Friday, December 15, 2017

Bila cucu balik kampung


Risau juga bila cikten memberitahu akan balik kampung bulan 12.
Awat tak risau sebab dia dah sarat benar. Bln satu ni due datenya.
Takyah baliklah kata ku.

Teringinlah nak makan ikan bakaq kola,nasi kandaq . Tak sebut pula kot kot teringin masakan ku.
Siap aku tanya... nak mee,bihun,cucuq jagung or anything,sebut saja. Tapi cikten gelek kepala.

Sebenarnya menantu ada tournament di Perlis ni. Jadi bila doktor bagi green light boleh jalan,apalagi suka hati lah dia boleh balik jenguk negeri.

Hari tu dah gelap baru mereka sampai Perlis. Terus zuuuup ke Kola pekena ikan bakaq dekat Lizamat di Koma. Kami dah berada dimeja makan dan order makanan bila si kecil Fohim sampai. Girang betul dia dapat jumpa tok dan wan.

Banyak perubahan dan keletah Fohim kali ni.
Siap suruh auntie olin bawa kereta laju. Speaking London dia.

Ketawa dengar dia menjawab ibunya dengan 'I know mama'.Dan bila tak setuju Bukaaan jadi jawapannya. Berirama pula tu.

Aku keluarkan tilam atas katil supaya dia lebih selesa tidur. Berlompat kegirangan dia dengan nak Jump dan Sronok menjadi sebutannya.
Bila nenek mengunjungi dia petang itu, dia meminta roti satu utk nektoknya. Tapi dia lupa nak bagi nekwannya.Amboi pilih kasih no.

Ahad jam 8 ciklicikson kena ke HSB. Masa bertolak dia masih tidur .
Dan bila dia berkunjung ke hospital ,dia tarik tangan cikson ajak balik bersamanya.Suram diwajahnya. Agaknya sayu nak tinggalkan maktoknya dihospital.

Lucu juga bila ingat keletahnya. Dan setiap kali dia pulang,sepasang suami isteri tua jadi muda. Awat tidaknya... tersengeh sajaaaa.

Home decor RBL pun berubah tau bila ada dia...nak tahu ni diaa.
sebelum abam pulang

semasa abam pulang..


berselimut juga dia... demam kura2 ka

Bobo nak didi
Puas hati bila dapat apa dihajati

lagu....ceriaaaa,ceriaaaa menambat hati

Jagung rebus suka sekali
Thats all folks..... have a good day.Bye...


Thursday, December 14, 2017

3D2N di HSB 2 ... member sebilik cikli


I requested for a single bed room for cikli but it was unavailable until the end. Bukan apa senang orang yang menunggu utk urusan peribadi. But as it is, Syukur juga walau dapat bilik berempat kerana ada yang tak dapat bilik pun.

HSB sebuah hospital pakar. Dan wad Kenanga 6B adalah khas buat pesakit mata. aHa ... sakit mata macam 2 sakit mata. Ada yang semuda 8 tahun dah berhari jadi penghuni wad kerana allegi yg mudaratkan matanya. Tapi anak kecil itu jadi penghibur buat yang lain dengan sifat peramahnya. Teringat Fohim. Ramah dan keletah.

Coming back to cikli's member sebilik.
Well... bertukar ganti mereka yang menghuni. Semuanya kecuali seorang memerlukan operation. Dan tiada wife yang tunggu selain aku. Rasa tidak selesa juga dan aku minta utk balik saja. Tapi siapa yang boleh diharapkan utk jenguk cikli. Mau dia hypho ...
Tengah malam,cikli minta makanan sebab gula dia rendah. Mujur ada bekalan . Maka makanlah kami supper dgn nasi kerabu yang dibeli malam itu. Sedap pula makan berdua . Habis sebungkus.
Malam selepas itu kriuk kriak aku dengar bungkusan plastik dibuka jam 2 pagi. Rupanya orang sebelah sedang berlate supper juga.

