfikir langsung nak guna kereta maianan tu utk tangakap Moki.

NB... silap pula umur budak tu. Baru 5 tahun la tok...bukan 6.
 

Monday, December 21, 2020

The end of the beginning...

 Semalam, tukang rumah dari Simpang datang menyudahkan kerja kerja nya.

Dari sebelum jam lapan ,dia dan kawannya bertungkus lumus meyepa simen ,membetulkan pintu pagar rumah, menyiapkan tunnel air hujan . Hingga jam 4 petang baru mereka pulang.

Kagum cikson tengok mereka bekerja. Bersama kawannya serta seorang anak masih sekolah rendah mereka tidak berhenti berkerja. 

Tu la... kalau DM tengok kegigihan mereka,tentu dia tepuk dahi. Tarik balik kata kata...Melayu Malas tu.

Really, rasa upah yang dibayar berbaloi dengan keringat yang mereka taburkan. Sebut saja apa2 yang perlu dibetulkan, tangkas saja mereka tunaikan. 

Semoga satu hari anak muda ini berjaya dalam hidupnya. Aduhai, tak pula cikson ambil gambar mereka utk kenangan. My doa is with you young man. 

I have soft spot for young people who work hard to earn their livings.Mungkin sebab masa mengajar dulu, kejayaan anak2 didik jadi fokus utama. Seronok tgk anak2 tahun 6 berjaya masuk ke sekolah premier selepas berhempas pulas di sekolah rendah. Sepanjang mengajar, cikson selalu kena kelas periksa. 

Pernah tiga orang anak didik kami diterima masuk ke Malay College, 2 Tun Fatimah, Seri Puteri ,MRSM dll dalam satu tahun. Sekolah bukan sekolah gah dipekan. Namun kami pecah rekod tahun itu. SK Kayang thn 2002 /2003 kalau tak salah. Tahun tu team guru2 UPSR memang hebat. So proud of my team.

Begitu juga bagi anak2 yang kurang menyerlah dalam pelajaran, melihat mereka berjaya dalam bidang mereka adalah double joy. Anak murid yang melaungkan nama cikson masa berjumpa di Giant , anak muda yang menjaga pintu masuk bank, mengurus kedai juga dekat dihati. 

Anak muda tukang kimpal@ tukang rumah dari Simpang mungkin tak menjejak kaki ke U,tapi cikson lihat ada bintang dalam dirinya. He's a gem. So multi talented. 

Haha...teringat kata2 GB Cina cikson... I got you like I got a diamond...Sumpah. ini kata2 semangat GB cikson beri thn mula2 datang Perlis. Juga GB India yang selalu promote cikson kat Jabatan. Juga GB2 Melayu yang menilai cikson cemerlang sentiasa. 

One day my friends joked... Cikson ni kena beli baju batik mahal2 siap2. Ada saja anugerah,ada lah muka dia naik pentas.Gituu. 

Ada dua lagi projek nak buat . Mungkin anak muda dari Simpang ini cikson panggil lagi. 

Thats all folks. Bye. Have a happy work day .


Sunday, December 20, 2020

Lapaq at Lapaq Cafe...

 Yesterday cikli turned 67. 

awat 2 btg lilin saja cikli
Cikna booked a table at a hipster cafe not far from our old nook. Lapaq Cafe  or Hungry Cafe is new to ciklicikson as we have never been there. Although the eatery wasnt fresh in town. Its been up and running for quite sometimes.

Lapaq Cafe


After 8.30 , we found ourselves seated at a table for dinner. Plus a bday cake to celebrate cikli's bday. 

old school chicken chop Lapaq ooooo

Had Old School Chicken Chop . Food oklah taste wise but the batter is quite hard for an old timer like me. The sauce is tangy  and creamy. Passed my expectation. 

Its been quite a while ciklicikson been out at night. Waaahh...banyak perubahan no sekarang. The other day we checked whats up at Pengkalan Asam. Haaa... floating market is here! But that night its not operating as it is only opened Sat and Sun. 

