Wednesday, December 13, 2017

3D2N di HSB, macam2la jadi..1

Tika ramai yang berdarmawasita ke luar daerah atau keluar negara,aku juga turut serta. Aku keluar Perlis. Kalau orang mengheret bag ke hotel,aku juga. Aku juga ke satu tempat seakan hotel dimana aku kena register sebelum diberi tempat. Aku heret,jinjing dan kendong bag. Eh..tak mau kalah aku.

The story goes...

Selepas temujanji di tingkat 2 HSB kami diberi tarikh utk rawatan cikli. 10 hb 11. Tapi atas pilihan guna kemudahan pesara tarikh baru diberi 10 hb 12. Hari tu aku terima pesanan melalui call yg cikli akan diberi rawatan disekian wad pada sekian tarikh. Excited sangat aku lupa tanya nama pemanggil nya.Tapi 2 kali aku suruh dia repeat ,aku catat dan repeat balik pd dia. Settle.Clear.

Maka pada 10 hb bergrablah kami ke HSB . Myvi putih dipandu anak muda Sabah membelah lebuhraya dan sekitar 9.30 kami tiba ditempat yg dituju. RM 58 tambangnya. Aku bayar lebih utk tol .
Wad Kenanga 6B kami tuju. Nurse di kaunter register aku sapa. Selepas call sini sana .cikli diberi bilik dan katil no. 5. Dan bermulalah prosedur mengambil tekanan darah,check gula ,baca huruf . By 5 cikli selesa berehat atas katil dan aku turun ke kafeteria.....

You tau ,I nak grrrrrrrrrrrrr sangat tadi. Cikli mengadu sesampai aku kekatilnya kembali.
Awat pulak , apa cerita. Aku tanya.
Tadi ada nurse mai habaq kata nama I tak dak dalam list utk operation besok.
What?
Ya nama I tak dak. Lepas I pi kaunter, sikit stress baru depa jumpa nama I. adoi mau heart attack I lagu ni.
Cikli pun explain panjang lebar apa yg terjadi.
After sometime,cikson ke kaunter jumpa nurse dan tanya apa yg terjadi..rupanya ada technical short circuit sbb org yang handle kes ni bercuti. Oh gitu...
Dan pada 11 hb cikli berjaya dioperate menukar kanta mata.Alhamdulilah.
Sekarang dah balik rumah dan harap tu cikli berhati hati dan turut segala arahan diberi hospital.

Tapi kan... kali ni macam2 cerita yg dikutip sepanjang stay kami 3H2M di Hospital Sultanah Bahiyah. Terimakasih doktor2 dan nurse2 yg merawat cikli.
pesakit 

hijau dan oren... 

damai 

macam candy floss

setia menunggu hampir dua jam di situ

Thats all folks for now... bersambung nanti kerana banyak betul yg terjadi..

No comments:

Post a Comment