Sunday, August 27, 2017

cempedak dalam belanga.. berapa kah seulas harganya.

Cikli terpaku didepan tv. Asyik nampaknya mengikuti match antara Malaysia dan Indonesia. Sesekali dia mengomel,mengkritk bila standard permainan not up to par with his expectation.

Aku ? Tak maulah naikkan bp ku yg sedia naik. Menonton match begitu bisa buat darah naik upstairs you know.

Petang tadi ciklin menggoreng isi cempedak yg dibeli paginya. Aku menyuruh ciklin membilang jumlah ulas yg didapati.
Jumlah nya ..60 ulas.
So lepas buat kira kira dapatlah se ulas around 28 sen. Bolehlah aku berkonklusi. Kalau dibeli dari peniaga goreng cempedak 5 ulas 2 ringgit.

Haha.. drama pula . Kisahnya aku menghadkan hanya 3 ulas pada cikli. Manis benar buah ini. Cikli terasa hati kerana tindakan aku begini.

Sayanglah badan cikli ooooi. Makan jangan sembarangan. Ingat tak apa kata doc tempoh hari.

Cikli buat muka seposen.

Sementara ada anak di rumah, lega juga aku ...
Eh..apa nak masak esok hari.
Masak laksa penang mau... aku terbayang keenakan laksa penang air tangan sendiri tempoh hari.
Namun ramuan nya masih tiada.

Pagi ni awal benar aku terjaga. Eh... Pohim dah berlepas ka. Bye Pohim. Safe journey. Take care .Love you alls.
gambar pinjam internet
Dulu tt selalu rebus biji cempedak camni.
Kalau jumpa buah luruh di kebun,biji dibawa pulang.
Dapatlah kentut panjang panjang.




Saturday, August 26, 2017

Laidback Saturday...

Harum bau buah cempedak memenuhi ruang RBL.
Buah yang dibeli di Pasar Tani Sena at RM 17 hanya menunggu utk digoreng. Ber hi tea kita dgn cempedak goreng.Entah berapa ulaslah yang boleh dapat dari buah seberat 3 kilo itu. Kena2 kulit saja yang lebih.

Pagi tadi at around 8 Makcikson bergegas ke terminal bas menjemput anak dari Pahang. Lepas tu zupp ke foodcourt dekat Jejawi yang famos amos tu. Alsagoff rasa namanya.
Whew...ghamainya manusia. Segenap usia ada. Makcikpakcik geng pesara relax saja minum2 bersama member dan ada juga bersama partner.... sama tua mereka la..
If cikli is ok , asking him to go around town is small matter. Yang selalu malas cikson saja.

After tucking in roti canai sardin , laksam seakan laksa dengan nescafe kaw kaw punya we proceeded home. Tapau utk cikli tak dilupa.Pek pek nga ikan sekog utk dia.

Passing through town,pasar Tani Taman Sena menggamit suruh singgah. Daging ,ikan,udang ada saja yang dibeli dua beranak. Di gerai sayur,ternganga cikson harga sayur sebanyak itu RM 16.00.
Kalah pasar Jaya Grocer. Sehari dua lepas ,amaun sawi yg begitu di kedai AgroMas,Seriab hanya RM 1.00.
Amboi mahainya... makcik tergamam bila harga begitu. Macam tak percaya harga jadi macam tu.

berbaloikah RM 16 utk semua ni..
Dalam plastik fish ball tak tau harga
Juga tauge RM 1.00
Kobis sejurung dan kacang buncis..
Sawi banyak tu RM 1 kat Agro.
Buah cempedak ditepi longgokan ikan menarik perhatian. Sekilo 6 ringgit. Dan utk sebiji RM 17 selepas diskaun seringgit.Harap2 tu balik modallah nanti bila digoreng. Hari tu di Arau 5 ulas 2 ringgit. So seulas 40 sen.Bolehlah rasa seulas.

Dan bila balik rumah lepas urusan cikli, bau orang menggoreng cempedak memenuhi ruang RBL . Kecor air liur. Itu yang tak agak agak dah bila jumpa cempedak tadi terus beli.

Harini cikson masak goreng daging berempah bersama kentang. Gu dengan sambal hitam Pahang,makan nasi sampai macam nak terlentang..best wooo.
Thanks alin kawan olin


rasa nak upkan hati yang libang libu
Maka terbelilah bunga hari tu
Sanggup jadi card member tau..

Minum pagi di Alsagoff ,Jejawi

atas kiriman ikan bilis dan ikan kering dari Pahang. TQ tq tak terkata.

