Saturday, September 19, 2020

Resmi or rasmi?

 Watched NtoN again.
NtoN?
Whats that mama?
Alah..that programme featuring that fellow yang cantik ke babooom tu. Sapa tu?
Lopa? ooooh Neelofa.
And NtoN to adalah Next to Neelofa.
Isssh... awat dok tgk rancangan macam tu,cikson? Tengok Tanyalah Ustazke, Mengaji ke?
Semua atau mostly rancangan tu cikson tengok, tapi tak perlulah dok hebah dan heboh. Not my resmi nak tulis sesuatu just to show off that I am too good, learned and religious. Boleh saja copy and paste kan. 
Its not my resmi.

Sometimes pengajaran boleh didapati dari rancangan yang kita rasa entah apa apa. Bukan rancangan yang berwadah agama saja. Lainlah rancangan yang lawaknya entah apake lawaknya. Tak tentu hala.

Coming back to the NtoN tu...
The other day it was an interview with  Normala Samsuddin... Secara rasmi I am not sure what her title is . After she married Azmi Khalid, that guy from Perlis . Tak kuasa nak check up..
Instantly,wow!
Such a pretty personality with a pretty face.Ah pretty all the way.
I was taken by surprise when such a personality, could talk unabashedly about her hardship.Growing up in a village, not knowing what the next meal would be, how her mum worked hard to bring her and her sibling up....
I was touched when she related that she had to forgo her STP so that her siblings could have education too. So unselfish.
She did not cover up her broken first marriage and her broken family . Her family was broken when her parents divorced.Lofa too has a broken family. 

Tapi tu la... 
Ramai yang kalau berasal dari keluarga susah, keluarga berkecamuk, tutup rapat2 cerita2 tu. Bagaimana susah payah keluarga tak boleh diceritakan takut hilang maruah . Konon...Maka kalau sikakak atau abang menceritakan pengorbanan membesar adik2 maka itu adalah mengungkit. Takut jatuh martabat.
Eh tak semua tau yang tua sanggup berkorban utk adik2. Sanggup lepaskan peluang belajar supaya bukan dia saja yang pandai tetapi adik2 dia juga. Ada yang selfish tak ingat dunia. 
I had a mother telling me how the elder turned down a uni offer because he was afraid that they would have no money to take care of the younger brothers and sisters. Akhirnya semua berkorban utk yang lebih muda. Harap yang termuda tidak sia sia kan peluang belajar sehabis baik utk tebus pengorbanan kakak2 dan abang2nya. 

Life is full of pengorbanan. Tapi tak semua pengorbanan mau dikenangkan...
Itulah resmi setengah kita. Bila dah dapat kacang, kulit dibuang saja. Tak berguna. Ehh... why not recycle? Buat bahan api misalnya.

Resmi or rasmi.... 
Thats all folks. My rant for today. Stay happy. 




Friday, September 18, 2020

Hujan....

 Hujan pagi Jumaat. 
Matahari pun tak nampak kelibat
Hujan pagi Jumaat hujan rahmat
Semoga semua berada dalam sihat sejahtera dan selamat.

Terbaca tadi, nun di Atlantic 5 taufan sedang dalam pembentukan.
Dan dalam berita Taufan tropika sedang menuju Vietnam.
Tentu banyak harta benda jadi korban.
Dan winter akan menjelma selepas autumn
Maka ancaman covid 19 akan jadi lebih menakutkan.

Huru hara 2020 nampaknya tak berkesudahan
Manusia terus bercakaran
Yang memberi dan memakan rasuah masih hidup begitu berterusan
Ada wang,ada pengaruh bebas berkeliaran
Macam undang2 hanya terpakai utk mereka yang marhaen
Sometimes I dont understand.... 
Nampaknya banyak yang kita perlu  belajar kan? Yang pesalah yang dijatuhkan hukuman masih boleh bebas hingga habis buat rayuan. Tapi kena ada duit berkoyan koyanlah sbb nak engage lawyer paling handalan.

Dah melalut cikson
Dari hujan meleret pula ke arah lain.
Hujan makin lebat
Semoga tiada banjir yang berat....

Al fatihah buat anak2 gadis yang meninggal akibat lemas karbon monoksida.Semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Harap semua ambil kejadian ini buat pengajaran. Bahayanya tidur dalam kereta yang enjinnya dihidupkan. 
To which I would like to add. Membiarkan enjin kereta hidup dan statik lama lama pun boleh bawa kesan buruk. Gas bahaya itu boleh masuk kedalam bilik dan meracuni penghuninya. Ramai kita yang suka biar kereta begitu.

