Monday, November 9, 2020

DIY...ketam masak lemak cili api bernenas

 Lama benar ya tak menulis dalam kolum DIY. Rasanya tidak ada apa apa nak share. 

Tapi .. ada orang minta resepi ketam masak lemak cili api la..




Here goes..

2 ekor ketam . Belah 2. Basuh elok2 tau. Takut hanyiak.

*1 labu bawang besaq yg sedang2

*3 ulas bawang putih

*8-10 biji cabai melaka. Nak lagi pedaih, tambahlah.

*1 camca teh serbuk kunyit. Nak kuning lagi, tambahlah.

Garam secukup rasa

1 kotak santan cap Ayam. Nak guna cap itik pun tak pa. No hal punya.

Nenas@nangnaih sejorong dua. Potonglah ikut suka.

Cara caranya:

Grind semua bahan bertanda*. Lepas tu rebuih naik dgn sedikit ayaq. Masukkan ketam, garam,nenas ,santan . Kacau selalu takut santan meruap naik.

Masakla sampai rasa ketam tu dah masak. Boleh tambah ayaq kalau yang nak kuah santan tu cayaq sikit. Cikson buat pekat hari tu.

See... senang sangat resepi cikson ni.Cubalah.

Tapi makcik, kami tak taulah nak bersiang nenas dan ketam. Laa,pulak. Ok,ok,no problem. Pi kat you tube...taip how to clean crabs. Tgk yang tamil punya. Precise depa tunjuk. Nak potong nenas tak tahu,type saja how to cut pineapple. Berjebah u tube tunjuk.

Thats all folks. Happy cooking. Stay safe this PKPB. Jangan rajin dok melewaq mall nooo.


Rasa manis isi ketam bersatu dengan lemak santan, pedas cili api dan masam nenas...its a dish that cikli say....Sdaaap. Gu dengan sambal belacan, gelama masam. Heaven. 

Thats all folks. Bye.Love you all.

Sunday, November 8, 2020

Here we go again!

 Really sedih kali ini bila diumumkan PKPB di KL dilanjutkan sehingga 6 Dec ini. Juga tiada rentas negeri . BERKECAI jadinya rancangan cikson buat akhirnya.

No visiting my children and grandchildren.
No makan kenduri di Pahang
No holidaying 

Now we have an assorted PKPs for various states
PKPP in Perlis,Pahang ,Kelantan
PKPB in the remaining states Kedah,Perak,Selangor,WPKL,Melaka, NS,Johore,Trengganu,Sabah. 
PKPD in certain targeted regions. 
Not so sure about Sarawak.

And we are in for another fright. Twin infection coming soon. Influenza and covid. Quite alarming as I am prone to breathing difficulties comes the wet weather. 
Semoga kita semua dilindungi Allah swt. But be safe always folks. Jangan endah tak endah saranan KKM. I have no doubt at all . The frontliners are doing their utmost for our health . 
Geram dan sedih juga bila baca tulisan tulisan bijak sangat orang2 yang mempertikaikan arahan KKM. SOP dilanggar sewenang wenangnya. Lebih2 lagila kalau yang perlu tunjuk tauladan...
Until we have vaccines ,we will be in this again and again.

Seronoklah Perlis bebas PKPB. 
Seronok tu memanglah. Kawasan kami hijau. Namun bila interstate travel kena ban haha.... melewaq dalam Perghlih la saja kami. Boleh naik 4 orang dalam kereta . Tapi tak boleh ke mana mana. Macam terkurung begitu.

Kesian memikirkan dua beradik di KL tu terkurung dalam condo di Daerah Batu Muda. Dah sebulan begitu. Tambah lagi sebulan. 
Kesian juga buat anak yang sedang rancak membuat persiapan berpindah rumah. Tentu rancangan tertahan tahan. 
Kesian juga buat besan yang merancang pernikahan anak 20 Nov ini. Tidak kesampaian kami ke sana. 
Kesian adik yang sakit di Kedah. Tak dapat kakak mu melawat.

Banyak lagi yang kena kesian. Mereka yang terputus punca rezeki akibat covid ini.Mereka yang terpaksa berpisah dari yang tersayang kerana sekatan perjalanan. Juga yang paksa berkorban kerana dhantar ke Sabah. Menitis airmata melihat mereka. Perit telah ku rasa berpisah dengan anak2 3 bulan lamanya semasa mereka masih tak tau apa apa. 

Debar rasa nasib budget 2021 pun ada juga.Semalam angka positif covid atas seribu .Haru.

Thats all folks. If we do not abide to SOP ,here we go again. PKPB. Or worse still PKPD.

haha... biarkan mereka berkarya.



Saturday, November 7, 2020

Sekoq ketam kongsi berdua...

 Di celah celah hiruk pikuk pilihanraya USA dan perbentangan budget 2021, kami harungi hidup se adanya.Semampunya. Mampu dalam ertikata, secukupnya. Berjimat cermat, beringat ringat akan apa yang mungkin mendatang.

