Friday, November 6, 2020

Merah ke,hijau ke...usah balik kampung!

 Semalam, masa sidang media KKM, Tan Sri DG  ditanya tentang isu ini,Perjalanan rentas daerah atau negeri. Ini jawapan nya:

Usah balik kampung!

Rasanya berbuih mulut Tan Sri menasihatkan rakyat Msia tentang itu. Namun ,masih ada lagi yang tak mengendahkan. Maka jadilah seperti di Kelantan. Akibat kedegilan? , kes kovid disana ada saja. Setiap hari ada angkanya. Walau masih dibawah 2 angka, tetapi keadaan ini tak disenangi. 

Perlis masih hijau. Alhamdulillah. Namun kami di sini tak rasa selesa nak ke mana mana. Nak ke pasaraya pun dua tiga kalifikir. Barang dapur ciksn hampir habis. Aduhai...Rimaslah nak beramai ramai. So I have to choose smaller shops where there are not many people. 

Bersua dengan mereka yang kita kenali pun dah tak berpeluk peluk. Tangan yang disua pun lambat saja disambut. Ada yang tidak langsung. Bila sedar kita dah melangkau safe distance ,kita cepat2 perbetulkan. 

Rindu sangat sangat kepada anak2 cucu. Namun apakan daya. PKPB membataskan pergerakan kita. Dan mereka pun akur. Rindu ditolak ketepi. Video telatah cucu2 cukup untuk mengubat rindu. Buat sementara waktu. 



adik dengan legonya..

Pohim dan adiknya nampaknya dah ada aktiviti baru. Main chess! Cikson usulkan kepada ibunya untuk start ajar dia. Nampak gaya, budak lima tahun ni dah suka akan game ni.Semoga dia berjaya jadi pemain chess  sedari muda. Macam keluarga tokwanciknya. The whole family are chess players.And results degree anak anak ..wow.4 flats. 


abang dengan chessnya...


Chess and music. These 2 subjects could train the mind to be critical, good in strategy. etc etc. Music is learning instruments that needs learning the taugeh and what nots. 

All these between learning Muqaddam. 

Biden won the US Presidential election kan. Budget 2021 jam 4 ptg nanti.

Apa apa pun, merah ke hijau...Usah balik kampung. Bila keadaan dah ok dan PKPB dah tamat ,baliklah.

Thats all folks. Bye. Salam Jumaat.

4 comments:

  1. penang yg hijau then tiba2 kuning pastu dah ada kawasan pkpb :(

    ReplyDelete
  2. Semoga semua masih diberi semangat untuk patuh arahan ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Syaz, kalau kita hilang semangat utk patuh arahan, alamat kita duduklah dalam keadaan ini lebih lama lagi. Tak larat dah makcik.

      Delete