Wednesday, September 6, 2017

Life as it is.....



Yesterday was cikli's day with HTF. HTF as in Hospial Tuanku Fauziah.
At 2 that afternoon,cikson was at the wheel ferrying cikli from RBL. It was a smooth ride and 5 minutes later we arrived at our destination. Dropped cikli at the entrance and moved on to find a parking space.

Whew... tak dak satu pun.The parking space I mean. And the trees were cropped of their foliage. Thus the area was as hot as the Kalahari. Terbakau rasa.

Got to find some shade as cikli would take some time . So cikson drove around and soon found some shady spot.
Hmmm... awatlah panaih lit lit ni. The aircon of the car did no justice. And being alone on that stretch of road made cikson wary of the traffic.
Mau oghang ketuk kereta ,jenuh.... I was thinking. Reading so much of stuff made me to overthink even though it was broad daylight. Tak senang duduk cikson. Sekejap pandang kiri. Sekejap kanan. Sekejap belakang... hoooih .

Eventually, I drove on to a petrol station as the signal of the gas was blinking.
Lepas tu terus balik rumah sbb ginjal dah minta dikeringkan..hehe.

It was then,when cikli rang up to say that he has completed his routine check. To the hospital once again and then zoomed off to find something for the hungry stomach.
2 bekas air.. Milo and tea
2 sets cucuq udang
2 sets bihun and kotiau sup

20.00....whew. Things getting expensive by the day. Rasa terbeban.

It was once in a blue moon that cikson got the opportunity to go to the malls. In Perlis, Giant was the only choice. Tu pun sejak cikli sakit ,tak pijak kaki lagi ke sana.

bukti cikson ke sini..beg tu dari Bangkok mari..hihi

sekali sekala biaq kat depa..suka hati dapat membeli


And it so happens that on the eve of Hari Raya Haji,cikna took the flight. Letting ciklin go alone to the airport kesian pula. So after much consideration,cikson took leave . Mujuq cikli okeyed the idea.

Then to Aman Mall we proceeded... You know it was my first time there. Wah... dah macam mall kat Keyel. Semua ada. But to me ... its not my choice. Orang muda bolehlah.

After lunch of nasi ayam saya punya...My Chicken Rice we went shopping. Anak2 saja yg beli . Cikson tgk saja. Hanya kat Mydin yg ambil alih Sam Grocer duit cikson keluar.

It was a long way back with heavy traffic as most KLites dah mula balik kampung. Singgah restoran beli makan malam. Menyirap juga darah sbb tgk meja yang baru sampai dah ada makanan sampai. Yg kami doklah termanggu manggu...
Dik... awat kami tak siap lagi... lama dah ni!

Sampai rumah cikli dah tunggu lesu....


Mydin at Aman Mall.
Banyak kosong dari berisi rak rak disini
Adakah habis diborong pembeli
Atau mmg gitu keadaan di sini
Dah lama tak beli sendiri...Alhamdulilah ada yang sudi bagi hihi...

beg dari Bangkok... suka tengok

Beg dari Perth.... perggggh.



Thats all folks. Jangan kutuk ya bila cikson berBI dan berBM ikut rasa jari. Lifes like that. Buat la apa suka hati . Jgn buat orang sakit hati sudahlah ya.....
Tapi kadang kadang dok saja pun ada yg benci...hik.

Tuesday, September 5, 2017

Macam pokok kelapa hilang pelepah.


Sebatang pokok kelapa tinggi menjulang ke awan. Gagah. Megah. Di sekelilingnya pokok pokok caca merba termasuk si pinang tunggal kerana kawannya rebah dulu kerana petir.
Masa pinang terkena petir dan tumbang,si pokok kelapa nan gagah menjulang awan berkata demikian...
Tu la kau,lembik! Angin sepoi sepoi bahasa pun dah lentuk.
pokok kelapa yg diceritakan
Tgk aku. Gagah. Daun 2 di pelepah jarang yang jatuh. Buah ku ranum baru turun ke bumi. Bukan macam kau....dahla kurus melidi..Kata pokok kelapa memerli piang yang panjang melidi.



Dan pada satu hari....PANGGGGG.... rimbunan pelepah2 kelapa pujaan dan kebanggaanya di panah petir. Habis semua sekali gugur ke bumi. Yang tinggal hanya batangnya yang terkontang kanting sendiri. Kini pokok kelapa dah tak boleh ketawa. Sebab dia dah botak! Hihi.

Malam semalam masa cikson keluar menarik pintu pagar,mata sempat mengerling pokok pokok yg di situ. Kesian pun ada tgk pokok kelapa itu. Takut pun sama. Liuk lentuk dia masa angin kencang membawa cemas. Mau dia tumbang ke jalan raya...naya!. Entah bila tuannya nak biarkan dia saja begitu.Masa nya dah tiba untuk dia pergi selamanya kalau hidupnya buat orang lain rasa terancam.

Rambulan yang terang benderang di awan menarik perhatian. Cepat cepat cikson capai kamera phone dan abadikan gambar itu..pencinta alam tentunya dia.Nah dia gambarnya


bulan mengambang

Lagu P Ramlee menggamit ingatan

Pokok kelapa dalam kesamaran


Ada sesuatu yang kita boleh kutip dari pokok kelapa togel ni...

Masa tgh sihat, kaya, famos amos,berkuasa jangan sinis dengan orang. Jangan membangga diri. Lebih2 lagi dgn anak bini. Read so many of that. Saw a few of those. Yang disinis,diherdiklah yang sanggup menghulur tangan masa sakit demam.