Itu saja cerita tak dak apa apa dari utara. Cuma rumah ni meriah sikit bila ada anak yang balik menjenguk kita...
Si Pohim besuk dah nak fly tengok kanggaroo. Tentu seronok nooooo.
Safe journey ten n family.

Laju jalan dia
Tak terkampoi mamanya mengejarnya

Friday, August 25, 2017

Jumaat ini

Jumaat pagi
Bright and sunny
As sunny as it can be
Walau jam belum pun 9 pagi.

Done.. the washing machine is on
Done...the house is tidied
But there's more waiting ...

Bawa cikli pergi klinik
Beli barang basahan yang kekeringan
Masak pula utk makan..or ke restoran saja sebagai penyelesaian.

Kadang2
Tak terbawakan
Segala macam kehendak dan keperluan selagi di bumi  alam
Atas pundak seorang yang telah dimakan zaman

Teringin nak pergi macam kami masih muda
Sebut saja,ongkos ok ,start kereta
Berbelanja di supermarket Alor Setar sana ,even sampai Penang sekali sekala.
Mengunjungi anak2 merata rata...Penang, Pahang, KL sampai jauh nun di Melaka
Hanya yang tak sampai Australia...sbb ongkosnya mahal daa.

Maa.. kata anak
What you're doing is more than heaven
Tending to a sick hubby bawa banyak pahala
Apalagi kalau dibuat tanpa mengeluh dan penuh redha.

Betul juga..
Aku baca dari banyak cerita
KRT,forum,blog dan juga berita
Rumahtangga runtuh bila seorang darinya sakit atau cacat  jadinya
Mencari yang lain utk mengubat sesak didada.
Nak cari yang sanggup bersusah payah macam mencari jarum dalam haystack atau jerami saja.

Jumaat ini
Semoga aku dan suami dirahmati
Menjalani sisa sisa hidup ini selagi di panjangkan umur kami

Doakan...cikli cepat sembuh dan kami boleh berjalan2 lagi. Mungkin umrah kali ini.


Wednesday, August 23, 2017

Pajeri ekor


Lepas rawata cikli selesai di Remedic ,aku memandu pulang.
Hmm...masa utk makan tgh hari. Di mana ya harini?
Jom try restoran RK yg kita nampak tadi. So di deretan rumah kedai yg dahulunya didominasi Unimap aku berhenti.
Deretan lauk pauk menghisi meja menggamit kami.
Pajeri nenas dengan ekor! Terus capai pinggan dan diantara lauk pauk yg disauk itulah...pajeri ekor bernenas. Belum pernah aku jumpa dimana2.
2 pinggan nasi berserta lauk pauk serta 2 gelas minuman...RM 14.40..bolehlah
Rasanya sesuai ditekak dan lidah orang sakit dan juga pembantunya.
Bolehlah datang lagi.
Cuma kalau boleh aku tidak suka bau racun serangga masa makan nasi. Mungkin angin yg bawa bau itu. Yang lain ok. Ambience,kebersihan,kesedapan lauk pauknya kena dengan aku. No complain.

Sebelum itu aku turunkan cikli diklinik dan meneruskan perjalanan ke AgroMas . Sedikit barang basah ku beli termasuk sekampit beras. Haritu semasa membeli di sebuah pasaraya aku diberitahu harga beras di sini lebih murah. Bagusnya salesgirl itu share info dgn kami.

Selesai disitu,iriz terus ku pandu ke rumah no.7. Kerja2 pembaikan terencat seketika bila cikli masuk spital. Terkejut aku tengok pokok2 didepan jalan telah dicantas dan dibogelkan. Pokok mempelam yang lebat buahnya pun mendapat nasib sama. Begitu juga pokok jambu air...
Terlihat kelibat seseorang aku lambai. Mungkin dia tak nampak lantas berlalu begitu saja. Aku cerita kat cikli..
Eh sapa suruh you lambai2. Dah tau pun nak lambai buat apa?
Haa ha . Tak kisahlah abah. Niat kita ,nawaitu kita . Tak rugi pun .Tak ada charge kan. Aku rationalise dengan cikli. Entah aku ada saka kot sebab tu orang tak nampak. Aku melawak.

Ingat orang tak nampak hanya di situ saja.....
Rupanya ada sequel kedua.

Pajeri ekor. Rasa memangil manggil untuk kali kedua. Esok kita kesitu lagi ya..

Eh malam ni nak makan apa ya... kotiau dah ku beli. Tapi rencahnya tiada. Yang ada cuma ikan bilis saja. Pandailah aku mengadunnya.

Tiba2 hujan mencurah lebat. Dan bunyi katak meriah macam enjoy sangat.

Bye. Dah nak asar ni.