Lights were put almost everywhere. Hah..dah macam Alice in Wonderland . But for  old couples like us, a night at home is much preferred . Lainlah kalau kapel2 muda yg tgh bernalarekek...hekhek. Chuckle.

Lapaq Cafe ... 3 stars. Boleh pi lagi lain kali. Catering mostly for Western food. Customers too were mostly youngsters ,I observed. As I was going out, I saw a young couple at a table. With a baby who might be just a few months old.


Ehhh.. sanggup no depa bawa kluaq baby that young to a public place. Malam2 pulak tu.Baru sama macam kami yang warga emas keluar rumah. 

Sekali sekala bolehlah no. Ni pun sbb nak celebrate cikli's bday.

Lapaq la tu. Lama dah berpantang. Lama dah berkurung. I tell myself.

sedaaap cake ni

Happy sweet 67 Cikli. Thanks a lot cikna for the treat. Semoga murah lagi rezeki na.



Saturday, December 19, 2020

Covid is real ,babe

 I was taken aback when I saw pictures of crowds everywhere. People gathered here and there.




Since last Friday, pictures of Kuala Perlis being jam packed with holidaymakers bound for Langkawi circulated in the media. So too crowds that gathered to enter the newly launched Uniqlo shop in KL.

Ehhh macam tak sempat sempatlah depa ni. Macamlah tak dak masa lain utk semua tu. Covid masih banyak la. Aku bermonolog. 

Dan bila menatapi berita tentang Hospital Klang dan Serdang tambahlah lagi gusar ku. Berpuloh staf dan frontliners sudah positif. Dan angka kumulatif mereka dah beratus. 

C'mon people,this covid is real. Bukan imaginasi la..Tolonglah jangan ambil mudah.

Everyday, since day one, if you were to follow news on the Big Apple , covid is the number one news. 

In some nations, restrictive measures were put up to combat further outbreak. 

Vaccines will be coming soon. Hope this will end the covid story for good. But alas those naysayers, antivax are making their presence felt. 

But, it seems that covid virus pun dah mutate into new strains.So I heard.

Brace for a tougher time ahead. Jangan berbelanja tak tentu hala dengan duit KWSP. I told my children.

Live within your means. Kalau dah golongan B40,janganlah berbelanja macam T20. Silap silap ahlong mai cari. Mana mau lari...?

The story of ah long surfaced again during this time. Many resorted to borrowing from unlicensed money lenders to survive. To pay the bills and to bring food on the table.

There were so many reports of family abuses and suicides . Kesian . Dan kebanyakan adalah dari mereka  seagama ku. Betul kata OSTB. Orang 2 Islam lebih terkesan dengan covid 19 ini. This I agree with his view. Dimana mana pun dunia Islam, kesusahan yang terbaca. 

Tak pandai nak hurai . Tapi kalau nak baca sini link dia. Oh well.scroll down this blog ,you will find the link. 

Covid is real babe. Jelek aku membaca komen2 yang merendah2 kan frontliners . Yang memomokkan ancaman covid ni. 

Satu hari,aku pun jadi bahan gelak kerana tak keluar rumah. hahaha. Gelaklah mereka, namun bila terkena jangan nangis ya...ancaman covid ada dimana mana. Bila bila saja. Selagi tak ada vaccine yang berjaya mengekangnya. 

Ehhh harini ada orang nak belanja makan. Makcikson bagi syarat... pi kedai tak ramai orang. Yang crowded, tak mau. 

The other day when I was in Kuala for ikan bakar, risau dengar ada customer dok teruhuk uhuk . We went early that day. Not that many customers but as we were having our food, one busload of eager ikan bakar hunters soon arrived. And how I felt so uneasy. 

Thats all folks. Bye. Stay safe. 

Selamat Hari Lahir cikli.