Masa senang,anak bini terbuang. Masa susah baru tahu pandang pandang...
pokok ini pun sebatang. Mana pi kawan kawan.
Thats all folks. Kadang2 hidup kita macam roda kapal terbang. Masa nak landing baru tau besarnya peranan dia. Masa megah diawan,kapalterbang tak pandang pun rodanya.Dah nak sampai baru terkial kial kalau satu saja roda dia meragam,alamatlah tak jumpa tanah semua penumpang.

Bye...

Monday, September 4, 2017

JJCM...jenuh jalan cari makan


Selepas selesai uruskan kerja rumah,time utk hantar cikli ke klinik pula.
Se awal jam 10.30 pagi,aku drive iriz belemoihku menuju Seriab.
Turunkan cikli depan pintu klinik dan pandu ke sebuah taman perumahan berdekatan.

Setelah salam dua tiga kali tak berjawab,aku buat u turn balik ke klinik. Park kereta dan masuk kedalamnya. Cikli masih menerima rawatan.
Selesai urusan, urusan perut pula.
Haha.. apalagi cari makan la.

Mula mula ,aku menuju RJ. Dari jalan raya lagi nampak sunyi dan suram. Sebelum tu RK..ie restoran kampung pun balik kampung.
So how? I asked cikli.
Ok lets go to our usual haunt near no 7.
Well.selepas dua tiga kilometre memandu sampai ke tempat di tuju.
Huaaaa.... semua kerusi dok atas meja. Tanda restoran tak dibuka.
Yang beroperasi pula ,tgk macam ada pesta. Ramai manusia.

Perjalana diteruskan.
Belanga Panas tutup . Kak Shon tutup. Yang buka Mak Lang.... eh terlepaslah pula.So aku u turn 2 kali dan sampai balik ke restoran . Ramai juga pelanggan. Tinggal cikli dalam kereta dan tapau makan dan lauk pauk secara berhemah.
Se ekor ikan temenung bakar
Se bekas kecik sambal belacan
Dua ekor ikan temenung masak asam pedas
Perut kerabu 4,5 urat dan nasi 2 bekas.

Tekan pi,tekan mai atas calculator si adik manis sebut 15.50. Hooooih.. boleh tahan mahai nooooo.

Balik kami mengadap nasi terus kerana lapaq hap hap. Mujuq rasa lauk dia ok di telan. Kalau tidak tentu mengkelan.

ni pejeri ekor. Tapi tutuplah pula RJ harini.
Nampaknya kena hadaplah keadaan begini kerana urusan cikli ke klinik kena diberesi hari hari. Tamat rutin masak memasak dari dapur cikli. Mungkin kalau ada anak anak balik lagi, berasaplah kembali dapur ditengah hari.
For the time being... hanya waktu petanglah masa terluang utk masakmemasak kami..
Hmm... ptg ni apa pula boleh jadi sajian. Kena check pantry .
Cucuq udang cicah sambal kacang... apamacam.

Buat sajalah mak hang ooooi...apa apa saja asal tak kebuluran. Haha.

Anak yang naik bas dari Kangar ,pukul 11 lebih baru sampai rumah.
Tu dia aih.... 16 jam dalam bas. Mau kematu.
Yang balik KL...jam 8.30 pagi bertolak,jam 8 malam sampai rumah... kesian..

Thats all folks. Cerita ceriti dari kami.

Libang Libu

Libang libu?
Apa tu?

Google kan ada... just type libang libu akan tahulah kamu akan maksud phrasa itu.

Rumah kembali sunyi sepi selepas anak anak balik semula ke tempat tinggal mereka. Untuk 3,4 hari terdahulu,aktiviti di RBL rancak sunggoh walau hanya 2 dari 4 anak yang pulang utk cuti hari Raya Aidil Adha. Yang berdua lagi pulang seminggu sebelumnya. Dapatlah panjang sedikit ada anak anak yang boleh membantu urusan cikli.

Menghantar cikli ke klinik kesihatan jadi rutin harian mereka. Cikson dirumah dapatlah masuk dapur masak sedikit sebanyak makanan kegemaran keluarga. Cutilah sedikit dari makan makanan beli dari restoran.

Untuk raya cikson buka blog azie kitchen utk cari resepi rendang ayam. Sedap juga ayam rendang ikut resepi cik azie. Habis sekor ayam. Buat cicah ketupat.
rendang ayam dalam proses memasak...


Hari raya ciklin masak lontong. Jadi habuan kepada siapa siapa yang mengunjung . Alahai tak pula ditangkap gambar masakan itu. Hanya sekeping gambar difb buat kenangan.

Hmmm..apa kena tajuk dengan aktiviti raya ,mungkin ada yg bertanya.

Tak adakan..

Sebenarnya ... dustalah kalau kata hati aman tenteram macam laut china selatan dimusim bukan tengkujuh.
Seribu satu persoalan berwang wit dalam fikiran.
Macam macam. Serabut.



Indeed, there these few things haunting and wish I could quit.



Been very quilty of all the above.Especially number 5.

Dah lewat malam sangat ...
Semoga anak yang dalam perjalanan pulang selamat sampai ke destinasi.Dalam remang senja aku hantar dia ke stesen bas. Hope for the best of everything. And its so apt ..the word porn I mean.

Bye.. sleep well dearies.