Tuesday, September 5, 2017

Macam pokok kelapa hilang pelepah.


Sebatang pokok kelapa tinggi menjulang ke awan. Gagah. Megah. Di sekelilingnya pokok pokok caca merba termasuk si pinang tunggal kerana kawannya rebah dulu kerana petir.
Masa pinang terkena petir dan tumbang,si pokok kelapa nan gagah menjulang awan berkata demikian...
Tu la kau,lembik! Angin sepoi sepoi bahasa pun dah lentuk.
pokok kelapa yg diceritakan
Tgk aku. Gagah. Daun 2 di pelepah jarang yang jatuh. Buah ku ranum baru turun ke bumi. Bukan macam kau....dahla kurus melidi..Kata pokok kelapa memerli piang yang panjang melidi.



Dan pada satu hari....PANGGGGG.... rimbunan pelepah2 kelapa pujaan dan kebanggaanya di panah petir. Habis semua sekali gugur ke bumi. Yang tinggal hanya batangnya yang terkontang kanting sendiri. Kini pokok kelapa dah tak boleh ketawa. Sebab dia dah botak! Hihi.

Malam semalam masa cikson keluar menarik pintu pagar,mata sempat mengerling pokok pokok yg di situ. Kesian pun ada tgk pokok kelapa itu. Takut pun sama. Liuk lentuk dia masa angin kencang membawa cemas. Mau dia tumbang ke jalan raya...naya!. Entah bila tuannya nak biarkan dia saja begitu.Masa nya dah tiba untuk dia pergi selamanya kalau hidupnya buat orang lain rasa terancam.

Rambulan yang terang benderang di awan menarik perhatian. Cepat cepat cikson capai kamera phone dan abadikan gambar itu..pencinta alam tentunya dia.Nah dia gambarnya


bulan mengambang

Lagu P Ramlee menggamit ingatan

Pokok kelapa dalam kesamaran


Ada sesuatu yang kita boleh kutip dari pokok kelapa togel ni...

Masa tgh sihat, kaya, famos amos,berkuasa jangan sinis dengan orang. Jangan membangga diri. Lebih2 lagi dgn anak bini. Read so many of that. Saw a few of those. Yang disinis,diherdiklah yang sanggup menghulur tangan masa sakit demam.

Masa senang,anak bini terbuang. Masa susah baru tahu pandang pandang...
pokok ini pun sebatang. Mana pi kawan kawan.
Thats all folks. Kadang2 hidup kita macam roda kapal terbang. Masa nak landing baru tau besarnya peranan dia. Masa megah diawan,kapalterbang tak pandang pun rodanya.Dah nak sampai baru terkial kial kalau satu saja roda dia meragam,alamatlah tak jumpa tanah semua penumpang.

Bye...

No comments:

Post a Comment