Monday, November 2, 2020

Tanpa dia....

 Semalam,melalui satu rancangan tv, aku tontoni isu ini...anak anak tidak sah taraf. Satu isu yang memang ada dalam kehidupan rakyat Msia.

Antara sisipan yang aku fahami...

Anak tidak sah taraf boleh terjadi bila:
*Kelahiran kurang dari 6 bulan dari tarikh nikah
*Kelahiran dari pernikahan luar dari Msia yang tidak diregister.
*Bapa tidak diketahui

Anak anak perlu diregister kelahiran mereka walau pun mereka berada dalam kategori diatas. Jangan biarkan mereka tanpa surat beranak,kerana masaalah akan mereka hadapi kalau kelahiran mereka tidak diregister. Kira macam bukan warganegara.

Kelahiran mereka boleh diregister dengan salah satu :
Berbin/binti Abdullah
Berbin/binti asma al husna
Atau nama mereka saja.
Tanpa merekodkan apa apa tentang taraf kelahiran mereka.

Wawancara tentang isu ini semalam mengetuk balik jendela hati aku semasa aku dalam perkhidmatan. Menjadi lumrah sekolah untuk memerlukan sijil beranak anak anak murid. Dan dalam ramai ramai, antara nya terselit sijil sijil yang memilukan hati aku.Yang berbin/binti Abdullah atau asma al husna aku tidak tersentuh sangat. Sebabnya ada juga tertulis nama bapa. Namun yang ditinggal blank, atau tertulis ' Bapa tidak diketahui' amat menyedihkan.
Imagine kawan2 mengejek....Allahu.

Ada aku ajukan kepada keluarga untuk memohon ubah ayat itu . 'Bapa tidak diketahui' bukan nama bapa. Namun masa itu,katanya jabatan pendaftaran enggan berbuat demikian.Entah apa terjadi pada keluarga itu. Bukan seorang anak berbinkan demikian....

Masa kahwin anak sulung, sijil kahwin ibubapa diperlukan. Tarikh kahwin diperhalusi. Kalau anak perempuan akan datanglah masaalah waris. 

Satu peristiwa...aku tergamam bila datuk seorang anak menjerit 'Anak Har**  kau ni. Mati pun lebih baik. Menyusahkan saja'. To a child who was a little bit naughty than normal. 
Ayat itu melekat dalam kepala aku utk sekian lama. Lebih2 lagi bila aku tahu asal usul anak itu. Timbul simpati kepada anak yang terkenal nakal itu. Dan aku beri lebih perhatian kepadanya.

Kisah itu dah bertahun lama. Budak itu pun dah besar tentunya. Tapi aku terputus hubungan dengan dia selepas dia ke sekolah menengah. Entah apa jadi dengannya sekarang.
Tentu nasibnya tak serupa dengan anak anak yang lain kerana dia tanpa 'dia'. 
Dia yang bergelar bapa....

Sometimes watching berita atau program ditv buka balik cerita yang kita dah lupa.

Thats all folks. Wishing you all the best for today.


1 comment:

  1. Semoga budak tu dipermudahkan segala urusan hidup dia.. amiinnn

    ReplyDelete