Friday, September 18, 2020

Hujan....

 Hujan pagi Jumaat. 
Matahari pun tak nampak kelibat
Hujan pagi Jumaat hujan rahmat
Semoga semua berada dalam sihat sejahtera dan selamat.

Terbaca tadi, nun di Atlantic 5 taufan sedang dalam pembentukan.
Dan dalam berita Taufan tropika sedang menuju Vietnam.
Tentu banyak harta benda jadi korban.
Dan winter akan menjelma selepas autumn
Maka ancaman covid 19 akan jadi lebih menakutkan.

Huru hara 2020 nampaknya tak berkesudahan
Manusia terus bercakaran
Yang memberi dan memakan rasuah masih hidup begitu berterusan
Ada wang,ada pengaruh bebas berkeliaran
Macam undang2 hanya terpakai utk mereka yang marhaen
Sometimes I dont understand.... 
Nampaknya banyak yang kita perlu  belajar kan? Yang pesalah yang dijatuhkan hukuman masih boleh bebas hingga habis buat rayuan. Tapi kena ada duit berkoyan koyanlah sbb nak engage lawyer paling handalan.

Dah melalut cikson
Dari hujan meleret pula ke arah lain.
Hujan makin lebat
Semoga tiada banjir yang berat....

Al fatihah buat anak2 gadis yang meninggal akibat lemas karbon monoksida.Semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Harap semua ambil kejadian ini buat pengajaran. Bahayanya tidur dalam kereta yang enjinnya dihidupkan. 
To which I would like to add. Membiarkan enjin kereta hidup dan statik lama lama pun boleh bawa kesan buruk. Gas bahaya itu boleh masuk kedalam bilik dan meracuni penghuninya. Ramai kita yang suka biar kereta begitu.

Bye. Thats all folks. Berpesan2 utk kebaikan melalui tulisan juga dapat pahala kan...
To which I remember vividly... pesanan n teguran bukan semua orang dapat terima dengan hati terbuka.
Kes influencer yang menghamun pembaca yang tulis komen pada posting fbnya macam orang hilang akal tu bawa kesan pada aku. Masih ada orang yang guna perkataan yg serius loqlaq ya. 
Seriusly.Dont maki maki.






No comments:

Post a Comment