Seorang boomer macam cikson yang bukan dilahirkan dalam dulang emas, masih ingat susah2 yang dihadapi dizaman silam. Bila beringat, maka apa yang dibelanja sentiasa beringat2. Fikir , timbang apa implikasinya bila duit sudah tiada. 

Mama ni, beli sajalah kalau dah suka. Itu kata kata anak2. Tapi itulah aku. Aku lihat, aku belek, aku tolak,aku campur sebelum sesuatu pembelian aku buat. Even my own blouses, baju rumah, aku pakai sampai boleh buat kain buruk baru aku beli baru. Cheapskatelah mama ni kan. 

Tiba tiba teringat fund yang belum aku tebus. Tak banyak pun....kalau aku tak sempat, biarlah untuk anak2 cucu .Tiba2 juga teringat tokton,arwah ibu. Jimat cermatnya dia. Semasa dia tiada, dia tidak pergi tanpa apa2 buat kami. Hairan juga cikson. Mak bukan ada kerja. Itulah hasil jimat cermat dia.

Ehh ..apa kena cerita cikson dengan tajuk posting . Jauh menyimpang.

Cikli , tanpa di minta, balik rumah dengan beg beg plastik satu tgh hari.Antaranya terdapat tiga ekor ketam..You buat masak lemak cili api ,boleh?

lemak cili api ketam cikson


Maka semalam termasak 2 ekor ketam belah 4. Masak lemak cili api ketam gu dengan nenas. 3 potong utk cikli dan sepotong utk cikson. Sedaap. Lemak santan bersatu dengan rasa pedas2 cili api dan manis isi ketam. Well, heaven.

Him : Ehh.. kan I beli 3 ekoq. Mana sekoq lagi? 

Me: Ada lagi 2 belah. Bila2 nanti I nak masak sambal ketam pula la. Satu utk you, satu utk I.

Ketam 3 ekor tu besaq2 juga. So sayanglah nak masak sekali gus. Maka next lunch cikson akan dimasak sambal tumis ketam pula.

Pengajaran apa yang cikson nak cuba sampaikan. Dari cerita ketam sekoq dibelah 2? Its none other than jimat cermat di zaman serba kesusahan. Dari dulu, cikson akan masak sekali utk tgh hari dan malam. Apa yang dimasak tgh hari itu dimakan sampai ke malam. Lauk disampingkan . Disimpan baik2. Malamnya kalau kecukupan, itu sajian kami. So save enegy, masa , gas . Dan juga pening kepala untuk fikir apa lauk malamnya.

Amalan ini mungkin amalan kebanyakan penduduk utara. Or is it kami saja.. haha.

Budget 2021 akan dibahas, dikupas sehari dua ni dalam dewan parlimen. Harap2 ahli parlimen yang bijaksana dapat berbahas dengan sempurna. 

1755 kes semalam. Ngerinya .

Thats all folks. Bye.



telioq dak?


Friday, November 6, 2020

Merah ke,hijau ke...usah balik kampung!

 Semalam, masa sidang media KKM, Tan Sri DG  ditanya tentang isu ini,Perjalanan rentas daerah atau negeri. Ini jawapan nya:

Usah balik kampung!

Rasanya berbuih mulut Tan Sri menasihatkan rakyat Msia tentang itu. Namun ,masih ada lagi yang tak mengendahkan. Maka jadilah seperti di Kelantan. Akibat kedegilan? , kes kovid disana ada saja. Setiap hari ada angkanya. Walau masih dibawah 2 angka, tetapi keadaan ini tak disenangi. 

Perlis masih hijau. Alhamdulillah. Namun kami di sini tak rasa selesa nak ke mana mana. Nak ke pasaraya pun dua tiga kalifikir. Barang dapur ciksn hampir habis. Aduhai...Rimaslah nak beramai ramai. So I have to choose smaller shops where there are not many people. 

Bersua dengan mereka yang kita kenali pun dah tak berpeluk peluk. Tangan yang disua pun lambat saja disambut. Ada yang tidak langsung. Bila sedar kita dah melangkau safe distance ,kita cepat2 perbetulkan. 

Rindu sangat sangat kepada anak2 cucu. Namun apakan daya. PKPB membataskan pergerakan kita. Dan mereka pun akur. Rindu ditolak ketepi. Video telatah cucu2 cukup untuk mengubat rindu. Buat sementara waktu. 



adik dengan legonya..

Pohim dan adiknya nampaknya dah ada aktiviti baru. Main chess! Cikson usulkan kepada ibunya untuk start ajar dia. Nampak gaya, budak lima tahun ni dah suka akan game ni.Semoga dia berjaya jadi pemain chess  sedari muda. Macam keluarga tokwanciknya. The whole family are chess players.And results degree anak anak ..wow.4 flats. 


abang dengan chessnya...


Chess and music. These 2 subjects could train the mind to be critical, good in strategy. etc etc. Music is learning instruments that needs learning the taugeh and what nots. 

All these between learning Muqaddam. 

Biden won the US Presidential election kan. Budget 2021 jam 4 ptg nanti.

Apa apa pun, merah ke hijau...Usah balik kampung. Bila keadaan dah ok dan PKPB dah tamat ,baliklah.

Thats all folks. Bye. Salam Jumaat.