Wednesday, September 16, 2020

Manja...

 Aku tontoni drama bersiri...Bidadari kiriman Tuhan...
Satu karektor buat aku terfikir dalam dalam.
Juga terkesan.
Kerana pernah aku bersama mereka yang begini... Manja bukan siapa siapa

Terbayang aku tentang dia
Yang punya karektor seakan Manja
Tetapi dia lebih lagi sengsara. 
Doa ku semoga kau tenang di mana saja. 

Anas... aku kenali dia masa aku muda belia. 
Selalu gembira, mau menolong orang sentiasa.
Tukang urut kaki,tapi utk lelaki 
Entah apa jadinya dia sbb dah lama tak dengar berita.
Doaku semoga kau bahagia .

Geleng geleng .... mereka gelarkan mereka
Dua beradik yang terkenal di utara
Rajin menolong orang walau mereka pun kurang berdaya
Kalau jumpa mereka, cukup seringgit dua, boleh buat mereka gembira.
Kita kawan na... 
Ya ,kita kawan walau berbeza upaya...
Suka aku tengok mereka
Gembira sentiasa macam dunia ini tak ada susahnya.
Doaku... pada adik, semoga rohmu bersemadi bersama dengan orang2 yang beramal mulia.

Yes, around us we could find these characters . Walau kurang upaya, mereka juga manusia. Yang perlu kasih sayang dari kita. Manusia yang sempurna. Kalau diamanahkan utk kita jaga mereka, buatlah dengan ikhlas. Jangan disia siakan.
Ada keluarga yang sanggup bersusah payah,mengabiskan ribuan ringgit utk menghantar anak2 ini ke pusat jagaan terbaik . Terjaga kebajikan mereka. Salute mereka. 
Namun ada saja keluarga mereka yang membiarkan mereka jadi pengembara jalanan.Kebajikan diabaikan.Makan minum tak ketahuan. Tidur dijalanan... kesian.

Hari ini Hari Malaysia.
Selamat Hari Malaysia semua.
Yang segak,tampan dan juga yang kurang upaya. Kita sama saja... mamalia bergelar manusia. 
Ntah kenapa...pagi2 ni teringat mereka . 
Ni mungkin dari tonton watak Manja semalamnya...

Bye...have a good day. Selamat Hari Malaysia.

 

Gambar... googled.

No comments:

Post a Comment