Wednesday, November 4, 2020

111 followers. 500,000 views...11 years hence

 11 years. 111 followers and 500,000 pageviews.

The other day, my blog registered 111 followers. Thank you ,terimakasih buat semua yang sudi ikuti posting posting entah berantah saya. 

From 2009, I started this blog of mine. Naming it Thru Ups N Downs. Looking back, it was my children who encouraged me to start blogging.

Mama, you kan suka tulis. Startlah blogging. Write what you like ,mom. And after sometime, I fell for their gentle persuasion. Bolehlah kami tau apa jadi kat sini. 

So start blogging I did. 11 years into it. Most of the bloggers from that time had fizzled out. I couldnt find anymore of their writings. I didnt . I still write because if I dont, I will talk to myself...haha. I read somewhere, that the mind might disintegrate if its not utilised. The best antidote to dimentia is reading and writing.

Sekarang pun cikson rasa kapasiti utk mengingat, membaca pun dah menurun. Berat benar kadang2 utk dapatkan perkataan utk di taip. Lain dibaca, lain di interpretasi. Entah2 setahun dua ini kot saja kemampuan cikson utk menulis akan bertahan. I really salute tun M yang kemampuan dia bertahan hingga hampir satu abad.

Last night my page view recorded its first half a million pageviews. Nak gelak pun ada. Such peanuts.Kata pun,aku menulis bukan kerana nama atau followers. Oh ya, orang menyampah pun ada. Ada talipon, ada e mail tentang tidak seronoknya mereka tentang apa yang ku tulis. Bahasa bercampur campur. Sat BM ,sat BI , sat bahasa standard,sat bahasa loghat. Macam rojak.

To this I hold my daughter's advice.

'Buatlah apa mama suka. You nak tulis bahasa timbuktu pun biaq pilah. Yang penting jangan tulis teruk teruk sangat sudahlah. Or if you nak sangat, go incognito'... haha. Tak kuasalah mama.

Sekali aku dapat this ... menulis blog ni perbuatan syaitan! Terngiang ngiang lagi kata kata itu. Really? Tapi ..... 

Tulislah tentang agama ka, 

Well, I leave it to the better learned people in this field. Cuma yang boleh ku tulis is highlight kebaikan.Kurangkan tentang kejahatan ,kebejatan manusia. For who are we to write about others misfortunes. To be judges of other people sins. We are sinners ourselves. 

Harini, USA votes. 

Thats all folks. Bye. Terimakasih banyak2 diatas kesudian 111 yang sudi menjadi followers. Yang menjadi sebahagian penyumbang setengah juta mukasurat dibaca. Atau diclick saja..

Maaf banyak banyak andai ada salah silap bahasa. Atau posting cikson anda terasa. Even my BI is getting rotten by the day. Huhu.

Bye. Stay safe always. 1054 was a big figure with 12 deaths..

Tuesday, November 3, 2020

Ngeri siot....

 Terbaca tentang pembunuhan kejam di Trengganu. Ngeri sangat.Tergamak dia melakukan perkara itu ke atas bff sendiri. BFF! Best friend forever tu.

Cuba pi kat forum forum , macam macam cerita yang ada. Unthinkable,umur semuda itu, perempuan pula sanggup berbuat demikian. Semoga pengadilan paling adil buatnya.

Kesian kepada ibu mangsa, kerana itulah anak yang menjaga nya . Anak yang diambil nyawa dengan kejam . 

Ngeri kan. Ngeri siot kata orang sana.

This brought me to a story long long ago. Long long ago.

Entah apa yang tidak kena denagn keluarga itu. Permusuhan antara ahli keluarga diketahui ramai. Permusuhan antara anak sulung dan kedua jadi sebutan ramai. Hari hari mereka bergaduh. Bukan sikit sikit punya gaduh. Punca nya dengki dan dendam.

Si kakak dengki dengan adik. Si adik dendam dengan kakak. Ditambah dengan ketidak bijaksanaan ibubapa , permusuhan mereka berlarutan. Tiada kasih sayang yang disemai, kecuali kebencian yang dibelai. 

Rupanya si kakak tu pengidap penyakit mental. Habis semua orang dimusuhinya. Satu hari riuh cerita adiknya hilang. Ditemui terapung dalam tali air sawah . Di tolak orang. Akhirnya misteri terlerai... angkara si kakak ,adik terkorban. 

Perkara ini mungkin dapat dielakkan kalau ibubapa faham apa itu penyakit mental. Susah pula nak sebut medical term dia. Kalau mereka bertindak membawa kaunseling akan kakak itu, mungkin kecelaruan mentalnya dapat dikekang. 

Parents, if you see something very wrong with your child, seek medical treatment. Nakal yang tak terkawal dari kecil mungkin menjadi keganasan diusia dewasa. Penyakit mental boleh ada dalam diri kanak kanak. Ubatilah sebelum terlambat.

Ngeri juga membaca tentang perkembangan di negara sejuk sana. Dari France dah merebak merata. Pagi ni di Vienna dan Canada Permusuhan agama , menjadi jadi pula. Bunuh membunuh, bakar membakar macam tak ada apa apa. 

Ya Allah, lindungi kami semua.

Thats all folks. Stay safe always.


Monday, November 2, 2020

Tanpa dia....