Haahaaa... ada cerita lucu tau . Being the only able bodied makcik yg boleh ke sana ke mari,aku tolong tapaukan breakfast utk uncle Sega dikatil hadapan. Dan aku siapkan stok makanan cikli bila dia mau.
Satu malam,hampir jam 8,aku terdengar nurse menyuruh uncle apakenamanya dikatil dekat tingkap utk makan sebelum jam 4 pagi.Lepas tu tak boleh makan dah kerana besok akan operate.
Uncle kena makan sebab datok suruh. Tak makan nanti datok marah. Loud and clear suara nurse memberi arahan.
Saya tak dak apa mau makan. Ayaq kosong adalah. Uncle memjawab.
Kesian pula aku dengar. Maka florence nightangle in me pun rasa ingin menolong.
Uncle.saya ada roti. Milo pun ada. Mau ka? Dan dia pun mengganguk mau.
Aku pun pinjam cawan bilik pantri dan sediakan air panas utk dia.
Jam 3 nanti uncle bangun makan macam nurse suruh.

Well... belum jam 12 aku dengar kriuk kriak plastik dibuka. Uncle bancuh milo dan makan roti...

Jam satu aku dengar suara nurse bising bising.
Haiya uncle... gula 17. Tinggi ni..
Saya minum milo makcik tu bagi...aku dengar uncle memberitahu nurse.
Mana boleh minum. Gula banyak...
Mau gelabah juga aku takut jadi apa apa kat uncle. Baru datang ingatan tentang allergi atau apa 2 yg boleh terjadi akibat makanan yg diambil. Risau bila tiap kali ambil bacaan gula,readingnya setia meninggi.
Entah jam berapa gula uncle turun. Lega hati bila bacaannya register 7 saja.
Jam 12 tgh hari tu uncle bade us goodbye bila ditolak ke bilik bedah. Kesian dia keseorangan. No wife no children.

Uncle Sega ramah bercerita tentang isteri,anak2 dan pengalaman kerjanya. Bila cikli boleh keluar dia kena tahan lagi. Kesian dia. Mujur ada anak lelaki yang setia menunggu dia .

3D2N di HSB mengajar aku banyak pengajaran. Rasa muhibbah terserlah antara kaum disini. Kita tak hirau akan perbezaan warna kulit dan agama serta fahaman politik. Nurse nurse serta doktor juga amat berdedikasi .
Tersentuh aku bila nurse tanya selesakah aku malam itu. Tidur atas kerusi buat aku jadi seakan mummia . Kejung urat dan tulang sementelah suhu bilik kalah tundra dan steppe dihemisphera utara.

Hari Selasa jam 2 kami pun pulang... aha tapi masih ada pengalaman..hihi..macam macamlah kali ni.

Bye...



Wednesday, December 13, 2017

3D2N di HSB, macam2la jadi..1

Tika ramai yang berdarmawasita ke luar daerah atau keluar negara,aku juga turut serta. Aku keluar Perlis. Kalau orang mengheret bag ke hotel,aku juga. Aku juga ke satu tempat seakan hotel dimana aku kena register sebelum diberi tempat. Aku heret,jinjing dan kendong bag. Eh..tak mau kalah aku.

The story goes...

Selepas temujanji di tingkat 2 HSB kami diberi tarikh utk rawatan cikli. 10 hb 11. Tapi atas pilihan guna kemudahan pesara tarikh baru diberi 10 hb 12. Hari tu aku terima pesanan melalui call yg cikli akan diberi rawatan disekian wad pada sekian tarikh. Excited sangat aku lupa tanya nama pemanggil nya.Tapi 2 kali aku suruh dia repeat ,aku catat dan repeat balik pd dia. Settle.Clear.

Maka pada 10 hb bergrablah kami ke HSB . Myvi putih dipandu anak muda Sabah membelah lebuhraya dan sekitar 9.30 kami tiba ditempat yg dituju. RM 58 tambangnya. Aku bayar lebih utk tol .
Wad Kenanga 6B kami tuju. Nurse di kaunter register aku sapa. Selepas call sini sana .cikli diberi bilik dan katil no. 5. Dan bermulalah prosedur mengambil tekanan darah,check gula ,baca huruf . By 5 cikli selesa berehat atas katil dan aku turun ke kafeteria.....

