Monday, December 21, 2020

The end of the beginning...

 Semalam, tukang rumah dari Simpang datang menyudahkan kerja kerja nya.

Dari sebelum jam lapan ,dia dan kawannya bertungkus lumus meyepa simen ,membetulkan pintu pagar rumah, menyiapkan tunnel air hujan . Hingga jam 4 petang baru mereka pulang.

Kagum cikson tengok mereka bekerja. Bersama kawannya serta seorang anak masih sekolah rendah mereka tidak berhenti berkerja. 

Tu la... kalau DM tengok kegigihan mereka,tentu dia tepuk dahi. Tarik balik kata kata...Melayu Malas tu.

Really, rasa upah yang dibayar berbaloi dengan keringat yang mereka taburkan. Sebut saja apa2 yang perlu dibetulkan, tangkas saja mereka tunaikan. 

Semoga satu hari anak muda ini berjaya dalam hidupnya. Aduhai, tak pula cikson ambil gambar mereka utk kenangan. My doa is with you young man. 

I have soft spot for young people who work hard to earn their livings.Mungkin sebab masa mengajar dulu, kejayaan anak2 didik jadi fokus utama. Seronok tgk anak2 tahun 6 berjaya masuk ke sekolah premier selepas berhempas pulas di sekolah rendah. Sepanjang mengajar, cikson selalu kena kelas periksa. 

Pernah tiga orang anak didik kami diterima masuk ke Malay College, 2 Tun Fatimah, Seri Puteri ,MRSM dll dalam satu tahun. Sekolah bukan sekolah gah dipekan. Namun kami pecah rekod tahun itu. SK Kayang thn 2002 /2003 kalau tak salah. Tahun tu team guru2 UPSR memang hebat. So proud of my team.

Begitu juga bagi anak2 yang kurang menyerlah dalam pelajaran, melihat mereka berjaya dalam bidang mereka adalah double joy. Anak murid yang melaungkan nama cikson masa berjumpa di Giant , anak muda yang menjaga pintu masuk bank, mengurus kedai juga dekat dihati. 

Anak muda tukang kimpal@ tukang rumah dari Simpang mungkin tak menjejak kaki ke U,tapi cikson lihat ada bintang dalam dirinya. He's a gem. So multi talented. 

Haha...teringat kata2 GB Cina cikson... I got you like I got a diamond...Sumpah. ini kata2 semangat GB cikson beri thn mula2 datang Perlis. Juga GB India yang selalu promote cikson kat Jabatan. Juga GB2 Melayu yang menilai cikson cemerlang sentiasa. 

One day my friends joked... Cikson ni kena beli baju batik mahal2 siap2. Ada saja anugerah,ada lah muka dia naik pentas.Gituu. 

Ada dua lagi projek nak buat . Mungkin anak muda dari Simpang ini cikson panggil lagi. 

Thats all folks. Bye. Have a happy work day .


No comments:

Post a Comment