Friday, October 16, 2020

PKPBD ... whats up cu?

 Dengan PKPBD dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan KL, tok dan wan di Kangar tidak dapat memenuhi impian mengunjungi mereka. Sudah agak lama tak bersua muka. Rindu usah dikiralah... dah meruap ruap sudah!

Those 2 boys .. rindunya keletah mereka. Agak agak apa lah kerenah mereka bersama mommy and ayah. Terkurung di tingkat 8? condo mengadap Batu Caves. Ya, dari balkoni condo tu dapat dilihat bukit2 batu  itu walau berbalam2. Hanya di malam hari nampak neon neon bergermelapan. Meriah.

Di kejauhan ini, tok hanya boleh mengirim doa semoga mereka selamat sejahtera. Berpesan pesan dengan ibu mereka tentang bahaya2 yang ternganga . Risau benau dengan berita tentang covid yg menggila kat sana. The latest being 1 Utama. 

Hanya gambar gambar dan whatsapp menghubung kami dengan mereka. Mujur rumah mereka dipenuhi mainan . Dah seakan gedung Mattel atau ToySeraus. Tanpa perabut2 yang menghalang pergerakan mereka.

Haaa ... ni pun aktiviti mereka seharian.

melukis time... dia kata dia lukis auntie dia

adik pi zoo ya..

Ni adik jadi captain America ya?

Main gua gua...

Ini sebelum PKPBD ...




Thats all folks. Stay safe always.Bye.

Thursday, October 15, 2020

Beli jangan tak beli , bila Joe bawa lori....

 Ketawa anak anak lihat cikson dan cikli dua tiga minggu ni tersampuk hantu membeli.
Kalau lalu kedai hujung di deretan kedai kedai, adalah macam afdal menyinggah.
Cuci mata juga cuci dompet yang tak banyak isinya.

Joe Raja Lelong is here guys.
This guy is famous amos dengan lelongan nya dipasar pasar malam dulu. Lepas tu buka kedai di market Kangar lama. Sekarang beroperasi di Seriab,selangkah jauhnya dari RBL. Pergi makan terpandang kedainya, pergi beli groceries pun terintai intai...

Joe Raja Lelong selalu update tentang ketibaan lori lori dia. Lori yang panjang tu dipenuhi toto, set cadar patchwork, bantal hilton, carpet . Soft furnishing kata orang. 
Set 7 in 1 di jual  RM 60 ,70 gitu.
Yang 6 in 1 pula 45 ringgit.
Cadar patchwork queen size berserta 2 biji bantal just RM 20.
Kalau di PB yg jauhnya lebih kurang 40 km dari sini mau kena upkan RM 10 to 20 ringgit satu barang. So I think berbaloilah beli. 
I did see an add with the same set of 7 in 1 asking for RM 120 including postage. 
The price of this 39 ringgit comforter would be 65 when the lelong session ends. Katanya 25 Oktober permit Joe utk lelong tamat.

'Dik, awat tak ada dah pattern yang makcik nampak dalam fb. Kata semalam lori hantar?'
Senyum si cashier sambil mengetuk peti duit dia.
'Depa mai tunggu sebelum kedai buka lagi makcik'. gitu rupanya. Dan mereka yang datang memborong tu khabarnya bukan saja dari Perlis. 

Kelmarin cikson sambar comforter set 6 in 1 @ RM 45, cadar patchwork 2 set @ RM 20 each. 

Ni lah antara catch nya. Ciklin hari tu borong 4 set 7 in 1 at RM 60 each. 

carpet @ RM 15
Comforter @RM39. Lembut dan geboo.

cadar patchwork with 2 bantal @ RM 20

antara yang di sambar...

Bila Joe bawa lori... semua nak dibeli.
Sebab rasanya harga berbaloi . Harap2 lepas ni Joe bawalah pula pinggan mangkuk pula. Beg tangan ka. Telekung pun boleh. Lelong murah murah. 

Thats all folks. Selamat berPKPB . Syukur Alhamdulillah ,Perlis ok ok saja setakat ini. 

Tomorrow Friday Joe nak lelong mainan katanya. Nak pi cari lego n hot wheels buat pohim n adiknya.Kalau berbaloi pricenya....
Joe selalu update dlm fb dia bila lori dia nak sampai...till then,bye.



Wednesday, October 14, 2020

Kelmarin yang haru....

