Wednesday, August 23, 2017

Pajeri ekor


Lepas rawata cikli selesai di Remedic ,aku memandu pulang.
Hmm...masa utk makan tgh hari. Di mana ya harini?
Jom try restoran RK yg kita nampak tadi. So di deretan rumah kedai yg dahulunya didominasi Unimap aku berhenti.
Deretan lauk pauk menghisi meja menggamit kami.
Pajeri nenas dengan ekor! Terus capai pinggan dan diantara lauk pauk yg disauk itulah...pajeri ekor bernenas. Belum pernah aku jumpa dimana2.
2 pinggan nasi berserta lauk pauk serta 2 gelas minuman...RM 14.40..bolehlah
Rasanya sesuai ditekak dan lidah orang sakit dan juga pembantunya.
Bolehlah datang lagi.
Cuma kalau boleh aku tidak suka bau racun serangga masa makan nasi. Mungkin angin yg bawa bau itu. Yang lain ok. Ambience,kebersihan,kesedapan lauk pauknya kena dengan aku. No complain.

Sebelum itu aku turunkan cikli diklinik dan meneruskan perjalanan ke AgroMas . Sedikit barang basah ku beli termasuk sekampit beras. Haritu semasa membeli di sebuah pasaraya aku diberitahu harga beras di sini lebih murah. Bagusnya salesgirl itu share info dgn kami.

Selesai disitu,iriz terus ku pandu ke rumah no.7. Kerja2 pembaikan terencat seketika bila cikli masuk spital. Terkejut aku tengok pokok2 didepan jalan telah dicantas dan dibogelkan. Pokok mempelam yang lebat buahnya pun mendapat nasib sama. Begitu juga pokok jambu air...
Terlihat kelibat seseorang aku lambai. Mungkin dia tak nampak lantas berlalu begitu saja. Aku cerita kat cikli..
Eh sapa suruh you lambai2. Dah tau pun nak lambai buat apa?
Haa ha . Tak kisahlah abah. Niat kita ,nawaitu kita . Tak rugi pun .Tak ada charge kan. Aku rationalise dengan cikli. Entah aku ada saka kot sebab tu orang tak nampak. Aku melawak.

Ingat orang tak nampak hanya di situ saja.....
Rupanya ada sequel kedua.

Pajeri ekor. Rasa memangil manggil untuk kali kedua. Esok kita kesitu lagi ya..

Eh malam ni nak makan apa ya... kotiau dah ku beli. Tapi rencahnya tiada. Yang ada cuma ikan bilis saja. Pandailah aku mengadunnya.

Tiba2 hujan mencurah lebat. Dan bunyi katak meriah macam enjoy sangat.

Bye. Dah nak asar ni.

4 comments:

  1. Alamak...pajeri nangnaih dengan ekoq? Pergh...tak perenah jumpa lagi ni....buat seniri jadi ka dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pertama kali makan. Rasa dia macam pejeri nenas juga. Tapi ada add on... ekor. Sedap juga.

      Delete
  2. Boleh Puan post gambar pajeri ekor? Macamana rupanya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... makcik tak tangkap gambar pun hari tu. Nanti cari dalam fb . Rasa ada tuan kedai post gambar dia.

      Delete