Sunday, August 27, 2017

cempedak dalam belanga.. berapa kah seulas harganya.

Cikli terpaku didepan tv. Asyik nampaknya mengikuti match antara Malaysia dan Indonesia. Sesekali dia mengomel,mengkritk bila standard permainan not up to par with his expectation.

Aku ? Tak maulah naikkan bp ku yg sedia naik. Menonton match begitu bisa buat darah naik upstairs you know.

Petang tadi ciklin menggoreng isi cempedak yg dibeli paginya. Aku menyuruh ciklin membilang jumlah ulas yg didapati.
Jumlah nya ..60 ulas.
So lepas buat kira kira dapatlah se ulas around 28 sen. Bolehlah aku berkonklusi. Kalau dibeli dari peniaga goreng cempedak 5 ulas 2 ringgit.

Haha.. drama pula . Kisahnya aku menghadkan hanya 3 ulas pada cikli. Manis benar buah ini. Cikli terasa hati kerana tindakan aku begini.

Sayanglah badan cikli ooooi. Makan jangan sembarangan. Ingat tak apa kata doc tempoh hari.

Cikli buat muka seposen.

Sementara ada anak di rumah, lega juga aku ...
Eh..apa nak masak esok hari.
Masak laksa penang mau... aku terbayang keenakan laksa penang air tangan sendiri tempoh hari.
Namun ramuan nya masih tiada.

Pagi ni awal benar aku terjaga. Eh... Pohim dah berlepas ka. Bye Pohim. Safe journey. Take care .Love you alls.
gambar pinjam internet
Dulu tt selalu rebus biji cempedak camni.
Kalau jumpa buah luruh di kebun,biji dibawa pulang.
Dapatlah kentut panjang panjang.




4 comments:

  1. Kalau tengok badminton pun darah boleh naik upstairs.
    Se biji cempedak rm 16.80 you bought it. Duit sekarang dah susut nilai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat cik Adam. Adakah kita menuju ke zaman duit pokok pisang dgn ekonomi sekarang ni. Duit mcm tak ada nilai. Nak pi pasar tani pun seriau.

      Delete
  2. Harga buah2an tempatan sangat mahal sekarang.
    Kalau tak jaga 24 jam tak dapat hasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WP,
      teringat zaman kanak2 dulu. Buah bermusim senang dimakan walau kita tak berkebun sbb ada saudara mara yg murah hati . Sekarang ... bau sajalah bila org menggoreng. Nak bagi mcmnana kalau isi rumah pun bercatu mkn. Betul tu,kalau tak jaga tanaman,alamat musang kepala hitamlah dapat rezeki dulu. Tuan kebun pun tak dapat rasa.

      Delete