 Kelmarin 13 Oktober. Hari yang haru biru .
Tapi biarlah dia berlalu. 
DSAI dengan nombornya. 
Abah dengan sidang media covidnya. Perlis pula dengan hujannya.

Di sini, kami sedikit cemas dengan hujan yang tidak berhenti sejak pagi. Seperti memberi alamat yang banjir mungkin terjadi. Ini sesuatu yang amat aku runsingkan. Dulu dulu ,kami masih sihat dan kuat utk cabaran begini. Sekarang dengan kesihatan yang tak berapa, mana larat lagi nak hadapi. Nak angkat, angkut, heret dan seribu satu kerja lagi. 
Gambar gambar yang singgah di fb memang buat aku susah hati. Apalah nasib rumah ku di pekan nanti. 
Amaran MET juga buat gusar naik se decibel lagi. JINGGA tahap amarannya. Mau tak haru kalau benar2 terjadi.Peristiwa tahun 2004 masih segar dalam ingatan.


                                                             Di Ulu Pauh katanya.


Kelmarin juga , anak yang balik menjenguk kami balik ke rumahnya kembali. Nun disebalik banjaran Titiwangsa , disebelah pantai Timur. Jauh perjalanannya. Aku bekalkan nasi puteh dan daging masak kicap buat bekalan. Juga pesanan pesanan . Usah itu,usah ini... hihi.
Mereka kena melepasi Selangor sebelum jam 12.01 kalau tak mau terkandas kat sana nanti akibat PKPB.
Alhamdulillah, jam 7 mereka selamat sampai destinasi.
Juga diangkutnya satu kereta hasil belian di Joe Raja Lelong. 

                                          4 biji comforter... mana nak dapat 7 in 1 RM 60 saja.
                                                      helok helok pula....tapi until 25/10 saja


Tapi.. satu lagi. Yang ni lagilah . Doaku buat dia semoga dia bijak merancana hidupnya. Kehidupannya, kewangannya.

Dan paling paling haru bila aku terbaca kemelut politik masa kini. Hari tu beria ia buat pakatan. Hari ni dok ugut ugut tak mau join dah , nak keluar kerana dah tak dapat kepentingan. 
Bingung rakyat marhaen macam kami. 
Sat kawan, sat dak. Apaaa niiii. Peninlah. 
Dalam dok kalut bab kovid, kalut lagi depa bab kuasa. Apa nak jadi kalau dok buat haru lagi.

Thats all folks my thoughts on the kekalutan dan keharuan semasa kita.

Bye. Selamat berPKPB? buat  anak2 di Wilayah Persekutuan. Jaga diri jaga keselamatan. Mum loves you all dearly. 
To my blogger readers too. Love you all. Take care.

Monday, October 12, 2020

Sambal semangkuk ....

 Semalam yakni kelmarin or yesterday....

Asam pedas Kedah se periuk .Sambal semangkuk. 
Ikan goreng sepinggan . Ikan bakar se pemanggang
Jadi hidangan keluarga cikli,dimasak oleh si isteri. 

Selesai makan, meja dikemas,pinggan dibasuh
Tiba2... tanpa isyarat apa apa
Paip dapur patah terkulai
Kerja basuh membasuh jadi terbengkalai...aduhaiii.

Isssh,isssh... terdengar cikli mendengus.
Alamak, sambal semangkuk tertumpah terus. 
Astagfirullah ,awat lagu ni cikli. Habis dah semangkuk sambal ciklin begini.

Haha... ini lawaknya.
You bagi patah paip tak pa ya!
Disamakan patah paip dengan tertumpah sambal ke meja.
Kalau zaman muda muda mau perang dunia ketiga dengan ulasan sebegini rupa.
Namun . bila tua tua, jadi bahan ketawa.

Meja dikemas, paip dibaiki. Menerobos lebih seratus ringgit kali ini. 
Kali ni, cikson tak mau baiki sendiri, tukang paip dipanggil cikli
Akhirnya... dapur comel ciklin ada kepala paip rumah yang cikson idami. Ada kot sikit sikit macam rumah Datok yang kena cekup SPRM itu hari...hihi. Berangannn..

Thats all folks. Kisah paip patah dan sambal tumpah boleh jadi bahan perang tau.
In any situation, coool and steady always.
Bye... selamat bertugas anak anak.Love u all always.