Di celah celah hiruk pikuk pilihanraya USA dan perbentangan budget 2021, kami harungi hidup se adanya.Semampunya. Mampu dalam ertikata, secukupnya. Berjimat cermat, beringat ringat akan apa yang mungkin mendatang.
Seorang boomer macam cikson yang bukan dilahirkan dalam dulang emas, masih ingat susah2 yang dihadapi dizaman silam. Bila beringat, maka apa yang dibelanja sentiasa beringat2. Fikir , timbang apa implikasinya bila duit sudah tiada.
Mama ni, beli sajalah kalau dah suka. Itu kata kata anak2. Tapi itulah aku. Aku lihat, aku belek, aku tolak,aku campur sebelum sesuatu pembelian aku buat. Even my own blouses, baju rumah, aku pakai sampai boleh buat kain buruk baru aku beli baru. Cheapskatelah mama ni kan.
Tiba tiba teringat fund yang belum aku tebus. Tak banyak pun....kalau aku tak sempat, biarlah untuk anak2 cucu .Tiba2 juga teringat tokton,arwah ibu. Jimat cermatnya dia. Semasa dia tiada, dia tidak pergi tanpa apa2 buat kami. Hairan juga cikson. Mak bukan ada kerja. Itulah hasil jimat cermat dia.
Ehh ..apa kena cerita cikson dengan tajuk posting . Jauh menyimpang.
Cikli , tanpa di minta, balik rumah dengan beg beg plastik satu tgh hari.Antaranya terdapat tiga ekor ketam..You buat masak lemak cili api ,boleh?
lemak cili api ketam cikson |
Maka semalam termasak 2 ekor ketam belah 4. Masak lemak cili api ketam gu dengan nenas. 3 potong utk cikli dan sepotong utk cikson. Sedaap. Lemak santan bersatu dengan rasa pedas2 cili api dan manis isi ketam. Well, heaven.
Him : Ehh.. kan I beli 3 ekoq. Mana sekoq lagi?
Me: Ada lagi 2 belah. Bila2 nanti I nak masak sambal ketam pula la. Satu utk you, satu utk I.
Ketam 3 ekor tu besaq2 juga. So sayanglah nak masak sekali gus. Maka next lunch cikson akan dimasak sambal tumis ketam pula.
Pengajaran apa yang cikson nak cuba sampaikan. Dari cerita ketam sekoq dibelah 2? Its none other than jimat cermat di zaman serba kesusahan. Dari dulu, cikson akan masak sekali utk tgh hari dan malam. Apa yang dimasak tgh hari itu dimakan sampai ke malam. Lauk disampingkan . Disimpan baik2. Malamnya kalau kecukupan, itu sajian kami. So save enegy, masa , gas . Dan juga pening kepala untuk fikir apa lauk malamnya.
Amalan ini mungkin amalan kebanyakan penduduk utara. Or is it kami saja.. haha.
Budget 2021 akan dibahas, dikupas sehari dua ni dalam dewan parlimen. Harap2 ahli parlimen yang bijaksana dapat berbahas dengan sempurna.
1755 kes semalam. Ngerinya .
Thats all folks. Bye.
telioq dak? |
terliurnya tgk ketam niiiii time time mcm ni
ReplyDeleteJemputlah ke Perlis. Boleh cikson jamu.
Deletengeri..last2 3 negeri je boleh bergerak bebas sekarang..haih..
ReplyDeletesedapnya ketam itu
Syaz, tak boleh kemana pun. Balik2 Kola dan Padang.
DeleteKetam pun mahalnya sekarang.
ReplyDeleteBetul WP, 3 ekoq dah RM 20. Makan kat Kuala tak berani nak pandang kat ketam2. Mau mahai berdengung.
Delete