Sunday, November 1, 2020

Dari kejauhan ini...

 Bertemankan radio Zayyan, aku layari internet.Dua kerja dalam satu masa. Biasalah.. aku suka benar buat kerja dua tiga in one go.

Kalau aku lipat baju, aku lipat depan tv. Baju terlipat, berita pun dapat. Kalau aku masak, aku buat beberapa perkara satu masa. Tapi selalunya ada strateginya, kalau tidak hangit jadinya..hihi.

Hari Ahad ya hari ini. Hari cuti buat setengah setengah negeri. Pelik kan. Dalam Malaysia yang tak besaq mana ni, cuti negeri negeri pun tak sekata. Adakala jadi tak kena kita. Kita cuti dan ingin melawat sanak saudara diKedah, dinegeri sebelah. Mereka pula berkerja hari ni... see, apa pun tak jadi.

Pengalaman mengadakan kenduri hari Ahad beri pengajaran buat cikson. Entah kenapa isu ini tidak terlintas dalam fikiran cikson semasa merancang. Nah...ramai jemputan cikson dari Kedah tak dapat mengahdiri. Mereka kerja!

Kata hati rindu sangat dengan cucu cucu di KL. Budak budak itu sentiasa ada dalam fikiran dan ingatan. Keletah mereka menghiburkan hati kami. Hari tu masa bday si Pohim, tok n wan beli permaianan utk hadiah bdaynya.

Waah.. gembira dia. Voice call darinya menggambarkan kegembiraan dia. 

hadiah dari kami..


Ntahlah... setiap bangun pagi , muka anak anak bermain dimata. Apalah kehidupan mereka. Riangkah mereka atau tidak . Dan doa cikson iringikan utk kesejahteraan mereka. Semoga yang maha kuasa Allah memberkati mereka semua.

Dari kejauhan ini, pesan mama buat semua. Jangan lupa tiang agama. Jaga kehidupan setiap hari. Jauhkan diri dari perkara perkara yang salah dan yang jauh dari norma kehidupan manusia sempurna fizikal dan mental. 

Kesian pada anak yang seorang, sibuk bukan kepalang. Semua dia uruskan sendiri. Tapi ada bakatlah jadi ID. Tertarik dengan pilihan dia. So subtle. 

antara pilihannya

Thats all folks. Have a happy weekend walau weekend kita tidak sama harinya. Dari kejauhan ini, semua makcik dari utara ni sayangi. Bye. 

No comments:

Post a Comment