 Semalam,melalui satu rancangan tv, aku tontoni isu ini...anak anak tidak sah taraf. Satu isu yang memang ada dalam kehidupan rakyat Msia.

Antara sisipan yang aku fahami...

Anak tidak sah taraf boleh terjadi bila:
*Kelahiran kurang dari 6 bulan dari tarikh nikah
*Kelahiran dari pernikahan luar dari Msia yang tidak diregister.
*Bapa tidak diketahui

Anak anak perlu diregister kelahiran mereka walau pun mereka berada dalam kategori diatas. Jangan biarkan mereka tanpa surat beranak,kerana masaalah akan mereka hadapi kalau kelahiran mereka tidak diregister. Kira macam bukan warganegara.

Kelahiran mereka boleh diregister dengan salah satu :
Berbin/binti Abdullah
Berbin/binti asma al husna
Atau nama mereka saja.
Tanpa merekodkan apa apa tentang taraf kelahiran mereka.

Wawancara tentang isu ini semalam mengetuk balik jendela hati aku semasa aku dalam perkhidmatan. Menjadi lumrah sekolah untuk memerlukan sijil beranak anak anak murid. Dan dalam ramai ramai, antara nya terselit sijil sijil yang memilukan hati aku.Yang berbin/binti Abdullah atau asma al husna aku tidak tersentuh sangat. Sebabnya ada juga tertulis nama bapa. Namun yang ditinggal blank, atau tertulis ' Bapa tidak diketahui' amat menyedihkan.
Imagine kawan2 mengejek....Allahu.

Ada aku ajukan kepada keluarga untuk memohon ubah ayat itu . 'Bapa tidak diketahui' bukan nama bapa. Namun masa itu,katanya jabatan pendaftaran enggan berbuat demikian.Entah apa terjadi pada keluarga itu. Bukan seorang anak berbinkan demikian....

Masa kahwin anak sulung, sijil kahwin ibubapa diperlukan. Tarikh kahwin diperhalusi. Kalau anak perempuan akan datanglah masaalah waris. 

Satu peristiwa...aku tergamam bila datuk seorang anak menjerit 'Anak Har**  kau ni. Mati pun lebih baik. Menyusahkan saja'. To a child who was a little bit naughty than normal. 
Ayat itu melekat dalam kepala aku utk sekian lama. Lebih2 lagi bila aku tahu asal usul anak itu. Timbul simpati kepada anak yang terkenal nakal itu. Dan aku beri lebih perhatian kepadanya.

Kisah itu dah bertahun lama. Budak itu pun dah besar tentunya. Tapi aku terputus hubungan dengan dia selepas dia ke sekolah menengah. Entah apa jadi dengannya sekarang.
Tentu nasibnya tak serupa dengan anak anak yang lain kerana dia tanpa 'dia'. 
Dia yang bergelar bapa....

Sometimes watching berita atau program ditv buka balik cerita yang kita dah lupa.

Thats all folks. Wishing you all the best for today.


Sunday, November 1, 2020

Dari kejauhan ini...

 Bertemankan radio Zayyan, aku layari internet.Dua kerja dalam satu masa. Biasalah.. aku suka benar buat kerja dua tiga in one go.

Kalau aku lipat baju, aku lipat depan tv. Baju terlipat, berita pun dapat. Kalau aku masak, aku buat beberapa perkara satu masa. Tapi selalunya ada strateginya, kalau tidak hangit jadinya..hihi.

Hari Ahad ya hari ini. Hari cuti buat setengah setengah negeri. Pelik kan. Dalam Malaysia yang tak besaq mana ni, cuti negeri negeri pun tak sekata. Adakala jadi tak kena kita. Kita cuti dan ingin melawat sanak saudara diKedah, dinegeri sebelah. Mereka pula berkerja hari ni... see, apa pun tak jadi.

Pengalaman mengadakan kenduri hari Ahad beri pengajaran buat cikson. Entah kenapa isu ini tidak terlintas dalam fikiran cikson semasa merancang. Nah...ramai jemputan cikson dari Kedah tak dapat mengahdiri. Mereka kerja!

Kata hati rindu sangat dengan cucu cucu di KL. Budak budak itu sentiasa ada dalam fikiran dan ingatan. Keletah mereka menghiburkan hati kami. Hari tu masa bday si Pohim, tok n wan beli permaianan utk hadiah bdaynya.

Waah.. gembira dia. Voice call darinya menggambarkan kegembiraan dia. 

hadiah dari kami..


Ntahlah... setiap bangun pagi , muka anak anak bermain dimata. Apalah kehidupan mereka. Riangkah mereka atau tidak . Dan doa cikson iringikan utk kesejahteraan mereka. Semoga yang maha kuasa Allah memberkati mereka semua.

Dari kejauhan ini, pesan mama buat semua. Jangan lupa tiang agama. Jaga kehidupan setiap hari. Jauhkan diri dari perkara perkara yang salah dan yang jauh dari norma kehidupan manusia sempurna fizikal dan mental. 

Kesian pada anak yang seorang, sibuk bukan kepalang. Semua dia uruskan sendiri. Tapi ada bakatlah jadi ID. Tertarik dengan pilihan dia. So subtle. 

antara pilihannya

Thats all folks. Have a happy weekend walau weekend kita tidak sama harinya. Dari kejauhan ini, semua makcik dari utara ni sayangi. Bye.