You tau ,I nak grrrrrrrrrrrrr sangat tadi. Cikli mengadu sesampai aku kekatilnya kembali.
Awat pulak , apa cerita. Aku tanya.
Tadi ada nurse mai habaq kata nama I tak dak dalam list utk operation besok.
What?
Ya nama I tak dak. Lepas I pi kaunter, sikit stress baru depa jumpa nama I. adoi mau heart attack I lagu ni.
Cikli pun explain panjang lebar apa yg terjadi.
After sometime,cikson ke kaunter jumpa nurse dan tanya apa yg terjadi..rupanya ada technical short circuit sbb org yang handle kes ni bercuti. Oh gitu...
Dan pada 11 hb cikli berjaya dioperate menukar kanta mata.Alhamdulilah.
Sekarang dah balik rumah dan harap tu cikli berhati hati dan turut segala arahan diberi hospital.

Tapi kan... kali ni macam2 cerita yg dikutip sepanjang stay kami 3H2M di Hospital Sultanah Bahiyah. Terimakasih doktor2 dan nurse2 yg merawat cikli.
pesakit 

hijau dan oren... 

damai 

macam candy floss

setia menunggu hampir dua jam di situ

Thats all folks for now... bersambung nanti kerana banyak betul yg terjadi..

Tuesday, December 5, 2017

Grrrrrrrrrrrrrrrrrr....


Happy Tuesday hooomans. This is Nina's penning . Jangan pening yo..

The weather up here in Perlis is bright and shiny this morning. Thanks to the many gloomy,cloudy and windy days before,today is a blessing. Mamason has early in the morning got the washing done. Hope the weather is this way when abam fahim n mommaten come visiting. I have a fond bonding with Fohim as he likes to tease me while he was here the last time. Cant wait for Thursday to see what abam Fahim has on his sleeves this time around.

On a sad note, one of my little kitties was gone forever. Little Tam was a sickly child all this while and on that tragic day, pakli found him lifeless on the floor. Cikli buried him in a small grave by the entrance of RBL next to the gate.RIP Tammy boy.

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......I have a confession to make.

Sakit hati tau bila kawasan rumah kita dicerobohi. Sapa lagi kalau bukan makcik senget sebelah rumah. Luna and anak anak suka sangat mai menyendeng rumah mamason. Buat muka kesian pula tu. Apalagi cikson pun bagilah dia sekeping dua ikan. Amboi amboi amboi. Berani dia . Bila Nina masuk kawasan rumah dia ,bukan main jeling lagi dia. Siap siap . Pernah dia hambat Nina kelililng kawasan rumah toksaad.

Lagi satu, bila cikolin balik dia sombong sangat dengan Nina. Dia kata Nina bising suka ngiau ngiau ngiau. La nina ngiau sebab nak minta makan utk anak anak. Bukan utk Nina pun...



ni Teh... aktifnya dia buat mummy dia letih
Akal banyak kalau nak tau. 

Amboi sopannnya duduk yang ni sekor

tengok wajah dia yang tulus



mencuba kerusi roda pula dia.


Kedua,mamason pun tak bagi kami masuk rumah dah. Sikit saja masuk dia dah ligan kami keluar. Maka berkampunglah kami anak beranak bawah pokok jambu yang tak berbuah buah tu bila hari tak hujan. Bila hujan kami kena pindah. Cari tempat tak tempias.
Oh ya..anak2 Nina pandai pula masuk dalam enjin Iriz cikson. Depa kata tempat tu cosy utk tidur. Apalagi mengamuk lah maam tu.
Busuk kereta aku . Kata cikson marah marah.

Hey... pi main jauh jauh. Mama nak boooom.
Thats all folks my sory mory today. Have a sunny day people.



Ninasandaq


Hehe... apakena entah tiba tiba saja berterabur gambar gambar yang diupload. Jenuh juga mamason nak pebetulkan. Sorry folks.