Bye. Thats all folks. Berpesan2 utk kebaikan melalui tulisan juga dapat pahala kan...
To which I remember vividly... pesanan n teguran bukan semua orang dapat terima dengan hati terbuka.
Kes influencer yang menghamun pembaca yang tulis komen pada posting fbnya macam orang hilang akal tu bawa kesan pada aku. Masih ada orang yang guna perkataan yg serius loqlaq ya. 
Seriusly.Dont maki maki.






Thursday, September 17, 2020

Manis

 Been hooked on to the idiot box again. Thats why sometimes I dont like to start. 
Mula2 tak berapa nak berkenan dengan drama meleret yang dok tunjuk couple dok berdating sana sini.
Apa ke he. Tak dak kerja kah. Duduk kat kampung bolehkah free free macam tu dok pi dating. 

As the story builds, I got interested.
The story line although slow mo ,gets tenser. 
Geram tgk watak cikgu Usop tu, asyik dok nak jaga hati orang. 
And Manis pun, asyik jadi yes sir ,yes,sir... I mean tukang angguk. Di suruh duduk,duduk, ditengking tengking, dont know her rights as a wife. Hee... makcikson pula rasa nak naik angin. Hehe.

In real life pun, ramai watak2 Manis ni.
Getting married but actually not married.
Husband yang dia marry tu tu treat dia macam ATM machine saja. Semua dia kena tanggung. Ambil loan bank atau jadi guarantor sbb konon nak berniaga. Tapi tak pun sbb duit berniaga tu di jolikatakkan saja. What the husband know is to get money from the wife. By hook or by crook. Mau tak jadi bankrupt siisteri atau diligan ceti errr ahlong .
I hope all married women be alert on their rights. The consequences of what they did in the name of lovelah konon. 

Melalut dah ni. Well like I write earlier, I am not into characters that are too weak. I like characters that project women as strong willed. Tak payahlah nak jadi bidadari sangat. Last last kena tinggal juga. Atau hubby ada scandal yang orang lain tahu tapi dia saja yang tak tahu.Yang kawin senyap senyap. 
Am waiting for drama yg cerita orang perempuan kuat. Berjaya walau apa saja yang dtg.
Teringat pula buka Shahnon tu....

What advice would you give to Manis if asked?
Be yourself. Be manis. Tapi be firm. Beg duit tu jangan dok letak merata. haha..

Thats all folks. Bye.


Wednesday, September 16, 2020

Manja...

 Aku tontoni drama bersiri...Bidadari kiriman Tuhan...
Satu karektor buat aku terfikir dalam dalam.
Juga terkesan.
Kerana pernah aku bersama mereka yang begini... Manja bukan siapa siapa

Terbayang aku tentang dia
Yang punya karektor seakan Manja
Tetapi dia lebih lagi sengsara. 
Doa ku semoga kau tenang di mana saja. 

Anas... aku kenali dia masa aku muda belia. 
Selalu gembira, mau menolong orang sentiasa.
Tukang urut kaki,tapi utk lelaki 
Entah apa jadinya dia sbb dah lama tak dengar berita.
Doaku semoga kau bahagia .

Geleng geleng .... mereka gelarkan mereka
Dua beradik yang terkenal di utara
Rajin menolong orang walau mereka pun kurang berdaya
Kalau jumpa mereka, cukup seringgit dua, boleh buat mereka gembira.
Kita kawan na... 
Ya ,kita kawan walau berbeza upaya...
Suka aku tengok mereka
Gembira sentiasa macam dunia ini tak ada susahnya.
Doaku... pada adik, semoga rohmu bersemadi bersama dengan orang2 yang beramal mulia.

Yes, around us we could find these characters . Walau kurang upaya, mereka juga manusia. Yang perlu kasih sayang dari kita. Manusia yang sempurna. Kalau diamanahkan utk kita jaga mereka, buatlah dengan ikhlas. Jangan disia siakan.
Ada keluarga yang sanggup bersusah payah,mengabiskan ribuan ringgit utk menghantar anak2 ini ke pusat jagaan terbaik . Terjaga kebajikan mereka. Salute mereka. 
Namun ada saja keluarga mereka yang membiarkan mereka jadi pengembara jalanan.Kebajikan diabaikan.Makan minum tak ketahuan. Tidur dijalanan... kesian.

Hari ini Hari Malaysia.
Selamat Hari Malaysia semua.
Yang segak,tampan dan juga yang kurang upaya. Kita sama saja... mamalia bergelar manusia. 
Ntah kenapa...pagi2 ni teringat mereka . 
Ni mungkin dari tonton watak Manja semalamnya...

Bye...have a good day. Selamat Hari Malaysia.

 

Gambar... googled.