Terbaca tentang pembunuhan kejam di Trengganu. Ngeri sangat.Tergamak dia melakukan perkara itu ke atas bff sendiri. BFF! Best friend forever tu.
Cuba pi kat forum forum , macam macam cerita yang ada. Unthinkable,umur semuda itu, perempuan pula sanggup berbuat demikian. Semoga pengadilan paling adil buatnya.
Kesian kepada ibu mangsa, kerana itulah anak yang menjaga nya . Anak yang diambil nyawa dengan kejam .
Ngeri kan. Ngeri siot kata orang sana.
This brought me to a story long long ago. Long long ago.
Entah apa yang tidak kena denagn keluarga itu. Permusuhan antara ahli keluarga diketahui ramai. Permusuhan antara anak sulung dan kedua jadi sebutan ramai. Hari hari mereka bergaduh. Bukan sikit sikit punya gaduh. Punca nya dengki dan dendam.
Si kakak dengki dengan adik. Si adik dendam dengan kakak. Ditambah dengan ketidak bijaksanaan ibubapa , permusuhan mereka berlarutan. Tiada kasih sayang yang disemai, kecuali kebencian yang dibelai.
Rupanya si kakak tu pengidap penyakit mental. Habis semua orang dimusuhinya. Satu hari riuh cerita adiknya hilang. Ditemui terapung dalam tali air sawah . Di tolak orang. Akhirnya misteri terlerai... angkara si kakak ,adik terkorban.
Perkara ini mungkin dapat dielakkan kalau ibubapa faham apa itu penyakit mental. Susah pula nak sebut medical term dia. Kalau mereka bertindak membawa kaunseling akan kakak itu, mungkin kecelaruan mentalnya dapat dikekang.
Parents, if you see something very wrong with your child, seek medical treatment. Nakal yang tak terkawal dari kecil mungkin menjadi keganasan diusia dewasa. Penyakit mental boleh ada dalam diri kanak kanak. Ubatilah sebelum terlambat.
Ngeri juga membaca tentang perkembangan di negara sejuk sana. Dari France dah merebak merata. Pagi ni di Vienna dan Canada Permusuhan agama , menjadi jadi pula. Bunuh membunuh, bakar membakar macam tak ada apa apa.
Ya Allah, lindungi kami semua.
Thats all folks. Stay safe always.
susah la..sometimes kids tak open up sngt dekat parents.. so parents mcm tatau how.. sometimes depa parents baik tapi dlm hati ada satu perasaan dendam.. hmmm
ReplyDelete