Friday, December 15, 2017

Bila cucu balik kampung


Risau juga bila cikten memberitahu akan balik kampung bulan 12.
Awat tak risau sebab dia dah sarat benar. Bln satu ni due datenya.
Takyah baliklah kata ku.

Teringinlah nak makan ikan bakaq kola,nasi kandaq . Tak sebut pula kot kot teringin masakan ku.
Siap aku tanya... nak mee,bihun,cucuq jagung or anything,sebut saja. Tapi cikten gelek kepala.

Sebenarnya menantu ada tournament di Perlis ni. Jadi bila doktor bagi green light boleh jalan,apalagi suka hati lah dia boleh balik jenguk negeri.

Hari tu dah gelap baru mereka sampai Perlis. Terus zuuuup ke Kola pekena ikan bakaq dekat Lizamat di Koma. Kami dah berada dimeja makan dan order makanan bila si kecil Fohim sampai. Girang betul dia dapat jumpa tok dan wan.

Banyak perubahan dan keletah Fohim kali ni.
Siap suruh auntie olin bawa kereta laju. Speaking London dia.

Ketawa dengar dia menjawab ibunya dengan 'I know mama'.Dan bila tak setuju Bukaaan jadi jawapannya. Berirama pula tu.

Aku keluarkan tilam atas katil supaya dia lebih selesa tidur. Berlompat kegirangan dia dengan nak Jump dan Sronok menjadi sebutannya.
Bila nenek mengunjungi dia petang itu, dia meminta roti satu utk nektoknya. Tapi dia lupa nak bagi nekwannya.Amboi pilih kasih no.

Ahad jam 8 ciklicikson kena ke HSB. Masa bertolak dia masih tidur .
Dan bila dia berkunjung ke hospital ,dia tarik tangan cikson ajak balik bersamanya.Suram diwajahnya. Agaknya sayu nak tinggalkan maktoknya dihospital.

Lucu juga bila ingat keletahnya. Dan setiap kali dia pulang,sepasang suami isteri tua jadi muda. Awat tidaknya... tersengeh sajaaaa.

Home decor RBL pun berubah tau bila ada dia...nak tahu ni diaa.
sebelum abam pulang

semasa abam pulang..


berselimut juga dia... demam kura2 ka

Bobo nak didi
Puas hati bila dapat apa dihajati

lagu....ceriaaaa,ceriaaaa menambat hati

Jagung rebus suka sekali
Thats all folks..... have a good day.Bye...


2 comments:

  1. Hahaha...habis almari pun dah berselimut... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. semua kasi selimut . Kalau tak nampak,dia x sentuh pun. Mau dibuatnya main masak masak pinggan correlle maklong dia .

      Delete