Puas berhempas pulas memujuk si tompok2 Kuning dan coklat keluar,kami hampir give up.
Letihlah. Kita kejar kiri,dia masuk kanan.Kita ke kanan dia kekiri. Jenuh main aci. Kata cikson.
Si tokwan lelaki pun sama, dah letih katanya.
Biar sajalah dia di situ. Nanti dia tidor bolehlah kita tangkap dan masukkan ke sangkarnya.
Tiba2 si kecil menghampiri.
Tok I have an idea. Apa kata, abang guna kereta control ni, abang bawa masuk bawah sofa tu. Dia takut dia keluarlah.
Waaah. Waduuh... rasa terpukul kami dgn budak 5 tahun ni. Tak terfikir pun orang dewasa yang tercungap2 cuba tangkap Moki.
Ok. Lets try.
Si abang mengemudi kereta control hadiah tokwan . Kedepan kebelakang kedepan kebelakang kereta di control. Kereta maianan itu berhenti dihadapan Moki yang sedang bersembunyi bawah sofa. Takut dia ,lalu dia membatu diri.
Apalagi, cikson pun berjaya mengendong dia dan membawa dia keluar ke sangkarnya.
Tamat operasi .
Hahah... budak umur 5 tahun lebih bijak dari 60 tahun...Apalaaa tok ni. Tak terfikir langsung nak guna kereta maianan tu utk tangakap Moki.
NB... silap pula umur budak tu. Baru 5 tahun la tok...bukan 6.
hahaha otak budak2 skrg ni , mmg mcm computer
ReplyDeleteAtie, membesar dgn komputer ,begitulah agaknya.
DeleteCerdik dia hehehe
ReplyDeleteMungkin sbb ayah yg banyak mengajar. Ada terbaca anak2 lebih cepat belajar dgn bapa dari emak masa kecil kecil .
DeleteWire2 otak dia cepat berhubung.
ReplyDeleteKdg2 terkejut juga dgn kerenah dia. Tak terjangka orang dewasa.
Delete